Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut

Isnin, Mac 28, 2016


Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut. Entah yang keberapa kali..zaza pun dah tak terbilang nak kira. Tiga minggu lalu entah dimana silap..mungkin pada produk, pemakanan dan hormon yang tidak stabil..kulit zaza mengalami masalah jerawat  lagi dan yang sedihnya ia berparut. Biasanya parut jarang berlaku. Kali ini jerawat dan parut naik di pipi kanan, kiri dan dahi. Nak kata zaza campur produk..zaza dah tak campur dah. Hanya fokus satu produk muka je itu pun zaza dah stop sejak perasan skin makin naik jerawat.

Lama-lama jerawat tersebut tinggalkan parut hitam dan coklat-coklat. Mungkin juga sebab zaza degil cuba picit jerawat. Akibatnya.. zaza alami stress dengan keadaan kulit. memang sedih jugak. Dalam hati bercakap "kenapa kulit aku tak lawa macam orang lain". hari-hari kat tempat kerja zaza telek muka kat cermin.

Balik keje pun sama.Tengok cermin dan tengok perubahan kulit yang berlaku. Bila telek-telek muka orang lain kat instagram lawaaaanyaaaaaaaa.... flawless..gebu... but why muka zaza tak macam tu?

Tapi zaza bersyukur sekurangnya masalah zaza ni tak kronik. Ada zaza jumpa tu.. lagi teruk. Ada yang satu muka..berbiji-biji dan bergunung ganang. Ada  juga yang berkongsi masalah kulit kat wasap zaza. Bila tengok.. mereka lagi teruk ditambah dengan masalah jeragat.

Kalau ikut sejarah dulu-dulu.. zaza pernah alami resdung. Tapi bila dah berubat sembuh. So tak pasti la jika jerawat yang berlaku sekarang adalah sisa-sisa dari resdung dulu.. tapi zaza rasa mungkin faktor horman yang tak stabil.  Memang ramai jugak yang tegur akan kulit zaza sekarang ni..

Nak buat rawatan dengan pakar zaza ni bukan bergaji besar. So terpaksa la guna cara dan produk-produk yang boleh dibeli.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM BANTU PUDARKAN PARUT

Syukur Alhamdulillah kerana dalam tengah sedih nak rawat masalah kulit ni..zaza berpeluang untuk mencuba sendiri satu produk baru iaitu EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM. EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM ni adalah serum pertama yang dikeluarkan oleh pihak OCEANLIFE MARKETING SDN BHD dibawah jenama EPHYRA.

Sebaik je dapat produk ni..malam tu sebelum tidur je zaza terus sapu. EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM ni bau nya memang sedap. Zaza suka akan baunya. Bila apply kat muka sejuk terasa. Dalam masa pakai tu zaza harap sangat akan ada keajaiban. Sebab zaza nak pergi event Sepetang Bersama Blogger 2016 bulan 4 nanti. Malu la rasa kalau kulit rosak.

Tarikh zaza mula pakai serum ni pada 17 MAC 2016 sehingga hari ini. Ini bermakna dah 11 hari zaza gunakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ni.

Zaza sapu sebelum tidur dan pagi, sebelum makeup.. So inilah keadaan kulit zaza. Kulit pipi belah kiri memang selalu bermasalah dan teruk. Kalau sebelah kanan kurang. Kat dahi zaza pun sekarang dah pudar berbanding beberapa minggu lalu.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut
Gambar kiri masa tengah naik...ada kesan parut sikit mula nak jadi... gambar kanan kulit jadi semakin berparut hitam dan besar.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut
Kulit sekarang selepas menggunakan Ephyra Skin Nano Advance Serum. Kiri semakin mengering. Kanan kulit dah mengering dan kian pulih. Alhamdullillah. Sekarang kena terus pakai sehingga ia betul-betul pulih. Doakan zaza...

Terkini...


Memang zaza sabar dalam proses nak baiki kulit ni. Kadang pergi muka tak makeup sangat. Calit foundation je sikit bagi muka ada seri. Kalau tak makeup nanti pucat sangat. Lagi pun kerja zaza hari-hari berdepan dengan orang ramai.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut
Masa ni tengah makeup nipis.. so dapatlah cover masalah kulit. Tapi bila zoom sebenarnya boleh nampak kulit rosak kat pipi dan dahi ada jerawat dan parut.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut
Cakkk...amboi zaza dalam gambar kemain kulit.. mehmeh.. biasa la dah calit-calit makeup sikit tak nampak la sangat... korang yang gigirl pun sama jugak kan? :p

Sekarang zaza berpuas hati dengan keadaan perubahan kulit. So jom baca pulak apa yang bagus dan kelebihan Ephyra serum ni. Harap-harap dapat membantu korang jugak yang tengah mencari produk untuk rawat parut dan jerawat.

FORMULASI BAHAN
EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM


EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM ini telah menggunakan Teknologi Nano di mana ia telah dipatenkan di Switzerland. Serum Ephyra ini telah diuji keberkesanannya dan terbukti secara klinikal dapat memulihkan kulit wajah yang rosak dan mengembalikan kulit yang cantik dan berseri.

