Rabu, Oktober 11, 2017

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini


Alami Sengugut? Cuba Tip Ini. Sakit sengugut memang sangat perit. Adakala sampai tak boleh nak bangun. Ada setengah dari kita juga mengambil pil tahan sakit untuk meredakan kesakitan.

Sebenarnya rasa sakit sengugut ni boleh dikawal jika kita tahu cara bagaimana mengalihkan minda dari terus memikirkan kesakitan tersebut.

Disini terdapat 5 Tip yang boleh dicuba saat mengalami sengugut. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kesakitan tersebut,

Mendengar Lagu - Sekiranya berasa susah untuk tidur kerana rasa sakit sengugut,cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu. Mendengar lagu dapat membuatkan diri dan minda berasa tenang dari emosi dan perasaan marah akibat rasa sakit yang dialami.

Mandi Air Panas - Cubalah mandi dengan air panas atau suam. Ini kerana haba yang panas dapat membuatkan pengaliran darah ke arah bahagian pelvis berjalan lancar. Sekaligus ia membantu menenangkan otot kejang akibat sakit sengugut.

Tidur - Jalan mudah untuk melupakan sakit sengugut yang terjadi. Setelah bangun dari tidur, badan akan berasa segar dan bertenaga. Sekaligus kesakitan yang dialami reda dengan segera.

Minum Teh Halia Atau Kayu Manis -  Cuba ambil minuman panas yang berasaskan herba.Kerana minuman panas dapat mengurangan kekejangan. Umum mengetahui halia sangat bagus untuk menghilangkan rasa sakit manakala kayu manis berfungsi sebagai anti-radang yang dapat mengurangkan kekejangan di bahagian uterine.

Makan - Kebiasaannya apabila sengugut berlaku,kita akan cenderung untuk makan. Ia disebabkan badan kita menggunakan lebih kalori sewaktu sengugut dan adanya ketika menstruasi. Peningkatan penggunaan kalori tersebut membuatkan badan membakar lebih banyak kalori dan membuatkan berasa cepat lapar. Oleh itu, makanlah apa sahaja kerana ia dapat membuatkan rasa sengugut berkurangan. sumber - majalah EH


Selasa, September 19, 2017

Cara Kekalkan Warna Lipstik dari Pudar

Cara Kekalkan Warna Lipstik Dari Pudar. Alah bencinya bila keluar rumah dan ke majlis-majlis, selepas makan dan minum mesti lipstick cepat pudar dan hilang. Lepas tu mulalah nak kena pakai balik untuk mendapatkan semula warna lipstick di bibir.

Sebenarnya ada beberapa tip yang boleh bantu anda untuk mengekalkan warna lipstik

Jom cuba aplikasikannya!

Cara Kekalkan Warna Lipstik dari Pudar

1.Rajinkan scrub bibir bagi menanggalkan sel kulit mati pada bibir. Lalu sapukan pelembab bibir supaya bibir sentiasa lembab.

2. Sapukan bedak asas atau concealer pada bibir anda. Dengan menyapu bedak asas atau concealer ia berfungsi sebagai base untuk memberikan warna lipstik tahan lama. Gunakan span ketika menyapu agar ia rata dan kemas.

3. Gunakan lip pencil pada garisan bibir. Gunakan warna lip pencil yang lebih gelap daripada warna lipstick. Kemudian barulah oleskan lipstick pada bibir dengan warna kegemaran anda.

Cara Kekalkan Warna Lipstik dari Pudar

Tip:

Untuk memudahkan aplikasi, calit warna lipstik menggunakan berus dan baru oleskan pada bibir.

Jika anda gemarkan lipstik daripada tekstur matte, pastikan anda oleskan pelembap bibir terlebih dahulu untuk mengelakkan bibir merekah.

Perhatikan bentuk bibir yang anda miliki. Sebaiknya hindari menggunakan warna gelap jika anda memiliki bibir yang nipis.  Manakala pemilik bibir penuh, sebaiknya menghindari lipstik berwarna terang.

Sumber >>> jelita.com


Isnin, September 18, 2017

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak. Semua orang mahukan rambut yang sihat dan bersinar.  Namun ada sesetengah mereka mempunyai rambut yang kering, kusam dan kerinting. Ada juga memiliki rambut yang cantik tetapi rosak dan rapuh akibat sinaran cahaya matahari atau memakai produk perawatan rambut yang mempunyai bahan kimia.

Antara salah satu punca terjadinya masalah rambut kering adalah kerana kurangnya penghasilan minyak daripada kulit kepala untuk mengekalkan kelembapan yang seimbang.

