Cabaran Membawa Anak Kecil Ketika Melancong

Rabu, Februari 05, 2014

Cabaran Membawa Anak Kecil Ketika Melancong. Membawa si kecil atau anak-anak ketika melancong pastinya banyak memberi cabaran lagi-lagi kanak-kanak yang cepat bosan dan banyak ragam. Persediaan yang betul dan rapi harus dibuat sebelum keluar bercuti. Banyak perkara yang harus dititikberatkan supaya percutian dapat meninggalkan memori terindah buat keluarga.

Membawa kanak-kanak melancong sebenarnya dapat memberikan satu pembelajaran baru buat mereka.Malah ibubapa sebenarnya harus mengalakkan anak-anak turut mengalami keseronokan dan kegembiraan ketika melancong.

Jadi disini ada beberapa tip saya ingin kongsikan kepada pembaca sekiranya hendak membawa anak kecil melancong bersama :

1. Bawa Mainan Kegemaran dan Buku 

Bawa mainan kegemaran anak-anak atau buku cerita bagi menghilangkan rasa bosan ketika dalam perjalanan. Belikan juga buku nota berwarna dan ajarkan mereka melukis atau melekatkan gambar.

2. Bawa Kamera Murah

Apa kata anda beli kan kamera murah buat anak anda. Sekurangnya mereka akan rasa gembira dan menjadi jurugambar cilik kerana berpeluang merakamkan gambar mereka sendiri. Pastinya ia akan menjadi detik indah yang dapat diabadikan buat mereka dan keluarga.

3. Bawa CD atau VCD Kegemaran

Anda juga boleh membawa CD lagu kegemaran anak anda supaya mereka terhibur atau sekiranya dalam kereta anda ada TV, anda boleh pasang dan menonton VCD kegemarannya bersama.

4. Jajan dan Snek Ringkas

Bawa jajan dan snek ringkas buat anak-anak. Berikan pada mereka apabila melihat mereka mula bosan. Jajan dan snek dapat membantu menghilangkan kebosanan sepanjang perjalanan.

5. Berbual dengan Anak-Anak

Semasa dalam perjalanan, berbuallah dengan anak-anak. Ceritakan mengenai tempat dan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan. Pastinya ia dapat membantu menghilangkan rasa bosan.

Pesanan untuk ibubapa, kesabaran dan perhatian anda dapat membantu menjadikan percutian anda bersama anak-anak sesuatu yang menyeronokkan. Pastinya anak-anak dapat menikmati percutian mereka dengan gembira sambil dapat mengutip pengalaman yang berharga.

Bawa Anak Melancong Bersama
Banyak Ragam kena Sabar
Itulah Cabaran Buat Ibu Bapa
Asalkan Anak-Anak Berasa Gembira


Cambodia - Bayon by lux69aeterna
Kredit Gambar - lux69aeterna (  Salah satu tarikan tempat menarik di Kemboja )

Buat anda juga yang merancang percutian bersama anak anda, apa kata sekali sekala bawa anak anda ke Kemboja melalui CAMBODIA MUSLIM HOLIDAY & TRAVEL

CAMBODIA MUSLIM HOLIDAY & TRAVEL ini merupakan sebuah syarikat tempatan yang menawarkan perlancongan ke Kemboja dengan ciri-ciri Islamik. Dengan jaminan " LEBIH MUDAH, LEBIH MURAH, LEBIH ISLAMIK, Syarikat Ini 100% Hak Milik Orang Islam. Keselesaan Anda Adalah Keutamaan Kami "

Antara kelebihan melancong bersama CAMBODIA MUSLIM HOLIDAY & TRAVEL adalah ia merupakan sebuah syarikat perlancongan yang sangat dipercayai dan dikenali di Kemboja dan Vietnam. Dimiliki 100% oleh saudara Islam di Kemboja iaitu Ustaz Yahya Al Hafiz dan dijamin 100% makan minum halal.

Ho Chi Minh City _ VietNam by hienshino
Kredit Gambar - heinshino ( pemandangan bandar Ho Chi Minh )
Kredit Gambar - solarka stock ( Angkor Wat )
Kredit Gambar -CitizenFresh  ( Angkor Wat )

Antara mereka yang pernah mengikuti melancong bersama Cambodia Muslim Holiday & Travel

Antara pakej menarik boleh lihat SINI

Bagi saya pula, jika berpeluang ke Kemboja saya ingin sekali melawat Bandar Ho Chi Minh  dan Angkor Wat yang sangat popular di sana kerana Ho Chi Minh merupakan bandar terbesar dan merupakan perlabuhan utama Kemboja. Manakala Angkor Wat pula punya nilai sejarah tersendiri yang saya kagumi.


Kepada anda yang berminat melancong ke sini boleh hubungi :

Emel : ustazcambodia@gmail.com
Telefon : +85517889234
Facebook : UstazYahayaCambodia
Website : www.cambodiamuslinholiday.com

12 ulasan

  1. kalau dpt melancong ni bestt :D

    BalasPadam
  2. Waa... menarik ni zaza.. moga berjaya :D

    BalasPadam
  3. wah cntik la tempat tu zaza :o

    BalasPadam
  4. gudluck zaza....
    hebat2 hadiahnya..!

    BalasPadam
  5. good luck zaza,, hebat sungguh ni,, kalau menang ni best ni :D

    BalasPadam
  6. good luck zaza..ayat die mantap..tapi memg teringin nak p ke kombodia

    BalasPadam
  7. dalam tips nie kena masuk sekali dengan ubat-ubatan untuk anak-anak dan juga kepada kita sebagai ibu bapa..ikhlas dari www.tepakku.com

    BalasPadam
  8. Tips yang baik untuk mereka yang sukakan melancong ke negara luar.

    Terima kasih banyak atas penyertaan dalam contest ini :)

    BalasPadam
  9. Sempoi entri ni zaza.Goodluck yer :)

    BalasPadam
  10. Semoga berjaya! :) banyak betul tips tu. bagus! memang betul bukan senang kadang-kadang nak melancong dengan anak kecik

    BalasPadam