Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part I. Assalamualaikum... dah lama rasa tak bercuti dengan family..so kali ni zaza bersama abang, kak ipar dan family kak ipar berpeluang bercuti selama 3 hari di Melaka dan Negeri Sembilan.. dapat juga release tension dan rasa letih..
So first yang kami pergi sebaik tiba di Melaka adalah Taman Rama-Rama. Jam 10 pagi je kami dah terpacak di depan pintu gerbang ni..kemudian terus beli tiket masuk.. sebaik melangkah masuk... rasa tenang dan mendamaikan..cantik pemandangan kawasan..
Untuk pengetahuan korang, Taman Rama Rama ini terletak bersebelahan pintu masuk ke Melaka melalui Plaza Tol Ayer Keroh. Kat sini terdapat lebih 200 spesis serangga dan lebih 400 spesimen serangga.
So jom tengok sebahagian gambar-gambar yang dirakam di sana...
Pintu Masuk Utama

Melangkah Kaki Melihat Keindahan Ciptaan Ilahi...
banyak gila rama-rama dan korang boleh siap usap dan pegang lagi...
Pelbagai spesies ikan.. oummm ni kalau mancing ni best...mehmeh
Kala jengking, cicak spider dan lain-lain...
Ular,lipan, spesies tumbuhan dan lupa dah binatang apa satu lagi tu namanya... badannya macam batu.. pandai menyamar...ingatkan patung..
aligator, ladang kopi dan kawasan pelbagai spesies ular...
Spesies katak hijau...
So buat korang datang ke Melaka..boleh la singgah.. dibuka setiap hari.. Harga bayaran masuk:
Operating hours | 8:30am to 5:30pm |
Adult | RM18.00* per person |
Child (3 - 12 years old) | RM12.00* per person |
Lokasi Lebuh Ayer keroh, 75450 Melaka. Sebarang pertanyaan boleh hubungi ( 606 ) 232 0033
Selalu g melaka tp x penah singgah tmpt cntik ni. Huhu
BalasPadambila tengok balik bukan lipan tapi sempah bulan...famous kalau di kampung
BalasPadambila rama-rama singgah di kepala memang rasa geli hahaha
BalasPadamrm18 seorang?
BalasPadampeh, boleh tahan jugak harganya tuh.
Untungla jenjalan.. tak ajak kita pun
BalasPadammhl juga RM18 tu hehe
BalasPadamokeh.
BalasPadamrama-rama tu memang cantek.