Penggunaan produk rambut yang mempunyai bahan kimia juga boleh merosakkan rambut.Akibat terlalu kerap menggunakan penyembur rambut, pewarna rambut dan pengering rambut membolehkan rambut menjadi kering dan cepat rosak.

Rambut yang terdedah dengan cahaya matahari, asap kenderaan dan klorin yang terdapat dalam air adalah punca erjadi rambut rosak.

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

Jadi bagaimana untuk merawat masalah rambut kering dan rosak? Mungkin 7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak dapat membantu anda!

 7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

1. Gunakan pupur rambut dua minggu sekali, sama seperti anda menggunakan pupur untuk wajah. Ia memberi kelembapan dan menjadikan rambut bersinar cantik.

2. Bilas rambut dengan air sejuk atau bersuhu bilik untuk mengelakkan kulit kepala rosak atau kehilangan lembapan minyak.

3. Potong sedikit hujung rambut setiap bulan bagi menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Jika dibiarkan, rambut akan jadi kering dan bercabang serta melambatkan proses pertumbuhan rambut.

4. Urut perlahan kulit kepala dengan sapuan minyak jojoba atau kelapa untuk merangsang penghasilan minyak semula jadi di kulit kepala selain melancarkan peredaran darah.

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

5. Sekali sekala, biarkan rambut lepas bebas tanpa menggunakan sebarang produk penjagaan mahupun penggayaan rambut. Ini membantu rambut mendapat ‘oksigen’ yang sepatutnya.

6. Sikat rambut menggunakan berus rambut yang lembut bagi meratakan minyak di kepala secara menyeluruh sebelum anda masuk tidur.

7. Tidak salah, sekali sekala anda gunakan resipi mask rambut buatan sendiri. Campuran madu dan minyak zaitun bukan sahaja mempunyai aroma yang wangi, malah ia baik untuk melembapkan rambut. Sapu rata ke seluruh rambut dan balut dengan plastik selama 30 minit. Kemudian, bilas menggunakan syampu dan perapi rambut. Lakukan sebulan sekali.

Perkara yang perlu anda elakkan :

1. Jangan sesekali cuba meluruskan rambut ketika rambut masih basah. Gunakan sikat berbulu yang memberi tekanan lembut. Selepas menggunakan pengering mahupun pelurus rambut, tukar mode pengering kepada yang bersuhu sejuk bagi menutup kutikel.

2. Mereka yang terlalu mengawal pemakanan dan tidak menjalani rutin diet yang berkhasiat cenderung mengalami kekurangan nutrisi. Justeru, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan rambut.

3. Si rambut kering tidak perlu membasuh rambut setiap hari. Cuci rambut dua atau tiga kali seminggu berserta penggunaan perapi rambut. Dan jangan pula menyapu perapi sehingga ke kulit kepala kerana dikhuatiri akan meninggalkan lebihan di kulit kepala yang menyerupai kelemumur.

7 Jalan Bantu Atasi Rambut Kering Dan Rosak

4. Jangan oles serum ketika anda ingin menggunakan penggulung atau pengering rambut. Haba boleh menyebabkan khasiat sebenar serum berubah kepada merosakkan rambut.

5. Ada pelembap rambut yang bertindak hanya memberi kelembutan secara luaran sahaja. Elakkan memilih pelembap mengandungi petroleum atau minyak mineral yang bisa menyekat nutrisi semula jadi daripada meresap ke dalam rambut. Sumber >>> Majalah Eh


Ahad, September 17, 2017

Tip Awet Muda Dengan Buah Prun

Tip Awet Muda Dengan Buah Prun. Tahukah anda buah prun memiliki banyak khasiat yang tersembunyi. Mungkin ramai yang masih belum mengetahui kebaikkannya. Zaza juga adalah salah seoarang penggemar buah ini.

Buah prun adalah merupakan buah plum yang telah dikeringkan. Apabila buah plum mengalami pemprosesan ia akan bertukar menjadi warna hitam.

Sumber Gambar - ok-selute.it

Buah prun mempunyai rasa yang masam, manis dan segar. Ia amat mudah didapati di pasaran.
Prun yang merupakan snek ringan mengandungi serat yang bagus untuk merawat masalah sembelit.Ini kerana buah prun berfungsi sebagai pelawas semulajadi sejak sekian lama. Jadi apabila anda mengambil beberapa biji buah prun setiap pagi, tubuh akan menjadi ringan dan segar kerana ia melawaskan pembuangan air besar anda.

