Friday, April 21, 2017

Simple Makeup Dari Shizens Visage Collection

Simple Makeup Dari Shizens Visage Collection. Hi all my friend yang tersayang..baru-baru ni zaza berpeluang untuk mencuba set makeup dari Shizens Visage Collection. Agak teruja juga dan sebenarnya inilah pertama kali zaza dengar jenama ni..mehmeh

Tapi rata-rata rakan memberitahu Shizens adalah brand yang dikenali juga.



Antara barangan yang zaza peluang memakaianya adalah Natural Pore Nutrient Foundation Pro, Hue-Duo Eyeshadow, Aqua Eyeliner dan  Smack Lips.

Natural Pore Nutrient Foundation PRO

Zaza suka foundation ni.. lembut apabila di apply pada muka. Nampak smooth je. Bestnya juga sebab ia ringan.

Foundation ni bebas dari talkum malah amat mebantu mengurangkan garis halus jika kerap memakainya. Ada kandungan Vitamin E yang boleh melembabkan kulit..

Keseluruhannya zaza amat menyukai foundation ini


Aqua Eyeliner


Mempunyai dua warna iaitu brown dan hitam.. So yang zaza pakai ni warna brown..Bentuk jenis Cushion Sponge.Tahan sehingga 12 jam. Senang dicuci

Pada zaza..mungkin tak biasa pakai jenis ni..so agak kekok dan comot pertama kali nak cuba. Apa pun senang nak cuci.


Hue Duo Eyeshadow

Bab bahagian mata zaza masih fail..but its ok untuk zaza mencuba. Eyeshadow ini didatangkan dengan Mocha Glow. Warna yang natural mampu memberikan kemasan semulajadi pada kelopak mata



Smack Lips

Smack Lips yang zaza pakai adalah warna merah.Cantik sktrukturnya apabila kering di bibir. Bagaimanapun warna merah mungkin agak kurang sesuai dengan zaza sebab kelihatan nampak terlalu garang.

Smack Lips adalah jenis " matte ". Smack Lips ini diperbuat dengan campuran Minyak Kelapa dan Mentega Bunga Matahari di mana ia dapat membentuk melembabkan bibir dan menghalang bibir dari mengelupas. 


So.. itulah antara 4 barangan makeup dari Shizens Visage Collection yang zaza sempat kenakan di muka.. inilah hasil makeup..sorry sebab zaza bukanlah mahir bersolek..masih belajar lagi

Apa pandangan rakan-rakan  pasal makeup zaza ni?



Info penuh mengenai produk Shizens Visage Collection dan cara pembelian boleh terus klik :






Wednesday, April 12, 2017

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017. Setiap wanita ingin kelihatan cantik sentiasa. Kecantikan membuatkan wanita lebih yakin pada diri terutama apabila berdepan dengan ramai orang. Kini bagi memenuhi impian wanita, Shizens memperkenalkan Koleksi Shizens Visage 2017.

Koleksi Shizens Visage 2017 telah dilancarkan pada bulan Mac yang lalu. Koleksi ini terdiri daripada produk penjagaan wajah ( skincare ) dan barangan Solekan ( makeup )

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017


Antara produk dalam koleksi ini ialah Time Resistance Essence, Time Resistance Night Cream, Aqua Pore Perfection, Natural Pore Nutrient Foundation Pro, Hue-Dua Eyeshadow, Aqua Eyeliner, Smack Lips, Shizen Ultimet Potent dan juga Sponge Makeup

Time Resistance Essense

Ia digunakan untuk menjadikan kulit tegang, lembut dan lembab serta meresap jauh ke dalam sel kulit. Ia bertindak sebagai Esen Anti-Penuaan dengan gabungan Skin Regnerating Ceramide. Ia juga begitu efektif dalam menguatkan kulit agar lapisan kulit dilindungi dan membentuk halangan yang efektif dari kehilangan lembapan

Time Resistance Night Cream

Setelah anda menyapu Time Resistance Essense, sapu pula Time Resistance Night Cream. Fungsinya membantu melembabkan kulit sekaligus membuatkan kulit kelihatan tegang dan awet muda.

Aqua Pore Perfection

Ia mempunyai 3 pilihan warna dan bertindak sebagai penganti cecair bedak asas. Ia mengandungi Vitamin A, E dan F. Aqua Pore Perfection menjadikan kulit sihat dan berseri serta lembab secara semulajadi.

