So buat korang juga yang tengah mencari spek mata tapi tak pasti bentuk macam mana... meh tengok bentuk muka dan bingkai yang sesuai dengan korang...
Bentuk Muka Bulat
Bagi korang yang bermuka bulat, seeloknya pilih bingkai yang bersegi. Bingkai bersegi akan membuatkan wajah korang kelihatan runcing atau tirus. Elakkan memakai bingkai yang bulat atau bujur.
Bentuk Muka Segi Empat
Bagi yang mempunyai wajah bersegi pula, korang sesuai spek mata yang berbingkai bulat atau bujur.
Bentuk Muka Seperti Hati
Mereka yang mempunyai wajah berbentuk hati biasanya mempunyai dahi yang luas dan dagu yang runcing. Jadi bingkai spek mata yang sesuai adalah yang jenis ringkas dan tidak serabut. Yang terbaik adalah mengenakan spek mata tanpa bingkai atau berbentuk rama-rama seperti "cat eye"
Bentuk Muka Bujur Sirih
Korang yang memiliki bentuk wajah bujur sirih ni sangat la bertuah sebab semua bentuk bingkai sangat sesuai kerana wajah korang yang rapi dan seimbang. Untuk kelihatan lebih sempurna, pilih bingkai yang sama lebar dengan bentuk muka. Elakkan pakai bingkai yang besar.
Kredit Foto - http://blog.lesfemmes.co.id/
Sumber- suria fm
Ena punya bingkai macam yang last sekali tu..
BalasPadamSaya pun tak pandai pilih bingkai dan warna yang sesuai..
BalasPadamkena pandai pilih barulah nampak cun
BalasPadamtips yang baik
BalasPadamCatat Ulasan