Sabtu, Februari 18, 2017

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Assalamualaikum.. kebiasaannya kalau zaza nak keluar ke kedai zaza akan pastikan bibir di oles dengan sedikit lipstik agar wajah tak pucat. Antara lipstik yang amat sesuai sekali digunakan adalah Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Lipstiknya comel kerana warnanya transparent dan di dalamnya terdapat sekuntum bunga mekar dengan pelbagai warna yang menarik.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Bunga hijau menjadikan lipstik ini unik dan mendapat perhatian ramai

Pilihan zaza sudah tentulah bunga hijau ( green ) kerana hijau adalah warna kesukaan zaza..tapi zaza pun suka dengan koleksi warna lain yang ada seperti bunga warna pink ( pink ), bunga berwarna merah ( red ) dan juga bunga berwarna kuning ( yellow )

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
CadeauCadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai empat ( 4 ) pilihan warna bunga

Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai pelbagai jenis bunga antaranya adalah
  • Chamomilla Recutita - chamomile
  • Hibiscus Sabdariffa - Roselle Hibiscus
  • Calendula Officinalis - English Marigold/Calendula
  • Rosa Damascena - Damask Rose
  • Bellis Perennis - Common Daisy
  • Magnolia Kobus - Kobushi Magnolia
  • Lilium Tigrinum - Tiger Lily
  • Lavandula Angustifolia - Lavender
  • Rosa Rugosa - Beach Rose
Zaza pun tak lah tahu sangat tentang jenis-jenis bunga ni..


Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow 

Apa yang bestnya dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow? Zaza dah pakai. Kelihatan cantik apabila di oles dibibir. Lipstik ini seperti lip balm yang membantu merawat masalah bibir seperti merawat bibir merekah. Pemakaian secara berterusan menjadikan bibir lembab dan lebih cantik.

Ia juga menjadikan bibir kelihatan pink kemerahan semulajadi. Lihat saja perubahan bibir zaza sebelum dan setelah memakai Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow.. nampak lebih berserikan bibir selepas oles lipstik ni..

Zaza menggunakan lisptik kod - Viridiflora GL04 

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Sebelum dan selepas..aumm pink bibir..cantik warnanya

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan

Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan. Limited edition tau. istimewanya lagi tentang Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ialah kerana ia dihasilkan secara homemade dari Korea. Baunya wangi. Apabila dikenakan dibibir juga kelihatan bersinar.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Nak cucinya pun senang.. Macam zaza lah, biasa kalau berjalan jauh, zaza akan kenakan lipstik jenis matte yang sangat susah dicuci..jadi ia memakan masa terutama ketika zaza nak solat. Tapi dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ia sangat mudah nak cuci. Lipstik ini juga bertahan sehingga 8 jam

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Ok, buat rakan-rakan dan pembaca semua..jika anda berminat untuk mendapatkan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow boleh saja membuat tempahan secara online.

Harga bagi satu unit Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow adalah RM95.00 sahaja

MASUKKAN KOD DISKAUN ZAZA11 SEMASA MEMBELI UNTUK MENDAPATKAN FREE GIFT


Tempahan terus melalui :
Website : maystar.com.my

Info lanjut di :  https://www.cadeau-beauty.com/
Instagram : cadeau_beauty

Ahad, Februari 12, 2017

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah. Assalamualaikum..apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Diharap semuanya sihat. Zaza pun baru balik bercuti dari kampung halaman. Lama tak pulang bertemu mak dan abah.

Sebenarnya zaza nak ceritakan kat semua rakan-rakan tentang ada sebuah tempat yang cukup istimewa untuk rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang ingin melangsungkan pekahwinan.

Tempat tersebut adalah THE WEDDING HERITAGE. Apa yang istimewanya kat sini?

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

Untuk pengetahuan semua, THE WEDDING HERITAGE menawarkan sebuah pakej lengkap perkahwinan di sebuah banglo mewah ( All In Package ). Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan bermula dari RM9,500 sahaja.