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017


Natural Pore Nutrient Foundation PRO

Ia merupakan foundation ( makeup asas ) ringan dan 100% bebas daripada talkum serta dapat menghasilkan makeup yang mengurangkan garisan halus di muka serta pori yang tidak sempurna

Dalam produk ini, ia diformulasikan dengan Vitamin E yang memberikan sentuhan kelembapan pada kulit.

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017

Aqua Eyeliner

Aqua Eyeliner ini didatangkan dengan 2 warna iaitu Brown dan Hitam. Ia berbentuk jenis Cushion Sponge. Selain itu, ia juga smudge-proof dan tahan sehingga 12 jam. Ia juga mudah dicuci dan terdapat berus diberi

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017

Smack Lips

Mempunyai warna yang begitu menarik. Smack Lips adalah jenis " matte ". Smack Lips ini diperbuat dengan campuran Minyak Kelapa dan Mentega Bunga Matahari di mana ia dapat membentuk melembabkan bibir dan menghalang bibir dari mengelupas. 

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017

Hue Duo Eyeshadow

Eyeshadow ini didatangkan dengan Mocha Glow. Warna yang natural mampu memberikan kemasan semulajadi pada kelopak mata

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017

Ultimate Potent

Apabila selesai makeup, gunakan Ultimate Potent yang bertindak dan menjadikan kulit lebih segar dan tegang. Ulimate Potent boleh digunakan sebelum makeup dan juga selepas makeup. Ia juga dapat melembabkan kulit dan menjadikan makeup tahan lama

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017


ADA TAWARAN MENARIK 
UNTUK ANDA

Dapatkan segera "Visage ESSENTIALS" seperti

1. Smack Lips - Plum Wine
2. Smack Lips - Orange Tango
3. Aqua Eyeliner - Black
4. Aqua Eyeliner - Brown
5. Hue - Duo Eyeshadow-Mocha Glow
6. Shizens Proffessional Brush Set ( 6 Brushes )

Dengan Hanya

RM199.00 sahaja
( Daripada RM1,503.00 )

Koleksi Terbaharu Shizens Visage 2017


Anda boleh mendapatkan promosi ini bermula dari 1 Mac 2017 sehingga 21 May 2017 di butik kecantikan Shizens.

Berikut adalah Senarai Butik Kecantikan Shizens :

1. Shizens Pavillion Flagship Store
2. Shizens Mid Valley
3. Shizens One Utama
4. Shizens Sunway Piramid
5. Shizens Gumey Plaza
6. Shizens Genting Sky Avenue
7. Shizens Isetan KLCC
8. Shizens Isetan Garden
9. Shizens Parkson Pavillion
10. Shizens Sogo KL

VISAGE MAKEOVER CHALLENGE

Bagi anda yang datang ke butik kecantikan Shizens, boleh gunakan kod VISAGE01 untuk mendapatkan makeover percuma.

Kemudian uplod gambar anda sebelum dan selepas di facebook Shizens melalui PM Facebook

Dan menangi hadiah menarik. Antaranya :

Grand Prize : RM2000 Cash + Shizens Produk dan Hadiah bernilai lebih dari RM6000
1st Prize : RM1000 Cash +  Shizens Produk dan hadiah bernilai lebih dari RM4000
2nd prize : RM500 Cash + Shizens produk dan hadiah bernilai lebih dari RM 3,500

Tempoh bermula dari 15 April 2017 sehingga 15 May 2017

Untuk info dan sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Shizens di :

Facebook : Shizens Malaysia
Website : www.shizens.com
Instagram : @myshizens

Friday, March 31, 2017

Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare. Assalamualaikum. Pengalaman zaza bekerja dalam penjualan produk kecantikan dan kesihatan, zaza temui ramai dikalangan perempuan menghadapi masalah kulit jerawat dan jeragat berbanding lelaki.

Jadi untuk merawat masalah ini ada satu produk penjagaan wajah baru yang boleh dicuba iaitu TIENNA SKINCARE


Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

TIENNA SKINCARE merupakan produk baru yang mengggunakan ekstrak buah betik dalam proses pembuatannya. Semestinya ramai yang telah mengetahui buah betik sering digunakan dalam produk kecantikan dan banyak khasiatnya untuk mencerahkan dan merawat kulit.

