3 Makanan Meningkatkan Kesihatan Buah Pinggang Anda

Sabtu, September 13, 2014

3 Makanan Meningkatkan Kesihatan Buah Pinggang Anda . Buah pinggang merupakan organ penting bagi kita. Buah pinggang berfungsi untuk menapis dan penyingkirkan bahan buangan dari darah. Ini supaya dapat mengelakkan jangkitan dan penyakit-penyakit akibat daripada toksik dalam darah.


Sekiranya tidak ditapis, apakah yang akan terjadi?

Beberapa kajian dilakukan dan berisiko menghadapi masalah seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Pun begitu, terdapat beberapa makanan yang dapat membantu anda menjaga buah pinggang dari penyakit. Antanya

Bawang Putih

Bawang putih mengandungi Allicin ( sebatian organosulfur ) yang dapat membantu merawat kencing manis dan tekanan darah tinggi. Bawang putih juga digunakan sebagai antibakteria, antioksidan,anti kulat, anti virus yang mana bawang putih merupakan satu pilihan yang terbaik untuk diambil.

Asparagus

Asparagus telah digunakan sejak sekian lama sebagai makanan yang menyembuhkan bagi saluran kencing dan aliran buah pinggang.

Memakan asparagus juga dapat meningkatkan pengeluaran air kencing dan memudahkan proses semulajadi tubuh mengepam bahan buangan.


Tembikai

Tembikai sangat baik untuk diambil kerana kandungan air alkali didalamnya yang membantu meningkatkan kesihatan buah pinggang.

Jagalah buah pinggang anda kerana buah pinggang diperlukan untuk meneruskan hidup. sumber -Healthy Holistic Living



5 ulasan

  1. Cool!... lucky semua makanan favourite saya... hehee... nampak sangat suka makan kan...

    BalasPadam
  2. Salam, hahaha Alhamdulillah, sy mmg makan 1 dan 3 tu...bawang putih goreng dgn kacang sedap gila kot~ nasib ade khasiatnye, heheh..asparagus susah sikit nak makan..haha

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum... zehra,

    thanks perkongsian nie... makanan seperti tembikai ini memang sesuai untuk kesihatan buah pinggang... terbaik.

    mselim3

    BalasPadam