Kandungan tinggi serat larut dalam prun juga turut membantu tahap gula dalam darah menjadi stabil. Malah serat larut tersebut dapat memperlahankan kadar dan melambatkan penyerapan gula dalam darah.

Serat larut juga meningkatkan kepekaan badan terhadap insulin. Selain itu ia dapat memberikan kepuasan setelah makan sekaligus mengelakkan berat badan bertambah. Jadi buah prun juga dapat mengawal penyakit diabetes tahap dua dan obesity.

Sumber gambar - baby-pedia.com

Kebaikkan pemgambilan buah prun juga dapat menurunkan kadar kolestrol, menguatkan tulang dan mengelakkan risiko diserang osteoporosis. Satu kajian yang telah dibuat telah membuktikan bahawa kandungan phenoic dan flavonoid yang terdapat dalam buah prun amat berkesan untuk mengelakkan tulang rapuh.

Buah prun juga adalah sumber Vitamin C. Sumber ini amat baik untuk membantu tubuh menyerap zat beso sekaligus membantu membina imuniti dan menghasilkan kolagen.

Tahukah anda juga bahawa mengambil buah prun yang mengandungi Vitamin C ini merupakan rahsia untuk anda kekal awet muda.

Selain untuk awet muda, ini kebaikan lain yang ada pada buah prun :

1. Kajian menyatakan buah prun mempunyai agen anti barah yang mana ia dapat mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor di dalam tubuh.

2. Buah prun juga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung kerana buah plum memgandungi agen-agen pembersih tertentu untuk memastikan darah tetap asli dan mencegah kompilasi pada jantung.

Sumber Gambar - myfoodchannel

3. Vitamin C dalam buah prun dapat membantu melindungi tubuh melawan penyakit seperti asma, barah kolon dan artritis rheumatoid.

4. Buah prun juga amat kaya dengan mineral seperti florida, zat besi dan kalium.Zat besi diperlukan bagi membentuk sel-sel darah merah.Kalium pula merupakan komponen penting yang dapat mengawal degupan jantung dan tekanan darah

5. Pemgambilan buah prun secara berterusan dapat mencegah sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh yang panjang dan mengekalkan ketajaman penglihatan.

Jadi apa lagi jom dapatkan buah prun di pasaraya..

Sumber >> majalah dara dan wom.my

Sabtu, September 16, 2017

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari. Sunburn kerap terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran UV. Cahaya matahari  yang memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu membahayakan seperti sinaran ultraviolet ( UV)

Gelombang inilah yang menyebabkan kulit terbakar dan menyebabkan kulit menjadi gelap. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesan lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit kelihatan lebih tua dari usia.

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Oleh itu ada beberapa tip dan cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan sunburn

1. Menggunakan losyen atau krim – gunakan losyen dan krim yang mengandungi UV25-50 bagi perlindungan yang maksimum
2. Gunakan sarung tangan sebagai pelindung sekiranya anda selalu memandu ketika waktu panas.
3. Gunakan pakaian dari kain woven kerana kain jenis ini adalah terbaik untuk menyerap peluh. Elakkan berpakaian warna gelap dan pakai pakaian longgar

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

4. Pakai topi atau payung jika berjalan di tempat panas seperti pantai
6. Ambil supliment antioksidan. Ia penting untuk melindungi kulit dari sinaran UV

Selain dari cara ini, terdapat juga cara lain secara semulajadi yang boleh juga anda lakukan seperti :

Buah Tembikai – buah tembikai boleh menyejukkan kulit yang terbakar akibat sinar matahari.Caranya adalah hiris nipis buah tembikai dan tekan di muka selama beberapa minit ( sekurang-kurangnya 20 minit ). Selepas itu bersihkan dan bilas. Tembikai mempunyai zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah akibat terbakar dek matahari

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Daun Lidah Buaya – Ambil daun lidah buaya dan gunakan lendirnya lalu disapu ke kulit muka. Urut secara perlahan. Amalkan selalu pasti akan nampak perubahan.

Tomato -  tomato yang telah dicuci dibelah dua. Lalu digosokkan pada muka perlahan-lahan. Biarkan kering dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah muka dicuci dengan air. Tomato secara umumnya diketahui sebagai agen penyejuk

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Mayonis – Sapukan sedikit mayonis pada kulit. Mayonis digunakan kerana mengandungi cuka yang dapat membantu mengurangkan kesan kulit terbakar. Mayonis yang disimpan pada suhu sejuk dapat menyejukkan kusan terbakar pada kulit. - Sumber >>> Majalah Rapi



Jumaat, September 15, 2017

5 Makanan Perlu Anda Hindari Jika Ingin Kurangkan Berat

5 Makanan Perlu Anda Hindari Jika Ingin Kurangkan Berat. Berat badan yang ideal memang diidamkan lelaki dan wanita. Oleh itu pemakanan seperti pemgambilan buah-buahan sangat bagus kerana buah merupakan makanan yang mempunyai kalori rendah dan sihat.  Bagaimana pun tidak semua buah sesuai diambil. Ini kerana ada sesetangah buah mengandungi banyak gula.