TIENNA SKINCARE juga mengandungi Vitamin A, C dan E dan amat sesuai untuk semua jenis kulit

Dalam set produk TIENNA SKINCARE terdapat empat ( 4 ) iaitu

1. Toner 50ml
2. Day cream ( 20g )
3. At Night Cream ( 20 g )
4. Facial Wash 100ml

KEBAIKAN TIENNA SKINCARE

Berikut adalah beberapa kebaikan TIENNA SKINCARE jika memakai secara konsisten antaranya

1. Ia dapat mengatasi masalah jerawat 
2. Dapat membantu mencerahkan kulit kusam dan tak bermaya
3. Dapat membantu memutihkan kulit
4. Meratakan warna kulit yang tidak rata
5. menghilang dan menyamarkan cela dan parut dimuka
6. Dapat menghilangkan kedutan wajah
7. Mengembalikan keremajaan dan menyinarkan kulit muka


CARA MENGGUNAKAN TIENNA SKINCARE

Cara menggunakan set muka TIENNA SKINCARE ni mudah saja. Langakah pertama adalah...

Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

1. Cuci Muka menggunakan Facial Wash
Pencuci ini bertindak untuk membersihkan kulit dari kotoran yang melekat. Mengandungi ekstrak buah betik yang dapat membantu mencerahkan kulit

Cara penggunaan : Bersihkan muka dan leher 3 kali sehari. Di waktu pagi, tengahari dan malam


Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

2. Memakai Toner 
Toner bertindak sebagai pembersih dan penyegar kulit di mana ia dapat mengurangkan jerawat dan kulit yang kusam

Cara penggunaan :  Ratakan toner menggunakan kapas muka ke seluruh muka selepas menggunakan facial wash

Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

3. Day Cream
Ia berfungsi untuk melindungi kulit muka dari cahaya matahari yang terik sekaligus mengilangkan flek hitam yang terdapat pada muka.Day Cream ini juga bertindak sebagai sunblok yang mengandungi SPF 30 yang dapat melindungi kulit dari cahaya matahri yang boleh merosakkan kulit

Cara Penggunaan : Ratakan day Cream waktu pagi dan di siang hari

Kulit Wajah Sihat Dengan Tienna Skincare

4. At Night Cream
 Ia mengandungi ekstrak betik, Vitamin A, C dan E serta bemzoly. Fungsi At Night Cream dapat merawat kulit, mengeringkan jerawat dan menyekatakan tona kulit. Selain itu ia juga bertindak sebagai pencerah dan menghaluskan kulit muka. 

Cara Penggunaan : Ratakan At Night Cream di waktu malam

Produk TIENNA SKINCARE masih dalam proses KKM, Bagaimanapun produk ini juga begantung kepada kulit individu. Jika didapati produk ini tidak bersesuaian, jangan teruskan pemakaian.


HARGA TIENNA SKINCARE :

Set Trial : RM99.00
Postage RM 8.00 ( SM ) / RM11 ( SS )
( Cleanser 30ml, Toner 20ml, Day Cream 5g, dan At Night Cream 5g )


Premium Set : RM189.00
postage RM8.00 ( SM ) / RM 11 ( SS )
( Cleanser 100ml, Toner 50ml, Day Cream 20g dan At Night Cream 20g )


Bagi yang berminat untuk mencuba boleh mendapatkan produk ini dengan menghubungi :

Instagram : tieenaempire
Whatsapp : 017 666 3592


Wednesday, March 22, 2017

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita. Assalamualaikum.. sejak kebelakangan ni banyak juga zaza baca kisah macam-macam penyakit melanda wanita hari ini.Takut juga rasa. Semua orang nak sihat kan. Terutama masalah kitaran haid, jamgkitan kuman, penuaan, dan lain-lain.

Jadi zaza pun ambil pendekatan untuk mencuba produk minuman baru yang diperbuat dari Kurma Hitam dan Madu Asli.

Produk baru tersebut adalah Minuman Botanical DEA DELLA yang diformulasikan untuk semua golongan wanita bagi meningkatkan kecantikan dan penjagaan kesihatan dalaman secara semulajadi

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

KENAPA PERLU MEMILIH MINUMAN DEA DELLA?