Mendapat sambutan dari orang ramai untuk menggunakan khidmat mereka. Kini THE WEDDING HERITAGE telah pun beroperasi selama 2 tahun dan mempunyai 2 buah cawangan.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

SENARAI 2 CAWANGAN THE WEDDING HERITAGE
( TWH )

Villa TWH  : Wedding Venue & Eventspace
Tempat : taman Sri Ukay, Ampang

Spesifikasi Majlis :

Birthday Party
Product Lauching
Open House
Berendoi & Aqiqah
Tunang, Nikah ( 100-200 pax )
Private Reception
Terhad kepada 500 pax

Banglo TWH :Wedding Venue
Tempat : Seksyen 6, Kota Damansara

Spesifikasi Majlis :

Malam Berinai
Nikah
Night Reception
Day Reception
Corporate Open House
Terhad kepada 2000 pax

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

Semuanya lengkap seperti Makeup, Katering, Juru foto, Pelamin, Bilik Persalinan, Bilik rehat untuk keluarga dan tetamu.

5 SEBAB KAHWIN DI THE WEDDING HERITAGE...

1. FLEKSIBEL

Dari segi masa dan bajet kahwin pelanggan terdapat perbezaan kahwin di TWH dengan di dewan. Ini kerana pengurusan TWH memberikan lebih masa seperti selepas majlis untuk keluarga pengantin membungkus makanan dan merehatkan diri selama 2-3 jam. Malah tetamu juga masih dapat berjumpa pengantin jika datang lewat. Ibarat seperti berada di rumah mereka sendiri.

Pengurusan TWH juga boleh mengeluarkan quotation secara custom mengikut bajet pengantin. Bagaimanapun kelebihan untuk menempah tarikh hanya dengan deposit sebanyak RM2500 sahaja. Pengurusan TWH juga memberikan masa dan ruang untuk pengantin mengumpul bajet sehingga 3 bulan sebelum majlis.

Pelanggan juga boleh menambah street food seperti kambing golek, apam balik, pisang goreng cheese, abc, aiskrim sebagai menu sampingan

2. KESELESAAN

Bilik persiapan pengantin, surau, bilik rehat tetamu dan ruang tamu bagi kelaurga juga disediakan. Di Banglo Kota Damansara juga mempunyai penginapan homestay 2 hari 1 malam. Ruang yang disediakan cukup selesa untuk keluarga dan mereka yang ada anak kecil untuk menyusukan bayi.

Persiapan ahli keluarga juga seperti berada dirumah kerana keperluan seperti seterika, pemanas air, kelengkapan mandian, tuala, lebihan tilam dan bantal turut disediakan. Untuk solat jemaah juga boleh tau.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah


3. KUALITI

Vendor dan panel yang bernaung di bawah TWH juga mempunyai pengalaman hampir 20 tahun. Idea-idea baru dan segar dari mereka juga sangat berkualiti. Setiap tempahan pelanggan akandiuruskan oleh senior wedding planer yang dilantik menjadi floor manager di hari majlis.

TWH jua menyediakan servis RELA secara percuma untuk mengawal lalulintas semasa majlis dijalankan.

4. KAHWIN CUCI TANGAN

Ramai yang memilih TWH kerana kekangan masa disebabkan komitmen kerja. Ada juga pelanggan yang tinggal dikawasan perumahan atau pangsapuri dimana tidak mempunyai ruang dan sempit untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Selain itu pelanggan juga tidak perlu berpenat lelah untuk menguruskan perkahwinan mereka. Merak juga menganggap pakej yang ditawarkan TWH murah berbanding wedding venue yang lain. Malah banyak item percuma diberikan. Mereka memilih TWH ibarat mengadakan " Kahwin Cuci Tangan " bagi pelanggan

5. BIDAN TERJUN

Kebanyakan TWH menjadi pilihan utama mereka untuk berkahwin di saat akhir. Jika dalam tempoh 2 minggu tempahan masih ada tarikh kosong, TWh mampu menguruskannya kerana mempunyai vendor yang terbaik dan berkualiti.

TWH juga mempunyai testimoni pelanggan yang melangsungkan perkahwinan saat akhir dan mendapat pujian daripada tetamu dan pelanggan sendiri kerana telah membuat yang terbaik dan mereka semua juga amat berpuas hati.