Jadi jom zaza nak kongsikan bagaimana untuk mengetahui mana buah yang perlu anda elak dan ambil dalam menjaga bentuk badan

5. APRIKOT  VS STRAWBERI

5 Makanan Perlu Anda Hindari Jika Ingin Kurangkan Berat

Buah Strawberi adalah buah yang amat baik untuk pemakanan yang sihat. Strawberi mengandungi serat, vitamin C, jumlah air yang banyak dan sedikit gula. Ini sekaligus menjadikan buah Strawberi dapat membantu melawan selulit.

Berbeza pula dengan buah Aprikot. Jika mengambil terlalu banyak boleh menyebabkan pening, rasa mual dan pengsan

4.  PEAR VS WATERMELON

5 Makanan Perlu Anda Hindari Jika Ingin Kurangkan Berat

Tembikai mengandungi serat dan air yang banyak. Oleh itu ia cepat menyegarkan dan mempunyai kesan diuretik. Ia juga dapat membantu menghilangkan toksin dan melawan keadaan seperti selulit dan jerawat.  Tembikai juga dapat membantu apabila panas, memulihkan keseimbangan air dana mat penting untuk kulit sihat dan baik.

Buah Pear pula mempunyai kelemahan dimana ia menganggu usus anda bekerja kerana dapat memberikan  kesan sembelit yang kuat

3. AVOCADO VS FOREST BERRIES 


5 Makanan Perlu Anda Hindari Jika Ingin Kurangkan Berat

Pengambilan buah beri hutan dapat membantu menghasilkan kolagen dan membakar lemak berlebihan. Beri hutan mengandungi gula rendah, vitamin C dan antioksidan.

Berbeza pula dengan buah Avocado. Avocado lebih sesuai dijadikan minuman dengan perlu mengambil dalam jumlah yang kecil.

2. ANGGUR VS EPAL

5 Makanan Perlu Anda Hindari Jika Ingin Kurangkan Berat

Semestinya buah Epal adalah buah yang amat bagus untuk kecergasan. Epal tidak mengandungi lemak sebaliknya ia mengandungi banyak serat.

Anggur pula adalah buah yang mengandungi banyak gula jadi ia kurang sesuai dijadikan buah dalam diet anda.

1.  PISANG VS GRAPEFRUIT

5 Makanan Perlu Anda Hindari Jika Ingin Kurangkan Berat

Grapefuit merupakan buah yang dapat menentang masalah berat badan berlebihan. Enzim Grapefruit dapat membantu memproses kalori secara aktif.

Pisang pula mencernakan secara perlahan-lahan  dan terdapat saintis menemui bahan-bahan tertentu di dalam buah pisang yang boleh menyekat aktivitisel yang bertangunggjawab dalam memisahkan lemak.

Sumber dan gambar dari - baca lebih lanjut di >>> brightside.me


Rabu, Ogos 23, 2017

Selalu Mabuk Bila Naik Kenderaan? Cuba Try Cara Ni


Selalu Mabuk Bila Naik Kenderaan? Cuba Try Cara Ni. Assalamualaikum..sejak dari kecil zaza seorang yang mabuk kenderaan apabila berada di dalam kereta atau bas atau apa jua kenderaan. Sehingga lah dah dewasa pun masih lagi mengalaminya.. sebab itu kalau ada rombongan yang perlu zaza naik bas dan perjalanan lebih 5 jam kebiasaannya zaza tak akan ikut.

Kenderaan yang biasa ada bau seperti bau kereta yang baru keluar dari kedai atau bas adalah kenderaan yang kerap zaza mabuk. pernah sekali zaza nak pulang ke kampung menaiki bas..baru bergerak 1 jam terus muntah. Siap menangis-nangis lagi..

Selalu Mabuk Bila Naik Kenderaan? Cuba Try Cara Ni

Adakala pening-pening dan loya tekak. So untuk mengelakkan perkara ini terjadi pada zaza dan juga rakan yang lain..zaza biasanya amalkan..