Minuman DEA DELLA merupakan minuman istimewa sebagai minuman pengikat & pemikat suami. Malah minuman DEA DELLA ini dihasilkan dari bahan semulajadi oleh mereka yang pakar dalam bidang botanikal serta kepakaran melebihi 30 tahun. Jadi semestinya produk ini amat berkualiti.

Produk minuman ini juga melalui pergilangan bertaraf GMP ( Good Manufacturing Practise ) serta HALAL

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Alhamdulillah...sudah seminggu zaza mengambil minuman DEA DELLA untuk memberikan tenaga kepada zaza. Maklumlah bekerja ni memang kadangkala badan letih dan mengantok.

DEA DELLA dirumus dari bahan seperi Kurma Hitam, Madu Asli, Akar Serapat, Kacip Fatimah, Manjakani, Sireh, Rumput Jarum Emas, Serai, Habbatussauda, Asam gelugur, Asam Jawa, Halia, Lengkuas, Lada Pintal,Vitamin C, Vitamin B6, Vitamin B12, Kolagen Marin dan Glutation.

Setiap bahan yang terkandung didalamnya mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang amat baik dalam membantu merawat masalah dalaman wanita.


KELEBIHAN DAN KEBAIKKAN DEA DELLA

Rasa just minuman DEA DELLA ni seperti jus kurma dan amat sedap sekali. Didatangkan dengan botol berkuantiti 250ml. Walaupun kecil produk minuman ini amat bagus.

Apa yang wanita masa kini akan dapat sebaik sahaja meminum DEA DELLA ni...?

Berikut kelebihan dan kebaikkan DEA DELLA

* Menstabilkan hormon wanita
Memberikan kesan penegangan dan keindahan yang istimewa pada payudara
Memberikan kesegaran dan kemantapan pada bahagian intim wanita
menguatkan otot faraj dan mengecutkan rahim
Membantu menyelesaikan masalah keputihan ( bersifat antifungus )
Mengurangkan sengugut
Menghilangkan masalah perut buncit
Memberikan sumber tenaga dan meningkatkan kecergasan tubuh
Mengembalikan pelincir pada wanita
Merawat luka dalam perut dan pembedahan ( sangat baik untuk wanita selepas bersalin - dinasihat selepas 14 hari bersalin )
Menambah kolagen dalam badan
Mengurangkan kedutan halus pada wajah
Menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menaikkan seri wajah
Mengurangkan gejala Pra-monopouse
Mengurangkan bau badan dan mulut
Membantu mengatasi masalah sengal tulang dan sendi terutama warga tua
Meningkatkan kesuburan wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

CARA PENGAMBILAN DEA DELLA

Pengambilan DEA DELLA senang je.. Seelokknya diambil 15 minit sebelum makan dan minum. Elakkan sudu berlogam sebaliknya guna sudu plastik.

Bagi wanita dewasa
( 3 HARI PERTAMA )
3 sudu besar pagi dan malam
( 6 sudu besar sehari )

SELEPAS 3 HARI PERTAMA &SETERUSNYA
1 sudu besar pagi dan malam
( 2 sudu besar sehari )

Bagi golongan remaja
1 sudu besar pagi dan malam
( 2 sudu besar sehari )

Anak kecil yang ada masalah keputihan
1 sudu teh pagi dan malam
( 2 sudu teh sehari )


Jadi sesiapa sesiapa berminat nak mencuba dan mendapatkan produk minuman DEA DELLA ni..boleh terus menghubungi zaza di facebook

Facebook : Zaza Iman
Facebook Page : https://www.facebook.com/zazaimandotcom/


Tuesday, February 28, 2017

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver. Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Harapnya semua sihat. Zaza memang tak pernah nak ada aksesori seperti cincin. Cuma baru-baru ni zaza terima cincin merisik dari bakal mertua. Itulah cincin pertama zaza. Bila dah ada cincin dijari, terasa nak tambah lagi. Terasa cantik pula diri ini apabila mengenakan cincin,berseri- gittu..mehmeh

Trend sekarang ni zaza tengok wanita-wanita banyak memakai aksesori yang jenis ukir nama,bukan setakat cincin, malah gelang pun ada jenis yang boleh ukir nama. Pernah zaza tengok ada seorang makcik datang ke tempat kerja zaza pakai gelang ukir nama.Cantik sangat. Berkenan zaza tengok.

Maklumlah lumrah wanita..memang amat suka barang kemas dan perhiasan wanita terutaman gelang, cincin, rantai kaki dan rantai leher.

