Menerima Pasangan Seadanya



Menerima Pasangan Seadanya. Rakan-rakan tentu tahu zaza memang suka berkongsi cerita dari buku dan bahan bacaan yang menjadi koleksi zaza. Apa lagi kalau bukan buku motivasi Dr.Tuah Iskandar. Setakat ni ada 11 buah dia yang zaza simpan. Ada yang hilang. Dah lama sangat saya tak beli buku keluaran terbaru...ermm lama sangat tak keluar bandar..

Baiklah, bercakap tentang menerima pasangan seadanya tentulah tentang suami isteri. Tapi boleh juga tentang tunang dan kekasih.

Boleh terima seadanya? boleh? Alah apa nak berkira sangat? Hidup kat dunia ni bukan lama pun. Hidup yang kekal abadi kan kat akhirat?Kat sini kan persinggahan je. Apa nak kira sangat soal lawa ke tak lawa. Dah tua nanti tak lawa juga. Bahkan kalau pasangan lebih lawa dan hensem kadang-kadang lebih menyusahkan.. ( kredit - buku Dr.Tuah Bukan Main Lagi )

Kalau alasan utama cantik, tak mustahil awak berpisah dengan dia. Tak terpisah secara fizikal pun secara mental.

Menerima pasangan seadanya

Oleh sebab tu, kita hendaklah menerima pasangan kita seadanya. Anggap lah dia jodoh yang terbaik buat kita. Siapa yang tentukan jodoh kita? ALLAH kan? ALLAH yang tentukan jodoh kita, tentulah dia yang terbaik buat kita kan. Tapi kalau berlaku pergaduhan, pergolakan hidup itu sebab salah kita. Salah kita bertindak dan salahlah hasil kita dapat.

Kata Dr.Tuah lagi, terimalah pasangan seadanya. Kalau dia semakin lama tak cantik, awak pun apa kurangnya. Kalau dia mula sakit, awak pun akan dapat juga. Kalau dia mula menyampah, entah-entah anda dulu yang tunjukkan. Sifir kehidupan begitulah..

Bagi yang dah bertunang, hargailah susah payah orang sehingga anda boleh bertunang. Pada orang yang berkahwin pula, terimalah dengan matlamat bahawa hidup adalah menuju keredhaan Allah.

Menerima pasangan seadanya

Daripada Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari jumaat. Angin bertiup sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka. Menyebabkan muka dan pakaian mereka bertambah cantik. Ketika mereka pulang ke rumah, isteri mereka bertambah cantik dan indah.

Kata mereka kepada isteri mereka, Engkau sungguh-sungguh cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku. Jawab isteri, Engkau demi ALLAH sungguh tambah tampan dan pakaianmu indah sekembalimu.. ( Muslim )

Haaa...kan, hidup adalah untuk akhirat. Tak mengapa kalau kat dunia ni tak berapa lawa dan cantik. Tapi kat 'sana' nanti kembali muda.

Oleh itu, terimalah pasangan seadanaya... dan semoga kita semua bahagia di dunia dan juga akhirat hingga selamanya..

Sumber dan rujukan : Buku motivasi Dr.Tuah Iskandar, Bukan Main Lagi ( Tajuk Menerima Pasangan Seadanya )




Zaza Iman
12 Comments

12 ulasan:

  1. hurmmm betul juga sbb kekadang kita rasa pasangan kita tu xcantik (bg lelaki) ttp kita sendiri tu hemsem sgt ker dgn perut onepack tu?belum kira bau busuk badan lg sbb rokok...hehehe lelaki oh lelaki

    BalasPadam
  2. kalau kita nak org lain atau pasangan kita terima kita seadanya.. kita kenalah terlebih dahulu menerima mereka seadanya... bagus nasihat dalam artikel ini..

    BalasPadam
  3. terima kasih atas perkongsian..Allah Zidka Khaira

    BalasPadam
  4. so deep! tapi sekarang ni dah susah nak cari lelaki/perempuan yang menerima diri seseorang itu dengan seadanya. asyik asyik rupa, kewangan dan sebagainya. hain.... takpe takpe, saya cuba terima abang remy ishak dgn seadanya, hehehe

    BalasPadam
  5. susah nak cari yg benar2 secocok

    BalasPadam
  6. Ena harap pasangan ena dapat menerima ena seadanya. Tapi sekarang ni memang susah nak jumpa orang yang tak boleh terima kekurangan seseorang tu. Apapun, semoga kita menjadi yang terbaik untuk pasangan kita. Amin

    BalasPadam
  7. hemm.. betul tu zaza.. setiap manusia mengharapkan pasangan yang boleh menerima mereka seadanya..

    BalasPadam
  8. pasangan hidup adalah ujian kepada kita..syukur atau tidak,sabar atau tidak dan begitulah seterusnya

    Entri terbaru saya dalam blog Hero Borneo

    BalasPadam
  9. Hope sangat dapat pasangan yang memahami seperti kisah di syurga ni :)
    Cerita ini sangat menyentuh jiwa AA...
    sungguh menyentuh hati dan perasaan AA hehehe..

    Nice sharing kak zaza.. ;)

    BalasPadam
  10. terjah blog zaza sat ^_^

    BalasPadam
  11. betul tu... kita kena terima seadanya.. siapalah kita kalau nak cari yang sempurna.. setiap pasangan itu diperlukan untuk melengkapi pasangan masing2

    BalasPadam

[name=Zaza Iman] [img=//1.bp.blogspot.com/-8j45hR6olsE/Xln24i0ROfI/AAAAAAAAUzk/ROXuH0RAwwEp4ieukCmSm4vXZla9ebEVQCLcBGAsYHQ/s1600/100profile.jpg] [description=Hi, i am zaza. I love cat..dan makan makan...I also love photography but I have no skills about it. For any review please email me at zazaiman17@yahoo.com] (facebook=https//www.facebook.com/zazaxleshsophia) (twitter=Twitter Profile Url) (instagram=Instagram Profile Url) (bloglovin=Blogvin Profile Url) (pinterest=Pinterest Profile Url) (tumblr=Tumblr Profile Url)