1. Elakkan minuman seperti air milo atau bersusu. Zaza memang tak boleh kalau naik bas atau kenderaan yang bau kuat minum air milo atau bersusu..pasti akan meluakkan semula..Elakkan juga makan terlalu kenyang atau minuman bersoda

2. Sediakan  asam atau jeruk. Memang asam dan jeruk amat membantu zaza supaya tak loya.

3. Biasanya kalau naik bas elakkan duduk di belakang. Kalau boleh elakkan juga membaca buku atau pun bermain telefon.

4... dan paling mudah bagi zaza adalah membeli ubat tahan mabuk di klinik. Kalau buat perjalanan jauh memang ubat tahan mabuk zaza dah sediakan awal-awal. Yang ni memang amat membantu!

Kat sini..ada ke rakan-rakan zaza yang sama macam zaza juga?

Khamis, Mei 25, 2017

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing. Anda penggemar kucing? Jika jawapan anda ialah YA, anda wajib baca artikel ini sehingga habis.

Bagi mereka yang membela kucing, pelbagai perubahan cara hidup perlu dilakukan untuk memastikan kucing kesayangan mereka sentiasa sihat dan gembira. Antaranya termasuklah mengasingkan wang untuk perbelanjaan makanan dan perubatan kucing tersebut.

Malah, ada juga yang menolak terus idea untuk tinggal di rumah jenis apartmen kerana tak sanggup berpisah dengan haiwan peliharaan mereka. Jika tinggal di rumah atas tanah, #anakanakbulu atau “fur babies” ini akan dapat bermain dan berlari dengan lebih bebas. Tapi kalau rumah anda terlalu lapang dan kosong, kucing kesayangan anda akan cepat berasa bosan kerana tiada cabaran bermain dan tiada tempat untuk menyorok.

Jadi, jika anda mahu jadikan rumah anda lebih cat friendly, lihat idea menarik yang saya telah kumpulkan ini. Enjoy!

1. Pasang alang-alang di dinding dan siling sebagai trek laluan untuk kucing anda.

10 Reka Bentuk Rumah Untuk Penggemar Kucing

Jumaat, Mac 10, 2017

8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata. Mata adalah kurniaan Allah yang sangat berharga. Tak dapat dibayangkan kalau dunia ni gelap gelita.Mata yang kabur pun dah jadi tak seronok sebab tak dapat melihat dengan jelas. Macam zaza la rabun..seksa juga nak melihat.

Jadinya jagalah mata sebaik-baiknya. So cerita kali ni zaza nak share dengan rakan-rakan semua 10 Makanan Yang Baik untuk Kesihatan Mata.

Makanan-makanan yang disenaraikan ni mengandungi banyak Vitamin A dan Vitamin C. Begitu juga dngan nutrien lain yang amat penting untuk mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Mata

1. Bayam

Bayam juga mengandungi banyak zeaxanthin dan lutein. Selain daripada itu, bayam juga mengandungi vitamin C yang boleh mencegah penyakit glaukoma

2. Bawang putih

Kandungan selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin, dan glutathione dalam bawang putih bermanfaat untuk melindungi kanta mata daripada radikal bebas seperti sinar UV

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

3. Tomato

Tomato selalu digunakan untuk merawat kesihatan kulit muka. Tomato juga mempunyai banyak manfaat untuk mengekalkan mata yang sihat. Tomato kaya dengan vitamin A, vitamin C dan lycopene, dimana ketiga- tiga nutrien yang ini sangat penting kepada mata.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata


4. Kubis Dan Brokoli

Ia juga adalah salah satu jenis sayur-sayuran yang baik untuk merawat dan mengekalkan kesihatan mata. Brokoli atau kubis mengandungi nutrien yang sama seperti bayam dimana ia mengandungi lutein dan zeaxanthin. Kedua-dua nutrien ini berfungsi sebagai 'cermin mata hitam' yang berfungsi untuk melindungi mata daripada sinaran UV. Memakan kubis juga  dapat mengurangkan risiko katarak

5. Avocado

Avocado adalah sejenis buah-buahan yang mengandungi lutein. Fungsi Lutein ini adalah menghalang degenerasi makula dan katarak mata

6. Telur

Makanan ini mengandungi sumber yang sangat baik zat seperti lutein untuk mata, B12, vitamin D, zink, vitamin A, dan cysteine. Lutein dan zeaxanthin yang terkandung dalam putih telur adalah antioksidan yang terbaik yang boleh mencegah degenerasi makula dan katarak.