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

Saturday, February 18, 2017

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Assalamualaikum.. kebiasaannya kalau zaza nak keluar ke kedai zaza akan pastikan bibir di oles dengan sedikit lipstik agar wajah tak pucat. Antara lipstik yang amat sesuai sekali digunakan adalah Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow. Lipstiknya comel kerana warnanya transparent dan di dalamnya terdapat sekuntum bunga mekar dengan pelbagai warna yang menarik.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Bunga hijau menjadikan lipstik ini unik dan mendapat perhatian ramai

Pilihan zaza sudah tentulah bunga hijau ( green ) kerana hijau adalah warna kesukaan zaza..tapi zaza pun suka dengan koleksi warna lain yang ada seperti bunga warna pink ( pink ), bunga berwarna merah ( red ) dan juga bunga berwarna kuning ( yellow )

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
CadeauCadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai empat ( 4 ) pilihan warna bunga

Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow mempunyai pelbagai jenis bunga antaranya adalah
  • Chamomilla Recutita - chamomile
  • Hibiscus Sabdariffa - Roselle Hibiscus
  • Calendula Officinalis - English Marigold/Calendula
  • Rosa Damascena - Damask Rose
  • Bellis Perennis - Common Daisy
  • Magnolia Kobus - Kobushi Magnolia
  • Lilium Tigrinum - Tiger Lily
  • Lavandula Angustifolia - Lavender
  • Rosa Rugosa - Beach Rose
Zaza pun tak lah tahu sangat tentang jenis-jenis bunga ni..


Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow 

Apa yang bestnya dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow? Zaza dah pakai. Kelihatan cantik apabila di oles dibibir. Lipstik ini seperti lip balm yang membantu merawat masalah bibir seperti merawat bibir merekah. Pemakaian secara berterusan menjadikan bibir lembab dan lebih cantik.

Ia juga menjadikan bibir kelihatan pink kemerahan semulajadi. Lihat saja perubahan bibir zaza sebelum dan setelah memakai Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow.. nampak lebih berserikan bibir selepas oles lipstik ni..

Zaza menggunakan lisptik kod - Viridiflora GL04 

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Sebelum dan selepas..aumm pink bibir..cantik warnanya

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow
Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan

Kotak packagingnya berwarna putih dengan dihiasi corak bungaan. Limited edition tau. istimewanya lagi tentang Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ialah kerana ia dihasilkan secara homemade dari Korea. Baunya wangi. Apabila dikenakan dibibir juga kelihatan bersinar.

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Nak cucinya pun senang.. Macam zaza lah, biasa kalau berjalan jauh, zaza akan kenakan lipstik jenis matte yang sangat susah dicuci..jadi ia memakan masa terutama ketika zaza nak solat. Tapi dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow ia sangat mudah nak cuci. Lipstik ini juga bertahan sehingga 8 jam

Bibir Merah dengan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow

Ok, buat rakan-rakan dan pembaca semua..jika anda berminat untuk mendapatkan Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow boleh saja membuat tempahan secara online.

Harga bagi satu unit Cadeau Pure Flower Extract Lip Glow adalah RM95.00 sahaja

MASUKKAN KOD DISKAUN ZAZA11 SEMASA MEMBELI UNTUK MENDAPATKAN FREE GIFT


Tempahan terus melalui :
Website : maystar.com.my

Info lanjut di :  https://www.cadeau-beauty.com/
Instagram : cadeau_beauty

Sunday, February 05, 2017

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh. Buah ni biasa dijumpa jual dekat kampung-kampung. Abah zaza pun ada tanam buah salak ni. Keliling rumah ada. kadang buah salak yang dah masak bagi pada jiran-jiran. Ada juga yang datang membeli. Pendek kata jemu dah makan buah salak ni...tapi bila musim habis..jadi kempunan pula..

Buah salak ni bila masak rasanya manis-manis. Isinya kalau masak betul gebu-gebu. Warna isi nya putih-putih sedikit kekuningan. Ada juga rasa kelat bila tak masak betul. Kat rumah zaza..selalu je petik bila dah masak.

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh
Ni pokok yang Abah zaza tanam..sempat lagi zaza petik buah yang tengah masak tu

Buah Salak juga disebut sebagai Salacca Zalacca. Nak tahu tak buah Salak turut dipanggil dengan nama Snake Fruit kerana kulitnya seakan-akan sisik ular.