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

The Wedding Heritage Tawar Majlis Perkahwinan Di Banglo Mewah

KHAS UNTUK 20 ORANG TERAWAL DENGAN KOD ' BOOKING BLOGGER ' AKAN MENDAPAT REBATE BERNILAI RM500. REBATE INI SAH SEHINGGA MAC 2017 SAHAJA. CEPAT TEMPAH SEKARANG!!!

Untuk maklumat dan tempahan layari


ATAU HUBUNGI TERUS TALIAN 016 562 9394


Rabu, Februari 08, 2017

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara. Assalamualaikum.. apa khabar rakan zaza...syukur masih bertemu lagi kita..Oklah kali ini zaza nak bercerita tentang spek mata. Zaza antara yang wajib pakai spek mata kerana mata yang kabur akibat rabun dan power yang tinggi.. jadi tanpa spek mata memang tak lengkap lah aktiviti seharian zaza..

Bulan lalu sempena dengan harijadi zaza yang ke.... semakin tua dah zaza sekarang.. ;p...sempena dengan harijadi zaza tersebut..seseorang telah menghadiahkan spek mata baru..seseorang tu Insyaallah bakal sehidup semati..

Kebetulan pula spek mata zaza pakai sekarang tu tercalar sikit di bahagian cermin..so agak terganggu juga nak melihat memandangkan calar tu dah tak boleh nak hilang..

Yessssss.. dapat juga spek mata baru yang zaza idam-idamkan..spek mata lama digunakan di rumah.. yang terbaru ni khas untuk pergi kerja dan jalan-jalan..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek mata zaza yang baru ni di tempah di sebuah kedai spek mata yang baru dibuka iaitu PUSAT OPTIK OPTOMAN OPTEMETRY BANDAR KINRARA.  Berkonsepkan rekaan menggunakan pallate-pallate kayu yang cantik dan tema warna oren yang menarik. PUSAT OPTIK OPTOMAN OPTEMETRY BANDAR KINRARA telah dibuka untuk orang ramai bermula Disember tahun lalu..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Bahagian hadapan kedai Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Antara sevis-servis yang diberikan adalah seperti Pemeriksaan kesihatan Mata pecuma, Konsultasi, Spek Mata dan juga kanta lekap yang ada dijual.

Layanan mereka juga amat baik. Harga spek mata pun murah mengikut harga di pasaran. 

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Meninjau-ninjau spek mata yang menjadi idaman...

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Sempena pembukaan tempohari..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Sesi-sesi berbincang mengenai spek yang dipilih

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Dua orang pemilik kedai..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara
Terima ksih En M hadiahkan spek mata baru ni.. ;)

Ini dia spek mata baru zaza..dibayar oleh En M dengan harga RM400++. Memandangkan spek mata zaza ni perlu ditempah..dan zaza pula tak dapat nak ambil..so spek mata ni dihantar secara pos saja..

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Spek Mata Baru Dari Optoman Optometry Bandar Kinrara

Buat rakan-rakan zaza yang tinggal berdekatan Bandar Kinrara dan nak cari spek boleh la datang ke

OPTOMAN OPTOMETRY BANDAR KINRARA
NO 47-G JALAN BK 5A/2, BANDAR KINRARA
( Berhadapan tapak Pasar Tani Masjid Al Ehsan, SMK Sek. 4 Bandar Kinrara )


Ahad, Januari 29, 2017

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis. Walaupun jarang minum kopi tapi sekali sekala dalam sebulan zaza ambil juga. Salah satu minuman kopi yang zaza cuba minum sekarang ni adalah MILAGRO COFFEE. Satu lagi jenama minuman kopi yang mula mendapat perhatian ramai untuk memilikinya. Apa istimewanya kopi ni?

Buat semua dan juga pengemar kopi, MILAGRO COFFEE cukup istimewa kerana ia dapat membantu merawat pelbagai penyakit.

MILAGRO COFFEE dihasilkan dengan bahan yang bermutu tinggi iaitu dari kopi Arabica dan diadun istimewa bersama dengan kopi Robusta yang mempunyai sedikit rasa pahit tetapi sedap.