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

7. Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari mengandungi selenium, zink dan vitamin E yang boleh mencegah gangguan mata seperti katarak dan kerengsaan mata yang disebabkan oleh faktor penuaan. Selain itu, biji bunga matahari juga mengandungi vitamin B2 yang berfungsi untuk mengatasi sensitiviti penyakit mata kepada cahaya atau lebih dikenali sebagai "fotofobia"

8 Makanan Yang  Baik Untuk Kesihatan Mata

8. Lobak

Lobak adalah salah satu sumber terbaik Vitamin A, kandungan beta-karotena dalam lobak merah menjadi asas dalam badan kita yang kemudiannya ditukar kepada Vitamin A.



Khamis, Januari 05, 2017

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat. Assalamualaikum. Zaza tengok ramai dikalangan rakan zaza mengalami masalah jerawat dan parut dimuka. Zaza pun dulu pernah alami keadaan yang sama. Sangat teruk..kejap muka berjerawat pasir sekejap berjerawat batu sehingga meninggalkan parut coklat kemerahan. Akhirnya zaza cuba pakai serum muka. dari pakai serum itulah yang buatkan kulit zaza dah bersih, parut dah tiada, jerawat pun dah pulih.

So untuk rakan-rakan zaza yang masih gagal merawat masalah tersebut, ada satu lagi produk Serum Muka yang dapat mengatasinya.Insyaallah

Produk serum tersebut adalah AVERA ACNE SERUM. Agak unik kerana didatangkan dalam bentuk roller.

Jom baca lagi kisah lanjut tentang AVERA ACNE SERUM ni..

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat
Avera Acne Serum dalam bentuk roller mudah digunakan


Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat
Packaging kotak yang cantik sesuai dijadikan hadiah juga..


AVERA ACNE SERUM


AVERA ACNE SERUM dihasilkan dari Argan Oil, Witch Hazel, Aloe Vera dan Mulberry Extract.
Berikut adalah fungsi setiap bahan yang digunakan :

Argan Oil
- Merawat dan membaiki tekstur kulit wajah dan memudarkan parut

Witch Hazel
- Mengurangkan bengkak dan keradangan pada kulit
- Mengurangi jumlah bakteria pada wajah dan pori-pori
- Meredakan kulit yang sedang merah dan bengkak kerana jerawat,
                     - Mengurangi jerawat atau menghentikan jerawa
- Membantu mengecilkan pori-pori wajah dan sesuai untuk kulit sensitif

Aloe Vera
- Membantu menghilangkan kotoran pada wajah,
- Mencerahkan wajah secara semulajadi
- Bertindak sebagai pelembab semulajadi
- Memudarkan kesan parut jerawat dan mengatasi kulit kering dan berminyak

Mulberry Extract
- Mengandungi Vitamin C sebagai antioksidan
- Menjaga kulit dari serangan radikal bebas yang berbahaya
- Mengatasi bintik hitam dan garis halus pada wajah
- Mengandungi Vitamin A, mencerahkan kulit dan sekatakan tona wajah


Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

3 SEBAB KENAPA PERLU MENGGUNAKAN AVERA ACNE SERUM NI..

1. Kerana Avera Acne Serum ini dihasilkan dengan 90% dari bahan yang kaya dengan antioksidan
2. Dihasilkan dan diformulasikan untuk kegunaan segala jenis kulit muka yang bermasalah berjerawat
3. Khas untuk rawatan dan kembali pulih dari kesan penggunaan produk yang mengandungi
    hydrokuinon dan merkuri


KELEBIHAN BAHAN ANTI OKSIDAN TINGGI PADA KULIT WAJAH

Antioksidan yang tinggi dapat amat baik kerana ia dapat :

- Menghapuskan jerawat
- Sebagai Anti radang
- Menganjalkan kulit dan meningkatkan kolagen
- Mengurangkan kedutan pada kulit muka
- Menghilangkan parut
- Menghalang kerosakan kulit akibat sinar matahari

TESTIMONI PENGGUNA

Berikut adalah testimoni pengguna yang telah menggunakan AVERA ACNE SERUM secara konsisten..telah banyak feedback positif dari pengguna setelah memakai serum ini.

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Dan banyak lagi testimoni lain yang anda boleh lihat di sini >>> https://www.facebook.com/averajelita/


MASALAH KULIT YANG BAGAIMANA SESUAI GUNAKAN AVERA ACNE SERUM NI..

Ia dihasilkan dan diformulaksikan khas buat anda yang sedang mengalami masalah kulit seperti

- Kulit berminyak
- Kulit berjerawat begkak dan bernanah
- Kulit kemerahan ( Hypersensitive Skin )
- Mereka yang pernah menggunakan produk Hydrokuinon dan merkuri
kerana lapisan Asid Matel kulit telah terhakis( kulit sudah nipis )


PRODUK INI TELAH LULUS KKM DAN SELAMAT DIGUNAKAN

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

CARA PAKAI AVERA ACNE SERUM

Cara pakainya sangat mudah.  Hanya sapu dibahagian parut dan jerawat dengan pergerakan membulat. Lakukan secara rutin tiga kali sehari.

