Melembutkan Hati Suami Yang Garang Dan Panas Baran - Zaza Iman



Khamis, September 15, 2016

Melembutkan Hati Suami Yang Garang Dan Panas Baran


Foto by Hare

Sekali lagi saya kongsi dari sebuah buku Membina Hati Bahagia Dr. Tuah Iskandar al Haj - Melembutkan Hati Suami Yang Garang Dan Panas Baran

Untuk melembutkan hati suami dan menurunkan suhu panas barannya amal kan ini :

Banyakkan berdoa selepas solat. Hadiah kan Al Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

Baca surah Taha, ayat 1-8dan kemudian baca doa Nabi Daud as sebanyak 3 kali

" Ya ALLAH, ENGKAU lembutkanlah hati suamiku ( sebut nama ) sebagaimana ENGKAU lembutkan besi di tangan Nabi Daud"

Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir " Ya - Latif " sebanyak 129 kali diikuti surah asy -Syu'raa ayat 19 yang bermaksud :

" ALLAH Maha Lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Diikuti pula dengan perbanyakkan zikir " Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff " dan " Ya Rahman " berulang-ulang.

Semua ini insyaallah adalah doa melembutkan hati...


16 ulasan:

  1. Alhamdulillah dapat suami yang cool.. :)

    BalasPadam
  2. Terima Kasih sharing..akan dilakukan selepas dah bersuami..=)

    BalasPadam
  3. bakal shida blm bkahwin ok2 jer..xtau la lps kahwin dia ade x sifat2 mcm tu..nnt blhla amalkn :)

    BalasPadam
  4. kadang2 pon sy ada jugak praktikkan walaupun en. suami x garang langsung..hihihi

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum zaza. terima kasih share tips ni. alhamdullilah syukur dapat suami yang cool :)

    BalasPadam
  6. assalamualaikum..zaza :)

    aha..satu persediaan yg baik utk bakal2 isteri..
    termasuk la zaza juga utk satu hari nanti..hehe :D

    BalasPadam
  7. balas kunjungan. terima kasih join giveaway kami.

    BalasPadam
  8. perkongsian yg bagus zaza.. :)

    BalasPadam
  9. Mana-mana isteri yang ada suami panas baran, bolehlah cuba amalkan doa-doa ini untuk melembutkan hati si suami.

    BalasPadam
  10. tnx zazaa sharingggg....selalunya yaya yg panas baran.adeh..hihiikena baca utk diri sendiri.hihi

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas perkongsian...
    Abg saya sorang yg panas baran... Tdk tahu la mcm mana dia dgn isteri... Harap2 tiadalah panas barannya... Hehe

    BalasPadam