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Zaza sendiri pun dah cuba minum MILAGRO COFFEE ni..minuman kopi ini juga dicampur dengan herba Patawali,halia, lada hitam, dan garam gunung yang mampu meningkatkan lagi keenakan dan keinginan untuk menikmatinya.

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN MILAGRO COFFEE PATAWALI

Mengamalkan secara berterusan kopi ini mampu mencegah dan mengawal masalah-masalah seperti

Penyakit kencing manis
Darah tinggi
Sakit sendi,
Kanser
Menjadikan badan lebih cergas dan bertenaga
Mengilangkan penyakit gatal-gatal
Membantu masalah keradangan, alahan dan batuk
Dapat membantu merawat demam malaria
Menguatkan tenaga batin
Awet muda

MILAGRO COFFEE juga mengandungi antioksidan yang tinggi dan mampu memguatkan saraf serta sistem pertahanan tubuh badan. Ia juga mengembalikan tenaga dengan segera.

Selain itu, kopi ini juga dapat mebantu menyelesaikan masalah rabun yang disebabkan oleh kencing manis, menguatkan saraf mata yang lemah disebabkan oleh pembedahan dan laser. Ia juga dapat mencairkan selaput lendir ( katarak ) pada mata dan merawat masalah eyebag serta silau mata.

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

ANTARA BAHAN YANG TERDAPAT DI DALAM MILAGRO COFFEE

1. BATANG PATAWALI

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.


Patawali juga disebut sebagai akar seruntun dan batang wali. Ia sejenis pokok menjalar dengan batang berkerutu. Mempunyai rasa yang pahit. Walaupun pahit, batangnya mengandungi air yang tinggi dan sering dicampur dalam minyak urut. Bunganya berwarna hijau muda dan apabila matang ia berubah menjadi warna merah dan putih.

2. Halia

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Halia mengandungi air, karbohidrat,serat, kalium, fosforus, kalsium, tenaga, protein, gentian, niasin, asid amino, gingerols, oleoresin, pati minyak, Vitamin A, B dan C, lemak dan asid organik. Halia banyak digunakan dalam perubatan kerana kandungannya yang dapat membuang angin dalam badan, merawat sakit kepala, muntah,cirit birit, asma, sakit perut, mati pucuk, lemah tenaga batin, keracunan makanan, membantu melancarkan sistem pencernaan,, mabuk kenderaan dan banyak lagi.

3. ROBUSTA

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Robusta adalah kopi yang dapat membekalkan tenaga. Ia amat baik untuk melindungi jantung, mencegah diabetes, Menjaga kesihatan hati, meningkatkan kekuatan otak dan juga membantu menghilangkan sakit kepala

4. KOPI ARABICA

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Kopi ini mempunyai khasiatnya tersendiri pada kesihatan manusia. Kajian yang telah dijalankan oleh University of Scranton, kopi ini merupakan sumber antioksidan yang baik dan jika mengambilnya dalam sejumlah yang kecil mampu mengurangkan risiko terkena diabetes tahap 2, alzheimer dan juga kanser prostat.

5. GARAM GUNUNG

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Garam Gunung merupakan garam organik yang amat berkhasiat dan paling bersih. Ia mengandungi semua unsur yang terdapat di dalam badan manusia.

6. LADA HITAM

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Lada hitam merupakan rempah yang sering digunakan sejak zaman dahulu lagi. Lada hitam mengandungi minyak esensial. Lada hitam juga dapat membantu menguatkan pencernaan. Mengandungi sumber mineral seperti kalsium, kalium, zat besi dan magnesium.

Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Banyak lagi kelebihan yang ada pada MILAGRO COFFEE ni.. zaza suggest untuk korang sendiri mencubanya. Berikut adalah beberapa respon dari pemgguna yang telah mengambi lMILAGRO COFFEE secara konsisten.
Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.
Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.
Minuman Milagro Coffee Penawar Kencing Manis.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan MILAGRO COFFEE ni boleh hubungi :

Facebook : milagromalaysia
Instagram : milagro_coffee
Telefon : 012 370 2676
Email : milagrocoffeemalaysia@gmail.com


HARGA SEKOTAK RM55.00 SAHAJA ( 20 sachet )

TEMPAH SEKARANG>>> KLIK  MILAGROMALAYSIA

Peluang menjana pendapatan  dengan menjadi stokis bersama MILAGRO COFFEE. Berminat menjadi stokis hubungi nombor yang tertera seperti di atas..

Khamis, Januari 26, 2017

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung. Rasanya manis. walaupun buahnya agak mahal dijual..tapi ia tetap menjadi pilihan buat pengemar buah delima. Zaza pun antara yang meminati buah ini. Agak susah juga nak mencari. Kalau ada pun kebetulan dijual.

Isinya banyak dan warna merah. Tak puas rasa bila makan sebiji je. Selain dimakan begitu je, buah delima ni sebenarnya sangat baik jika dibuat jus.

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Gambar - nutraingredients-usa.com

Buah delima mempunyai 3 kali ganda antioksidan berbanding buah oren dan teh hijau. Kandungan antioksidan seperti 'anthocyanin' dan 'asid ellagic', senyawa seperti asid gallic dan flavonoid seperti quercetin dapat memberikan perlindungan daripada penyakit jantung,diabetis, osteoarhritis dan beberapa kanser lain.

Jom ketahui beberapa kebaikan jus delima kepada tubuh:

1. Amat baik untuk jantung

Jus delima amat baik untuk jantung. Dengan menjaga arteri ( pembuluh darah berdinding tebal yang membawa darah beroksign dari jantung ke jaringan di semua organ ) agar fleksibel dan mencegah peradangan pada lapisan pembuluh darah. Ia menurunkan risiko tersumbat di bahagian dalam arteri yang memberikan kesan terbatasnya aliran darah ke jantung dan otak.

Oleh itu, jus delima mempunyai efek anti aterogenik pada jantung  dengan menekan jumlah kolestrol jahat (LDL ) dalam tubuh sekaligus meningkatkan jumlah kolestrolbaik ( HDL )

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Gambar - motherearthliving.com

2. Bantu merawat peranakan

Buat ibu mengandung, ia amat baik kerana sumber besar daripada sejumlah vitamin dan mineral termasuk asid folic di mana ia merupakan elemen penting dari diet prenatal.

Jadi, anti inflamasi yang terdapat dalam jus delima dapat membantu pengaliran darah yang sihat dan yang penting bagi tumbesaran janin.

Kandungan kalium dalam jus delima juga membantu masalah kaki kejang. Sekiranya ibu mengandung mengambilnya secara teratus, ia dapat mengurangkan risiko kelahiran anak premaute atau kelahiran bayi dengan berat badan tidak mencukupi.

3. Merawat dan mengelakkan rambut rosak

Buah delima juga dapat mencegah dan memperbaiki masalah rambut rosak. Pengambilan jus delima secara teratus dapat memperkuatkan folikelrambut sekaligus dapat mencegah rambut rosak dan menjadikan rambut sihat bersinar.

4. Meningkatkan daya ketahanan tubuh

Jus delima bersifar anti bakteria dan anti mikroba di mana ia dapat melawan virus dan bakteria dan merupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Gambar - shuterstock

5. Sebagai anti penuaan semulajadi

Jus delima dapat membantu melambatkan proses penuaan dengan mengurangkan garis halus pada wajah yang disebabkan oleh sinaran UV.

Buah delima merah sangat baik untuk mebantu mempertahankan regenarasi sel-sel kulit dan mencegah berlakunya hyper pigmentasi dan terjadinya bintik-bintik hitam.

Jus delima amat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga dapat merawat masalah kulit kering. Jus delima juga dapat mengawal minyak dan juga jerawat. Penerapan jus delima merah pada kulit berminyak pula dapat mencegah pecahnya jerawat dan mengawal pengeluaran sebum.

sumber-wom.my

Banyak sebenarnya kebaikan mengamalkan jus buah delima ni. Kat kedai-ledai produk kesihatan pun banyak dijual.