Tak perlu risau kalau nak cuba serum Ephyra ni kerana ia BEBAS dari sebarang bahan kimia berbahaya, merkuri dan hydroquinone. Ianya mudah meresap ke kulit sehingga ke lapisan paling dalam kulit serta tidak berminyak.

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM menggunakan gabungan formulasi bahan antioksida iaitu Arbutin Semulajadi, Gluthathione, Vitamin C dan E mampu mencerah dan menaikkan seri wajah. 

KELEBIHAN EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM

Berikut adalah kesan dan kelebihan yang terdapat di dalam Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum :

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut
Senyum manis memey... duta dan mengguna setia Ephyra


BAGAIMANA TEKNOLOGI NANO BERTINDAK PADA KULIT

Teknologi Nano merupakan teknologi terkini yang cukup popular digunakan dalam bidang kecantikan. Teknologi yang digunakan ini menjadikan partikel serum sangat kecil sehingga ia begitu mudah meresap masuk ke lapisan kulit yang paling dalam. Partikel serum yang meresap itulah dapat memulihkan struktur dalaman kulit yang rosak dan menjadikan permukaan kulit anjal serta tidak berminyak.

TIGA MANFAAT SERUM INI :

MEMULIHKAN - Ia membantu mengembalikan dan memulihkan keanjalan kulit secara luaran dan dalaman bagi menghasilkan kulit wajah yang lembut, cerah dan sihat berkilau serta bersinar. Ia juga membantu memperbaiki kulit wajah agar tampil lebih bersih, tegang dan muda.

MEMPERBAHARUI - Ia menyerap jauh ke dalam sel kulit dan menjadikan proses pembaharuan sel kepada tahap maksima. Untuk hasil yang lebih anjal, lembut dan kelihatan bermaya. Kulit akan menjadi lebih cantik, cerah dan sempurna.

MELINDUNGI - Membantu melindungi kulit wajah dari kerosakan akibat sinaran radiasi UV dengan cara meneutralisasi proses antioksida. Serum ini turut mengurangkan radikal bebas dan melawan tanda penuaaan dengan menjadi agen anti=oksida yang sangat berkesan. Ia mampu mengembalikan vitamin E kepada kulit.

Cara tindakan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bertindak

Masalah jerawat dan parut memang tak pernah henti. Apa pun untuk merawatnya memang kita memerlukan penjagaan dan rawatan yang sesuai. Nak picit pun biar cara betul. Jangan jadi macam zaza...degil..akibatnya jadi parut..pastu menyesal tak sudah... ^_^


TESTIMONI PENGGUNA

Testimoni pengguna lain yang telah mencuba sendiri serum ini dan telah berjaya merawat masalah kulit

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut

CARA GUNA 

Mudah je. Bersihkan muka dan keringkankan. Kemudian titiskan sedikit Ephyra Skin Nano di pipi, dahi dan dagu. Selepas tu sapu perlahan-lahan ke seluruh muka dan biarkan ia meresap.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Bantu Pudarkan Parut
Sapu kan sedikit Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum kat seluruh muka dan biarkan ia meresap


HARGA

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
15ml ( sebotol )

Harga Asal :
RM88 ( Sememanjung Malaysia )
RM92 ( Sabah/Sarawak )

Namun kini ada berita baik.. Pihak Oceanlife2u sedang membuat harga promosi iaitu

hanya 
RM 68 ( Semenanjung Malaysia )
RM72 ( Sabah / Sarawak )

wow...bestkan???

Cepat dapatkan sekarang sebelum harga dinaikkan semula....

***Produk Serum Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit


CARA NAK ORDER

So buat rakan-rakan zaza dan pembaca-pembaca yang sedang bersedih akibat masalah jerawat, parut,jeragat ke..kulit kusam tak bermaya ke...boleh la cuba EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM.

Berminat boleh la membuat pembelian secara online melalui :

Whatsapp ke HOTLINE : 019 737 3770  /  019 380 0779

Korang juga boleh dapatkan di semua rangkaian pengedar sah EPHYRA termasuklak di Brunei dan Singapura. Juga boleh didapati di farmasi dan kedai serta toko jamu yang terpilih.

Info lanjut juga boleh ke

Instagram : @ephyra2u

Sekiranya korang ada sebarang pertanyaan boleh menghubungi terus ke 019 301 5577


JOM BACA JUGA TESTIMONI SAYA MENGGUNAKAN

EPHYRA SKIN BAR - KLIK SINI
MINUMAN EPHYRA - KLIK SINI


3 ulasan

  1. Suka jugak dengan serum ephyra skin nano ni zaza.. Rasa best je sapu kat muka.. Rasa sejuk je muka.. Teman sapu kat kawasan yang ada jeragat..Alhamdulillah ada kurang sikit. Kalau disiplin sapu selalu, mesti lagi cepat kesan dia kan..

    BalasPadam
  2. memang jelas nampak perubahan kulit tu..xpela sabar..moga cpt sembuh

    BalasPadam
  3. macam mana sis sekarang? kalau tengok pun kulit dah makin elok tu...teruskan sampai pulih..

    BalasPadam