Pokok Buah Salak mempunyai duri yang tajam dan panjang. bentuknya juga unik.

Biasa asyik makan buah Salak tapi zaza tak tahu pun apa kebaikan buah Salak ni..so selepas buat reseach..barulah zaza tahu apa manfaatnya buah Salak ni pada kita.. so zaza nak kongiskan kat korang pula..

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh
Duri-duri pokok Buah Salak

Buah Salak Banyak Manfaatnya Pada Tubuh

Dikatakan Buah Salak dapat Meningkatkan Kecerdasan Otak kerana Buah Salak mempunyai kandungan kalium dan peptin yang tinggi. Buah Salak juga sangat baik dalam menjaga sistem saraf.

Buah Salak amat Baik Untuk Pencernaan kerana mengandungi beta karoten,tanin,flavonoid,kalsium dan saponin

Buah Salak juga membantu Meningkatkan Stamina Tubuh Badan kerana mempunyai kandungan Vitamin A dan Serat yang tinggi. Dengan Vitamin A dan Serat inilah tubuh mempunyai tenaga dan stamina badan meningkat. Buah Salak Bermanfaat Untuk Menjaga Mata kerana mengandungi beta-karoten yang tinggi. Malahan juga dapat Mencegah Rabun Jauh kerana kandungan Buah Salak yang tinggi Vitamin A. Vitamin A amat baik untuk kesihatan mata.

Sebenarnya banyak lagi kebaikan dan manfaat yang ada pada Buah Salak ni..tapi makanlah perpada-pada. Kalau tak silap zaza kalau makan banyak sangat pun boleh sebabkan sakit urat. Wallahualam


TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela. Assalamualaikum. Apa khabar rakan zaza semua. Beberapa minggu lalu zaza ada ambil kelas makeup. Zaza belajar basic dan belajar melukis kening dan shading pada hidung serta shading pada tulang pipi. Jadi masa belajar kelas ni.. MUA Yaya ajar menggunakan foundation dari TMS Jelita Shine Foundation.

So dah beberapa minggu zaza pakai TMS Jelita Shine Foundation ni dan pengalaman zaza guna..memang best. Apa kelebihan foundation ni sampai zaza pun memilikinya? 

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
Label baru..foto dari facebook TMS Jelita Shine Foundation

TMS JELITA SHINE FOUNDATION

TMS Jelita Shine Foundation didatangkan dengan 2 kod warna iaitu Natural dan Pinkish. Zaza guna kod Pinkish.

Bagi kod Natural ia sesuai untuk semua jenis kulit dan sawo matang.  Untuk kod Pinkish sesuai untuk kulit cerah dan kuning langsat.

Setelah guna zaza amat berpuas hati dengan foundation ni kerana amat ringan apabila di apply pada kulit muka. Terasa lembut dan apabila apply pada kulit muka, ia mudah meresap. Bila lama-lama tengok kulit macam glowing.

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
Hasil menggunakan TMS Jelita Shine Foundation.

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
Label lama..

Bahan-bahan yang digunakan di dalam TMS Jelita Shine Foundation adalah dari bahan semulajadi seperti Aloe Vera, Minyak Argan, Vitamin E dan juga Kolagen. Fungsi bahan-bahan ini mampu merawat sekaligus membantu mencerahkan kulit muka.

Foundation ini juga mesra solat, tahan sehingga lebih 12 jam. Ia juga dapat menghilangkan jerawat dan jeragat bagi penggunakan yang berterusan.

Selain itu, kandungan yang ada dalam foundation ini juga dapat melindungi kulit dari sinaran UV kerana kandungan Spf 60+

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
foto dari facebook TMS Jelita Shine Foundation

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela
Hasil makeup menggunakan TMS Jelita Shine Foundation

Gambar kelas Makeup menggunakan TMS Jelita Shine boleh tengok entri >>> Kelas Makeup Natural Look dari Yaya Touch Bandar Seri Jempol

Beberapa testimoni pengguna yang gembira mengunakan foundation ni.

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

Banyak lagi testimoni di mana ada yang berjaya merawat masalah jerawat dan membuatkan kulit mereka kelihatan bersih. Tak kusam lagi.