Bolehlah amalkan berterusan. Semoga kesihatan bertambah baik.Insyaallah dengan IzinNYA.


Sabtu, Januari 21, 2017

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur. Pada 16 Januari 2017 baru-baru ini, satu Majlis Pelancaran GT Dollar Malaysia telah diadakan di  Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kerajaan terkenal dan 3,000 pemimpin industri IT dan e-dagang yang menyokong pembangunan ekosistem FinTech dinamik sekaligus membuka jalan untuk inovasi SMART seperti GT DOLLAR menjadikan Malaysia sebagau satu kuasa yang berpengaruh dalam sektor FinTech.


Dalam majlis ini, GT Dollar telah melancarkan produk baru yang dibawa oleh mereka iaitu Aplikasi GT Dollar dan GT Robot.


Pelancaran GT Dollar Malaysia

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Kerjasama diantara Malaysia dan GT Dollar ini dikatakan dapat memberikan kemudahan gaya hidup kepada masyarakat melalui pelancaran aplikasi mudah alih GT Dollar.

Aplikasi "One-stop mobile e-commerce platform" ini bertujuan membina masyarakat yang padu untuk penggunaan dan perniagaan dari pelbagai industri untuk berinteraksi dalam pasarannya.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Melengkapkan lagi kerjasama ini, GT Robot dihasilkan dengan teknologi tinggi dan inovasi di bawah GT Group, Pakar kemajuan dalam penyelesaian robot humanoid.

Robot comel ini dikenali sebagai GT Wonder Boy yang mampu berinterkasi sebagai pembantu manusia.

Kerajaan Malaysia juga sedang merancang untuk memperuntukkan pelaburan di suatu kawasan di sepanjang sempadan Negeri Sembilan - Melaka untuk pembuatan dan pemasangan sendiri kilang GT Robot yang bernilai RM300 juta.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Wonder Boy 

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Dengan pertumbuhan ini, dianggarkan sebanyak lebih kurang USD 20 Billion dapat dijana oleh syarikat ( sama dengan 10 Juta Mobile Robot ) dan mampu mewujudkan lebih 10,000 pelaung pekerjaan kepada penduduk dalam tempoh 5 tahun yang akan datang.

Oleh yang demikian, Kilang GT Robot tersebut akan menjadi yang pertama di Asia dengan pembuatan yang mesra alam ditambah lagi menggunakan peralatan teknologi tinggi selepas China.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
Y.B Datuk Mas Ermieyati Bin Samsudin melancarkan secara rasmi Majlis Perlancaran GT Dollar Malaysia 
Berbelanja Dengan Bijak Bersama GT Dollar

GT Dollar juga turut menawarkan e-wallet buat mereka yang sentiasa sibuk dengan kos sara hidup sekarang yang tinggi.

Dengan e-wallet ini ia dapat membantu peniaga mengembangkan perniagaan mereka dan mendapat lebih ramai pelanggan baru.

Ia juga menawarkan kepada pengguna tawaran istimewa, diskaun dan promosi di peringkat global.Selain itu dia juga dapat menghubungkan mereka dengan pengguna baru serta dapat mengekalkan program kesetiaan melalui pengagihan kredit maya ( GTD )

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur

Komunikasi diantara pengguna dan peniaga juga bertambah mudah kerana adanya lokasi GPS-Lancar dan perkhidmatan lain seperti pemindahan data,pembayaran bil utiliti dan rangkaian chat sosial dan beberapa lagi perkhidmatan lain.

Bagi anda yang ingin menggunakan aplikasi ini, boleh muat turun di aplikasi ' GT Dollar " di play store. Apabila anda memuat turun dan mendaftar, anda akan diberikan kredit percuma RM300 ke dalam akaun GT Dollar anda.

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Mobile

Pelancaran GT Dollar Malaysia Di Kuala Lumpur
GT Watch

Selain robot GT Wonder Boy, GT Dollar juga turut melancarkan dua lagi gadget istimewa iaitu GT Mobile dan GT Smart Watch.

Maklumat lanjut mengenai GT Dollar dan gadget  ini boleh layari www.gtdollar.com