** Kandungan antioksidan yang tinggi membantu untuk menghasilkan sel kulit baru dan sihat.

TIADA KESAN SAMPINGAN

Avera Acne Serum Untuk Rawat Kulit Berjerawat

Zaza pun masih baru lagi menggunakan produk ini. Amat serasi dengan zaza. Rasa kulit lebih bermaya. Bagaimanapun produk ini juga bergantung pada kulit seseorang.

ADA MASALAH JERAWAT DAN PARUT............?

DEGIL
MEMALUKAN
TIADA KEYAKINAN DIRI
BERNANAH
PARUT HITAM
JERAWAT KRONIK 
JERAWAT BATU....

NAK CUBA DAN RASAI SENDIRI PERUBAHAN PADA KULIT?

Jom dapatkan segera AVERA ACNE SERUM dengan harga MAMPU MILIK

UNTUK PEMBELIAN HUBUNGI

WhatsApp : 017 924 5937 / +60 11 1091 1745
Facebook : Avera Beauty
Instagram : avera_hq


AVERA ACNE SERUM
ROLL ROLL TERUIH SEGAK JELITA
ROLL SIKIT JER SAMPAI LICIN
ROLL SAMPAI LICIN TAU !


Rabu, Oktober 05, 2016

8 Kebaikan Makan Buah Manggis

8 Kebaikan Makan Buah Manggis. Buah manggis memang manis isinya. Buah manggis kerap muncul apabila tibanya musim buah durian. Bila duduk kampung dan datang musim durian..memang banyak la buah manggis berbuah

8 Kebaikan Makan Buah Manggis
Foto - foodtrients.com

Tapi tahukah anda buah manggis ni banyak khasiatnya. Selama ni hanya tahu makan je tanpa tahu apa khasiat yang tersembunyi. So jom kita tengok 9 Kebaikan Makan Buah Manggis... sedapppp

1. Mengekalkan Kesihatan dan Kecantikan

Manggis mengandungi sebatian antioksidan yang lebih tinggi daripada kandungan vitamin C dan vitamin E, yang bermanfaat untuk mengekalkan badan yang sihat dan berkhasiat untuk kecantikan.

2. Mencegah dan Merawat Kanser

Buah manggis mengandungi Antioksidan yang tinggi dan dikatakan sebagai anti-kanser. Buah manggis mampu merawat penyakit seperti kanser payudara, kanser darah, kanser perut, kanser paru-paru, dan kanser kulit.

3. Mengurangkan Paras Kolesterol

Xantohne yang terdapat dalam buah manggis dapat menurunkan kadar kolestrol di dalam badan

4. Mengekalkan Kesihatan Mata

Manfaat buah manggis untuk kesihatan mata adalah dapat mencegah katarak dan masalah penglihatan, gangguan yang disebabkan oleh radiasi yang menghilangkan protein dalam kanta mata. Oleh itu memakan buah manggis amat baik kerana ia kaya dengan anti -oksida

8 Kebaikan Makan Buah Manggis

5. Mencegah dan merawat batu karang

Batu karang umumnya berlaku pada lelaki. Mengambil buah manggis dapat membuatkan anda kerap membuang air kecil sekaligus dapat mengurangkan berlakunya batu karang dalam badan,

6. Mencegah dan merawat penyakit jantung

Boleh mengelakkan berlakunya penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis yang menyebabkan saluran darah di kawasan jantung  mengalami kehilangan keanjalan. buah manggis dapat memulihkan keadaan kembali normal  Ini kerana antimikrobial dan antioksidan terkandung di dalam buah manggis. Oleh itu ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

7. Menormalkan tekanan darah (tinggi)

Menormalkan tekanan darah tinggi, penyakit yang sering dirujuk sebagai tekanan darah tinggi berlaku disebabkan gangguan ke dalam saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok yang boleh menyerang tubuh. Oleh yang demikian, pemgambilan buah manggis diyakini dapat mengelakkan berlakunya tekanan darah tinggi.

8. Merawat Asma / Sesak Nafas

Jika anda mengalami sesak nafas, segera mengambil buah manggis. Ini kerana asma adalah penyakit yang diklasifikasikan sebagai kecemasan yang membawa kepada kematian. Oleh kerana kerosakan kepada sistem pernafasan. buah manggis mempunyai keupayaan untuk melawan jangkitan dan mengandungi bahan yang boleh mengurangkan alahan.