Sebab tu zaza pun suka guna foundation ni.. zaza sendiri pun jatuh hati. Walaupun saiznya agak kecil tapi boleh tahan sebulan peggunaan. 

Harganya pun murah je hanya RM30.00 je..


TMS Jelita Shine Foundation Merawat Kulit Dan Menghilangkan Cela

So kalau ada rakan-rakan zaza nak try foundation ni boleh la terus Whatsapp Agent Yaya di talian 016 261 7253

Info lanjut juga boleh dapatkan di Facebook >>>  TMS Jelita Shine Foundation


Thursday, January 26, 2017

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung. Rasanya manis. walaupun buahnya agak mahal dijual..tapi ia tetap menjadi pilihan buat pengemar buah delima. Zaza pun antara yang meminati buah ini. Agak susah juga nak mencari. Kalau ada pun kebetulan dijual.

Isinya banyak dan warna merah. Tak puas rasa bila makan sebiji je. Selain dimakan begitu je, buah delima ni sebenarnya sangat baik jika dibuat jus.

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Gambar - nutraingredients-usa.com

Buah delima mempunyai 3 kali ganda antioksidan berbanding buah oren dan teh hijau. Kandungan antioksidan seperti 'anthocyanin' dan 'asid ellagic', senyawa seperti asid gallic dan flavonoid seperti quercetin dapat memberikan perlindungan daripada penyakit jantung,diabetis, osteoarhritis dan beberapa kanser lain.

Jom ketahui beberapa kebaikan jus delima kepada tubuh:

1. Amat baik untuk jantung

Jus delima amat baik untuk jantung. Dengan menjaga arteri ( pembuluh darah berdinding tebal yang membawa darah beroksign dari jantung ke jaringan di semua organ ) agar fleksibel dan mencegah peradangan pada lapisan pembuluh darah. Ia menurunkan risiko tersumbat di bahagian dalam arteri yang memberikan kesan terbatasnya aliran darah ke jantung dan otak.

Oleh itu, jus delima mempunyai efek anti aterogenik pada jantung  dengan menekan jumlah kolestrol jahat (LDL ) dalam tubuh sekaligus meningkatkan jumlah kolestrolbaik ( HDL )

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Gambar - motherearthliving.com

2. Bantu merawat peranakan

Buat ibu mengandung, ia amat baik kerana sumber besar daripada sejumlah vitamin dan mineral termasuk asid folic di mana ia merupakan elemen penting dari diet prenatal.

Jadi, anti inflamasi yang terdapat dalam jus delima dapat membantu pengaliran darah yang sihat dan yang penting bagi tumbesaran janin.

Kandungan kalium dalam jus delima juga membantu masalah kaki kejang. Sekiranya ibu mengandung mengambilnya secara teratus, ia dapat mengurangkan risiko kelahiran anak premaute atau kelahiran bayi dengan berat badan tidak mencukupi.

3. Merawat dan mengelakkan rambut rosak

Buah delima juga dapat mencegah dan memperbaiki masalah rambut rosak. Pengambilan jus delima secara teratus dapat memperkuatkan folikelrambut sekaligus dapat mencegah rambut rosak dan menjadikan rambut sihat bersinar.

4. Meningkatkan daya ketahanan tubuh

Jus delima bersifar anti bakteria dan anti mikroba di mana ia dapat melawan virus dan bakteria dan merupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh.

Jus Buah Delima Baik Untuk Jantung
Gambar - shuterstock

5. Sebagai anti penuaan semulajadi

Jus delima dapat membantu melambatkan proses penuaan dengan mengurangkan garis halus pada wajah yang disebabkan oleh sinaran UV.

Buah delima merah sangat baik untuk mebantu mempertahankan regenarasi sel-sel kulit dan mencegah berlakunya hyper pigmentasi dan terjadinya bintik-bintik hitam.

Jus delima amat sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga dapat merawat masalah kulit kering. Jus delima juga dapat mengawal minyak dan juga jerawat. Penerapan jus delima merah pada kulit berminyak pula dapat mencegah pecahnya jerawat dan mengawal pengeluaran sebum.

sumber-wom.my

Banyak sebenarnya kebaikan mengamalkan jus buah delima ni. Kat kedai-ledai produk kesihatan pun banyak dijual.

Bolehlah amalkan berterusan. Semoga kesihatan bertambah baik.Insyaallah dengan IzinNYA.