Banyak lagi khasiat dan kebaikkan buah manggis ni.. so buat korang jom amalkan memakan buah manggis. Bagi yang tak gemar memakan buah manggis eloklah ubah cara pemikiran. Ini kerana buah manggis mempunyai banyak khasiat terutamanya dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit berbahaya.

sumber- health tips

Selasa, September 20, 2016

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema. Asparagus memang antara sayuran yang banyak memberi manfaat untuk kesihatan tubuh. Macam zaza pun antara peminat sayuran ini. Asparagus biasanya tumbuh dengan ketinggian antara 100-150 cm.

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema

Nama sainstifik asparagus ialah asparagus officinalis. Sangat kaya dengan zat besi,sodium, kalsium, potasium,Vitamin A dan C, fosforus dan niasin. Memakan asparagus dapat mengatasi masalah seperti jantung,paru-paru,limpa,hati,kulit,masalah kelenjar tiriod,pineal, dan pankreas.

Seorang pengamal ubat-ubatan herba di Perancis, Maurice Messeque menjadikan jus asparagus sebagai rawayan yang berkesan bagi merawat masalah gangguan renal.

Bahan yang dipanggil Asparajin yang terdapatdalam asparagus dapat membantu sistem tubuh membuang toksik dalam badan.

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema

Jus asparagus mempunyai garam galian yang cukup tinggi malah ia juga penawar yang mujarab untuk mengatasi penyakit ekzema, ruam dan menjadikan darah lebih bersifat beralkali.

dah tahu kan kebaikan memakan asparagus? so apa kata kita cuba masak menggunakan 3 kaedah seperti berikut :

1. KUKUS ASPARAGUS
Panaskan air dalam pengukus dan kukus sehingga 5-7 minit sehingga warnanya bertukar hijau cerah dan sedikit lembut.

2. REBUS SEBENTAR
Panaskan air dan campur dengan dua sudu besar garam di dalam periuk. Masukkan ke dalam air dan biarkan selama 2-3 minit. Jika sudah sedikit lembut, angkat dan letakkan ke dalam bekas berisi air berais untuk mematikan proses memasaknya.

3. MENUMIS
Potong asparagus mengikut citarasa anda. Kemudian panaskan minyak zaitun dalam kuali (sedikit saja) dan masukkan sedikit bawang putih ke dalamnya. Biarkan selama 3-6 minit dan bolehlah dicampurkan dengan sayuran lain sebelum diperasakan.

Asparagus Baik Untuk Merawat Penyakit Ekzema


kredit - majalah rapi

Khamis, September 15, 2016

Melembutkan Hati Suami Yang Garang Dan Panas Baran


Foto by Hare

Sekali lagi saya kongsi dari sebuah buku Membina Hati Bahagia Dr. Tuah Iskandar al Haj - Melembutkan Hati Suami Yang Garang Dan Panas Baran

Untuk melembutkan hati suami dan menurunkan suhu panas barannya amal kan ini :

Banyakkan berdoa selepas solat. Hadiah kan Al Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

Baca surah Taha, ayat 1-8dan kemudian baca doa Nabi Daud as sebanyak 3 kali

" Ya ALLAH, ENGKAU lembutkanlah hati suamiku ( sebut nama ) sebagaimana ENGKAU lembutkan besi di tangan Nabi Daud"

Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir " Ya - Latif " sebanyak 129 kali diikuti surah asy -Syu'raa ayat 19 yang bermaksud :

" ALLAH Maha Lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

Diikuti pula dengan perbanyakkan zikir " Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff " dan " Ya Rahman " berulang-ulang.

Semua ini insyaallah adalah doa melembutkan hati...


Rabu, Jun 15, 2016

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!  Memang stress bila jerawat tumbuh di muka. Ramai yang dah tahu macam zaza ni miliki kulit sensitif dan berjerawat. Sejak dulu sampai la sekarang. Kadang elok..kadang berjerawat balik. Kadang tumbuh macam pasir-pasir, kadang bergunung ganang jerawat hinggap dimuka...tak pernah licin. Rasa nak sental-sental je muka ni dengan berus dawai..

Sebenarnya ada beberapa makanan yang boleh korang amalkan untuk menentang kemunculan jerawat. Disini ada 8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat korang tu. Cubalah. Mungkin berkesan dan membantu sedikit sebanyak. Zaza pun nak amalkan juga..kena rajinkan diri selepas ni...

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!
Foto - superfoodsrx

1. Walnut - sangat kaya dengan minyak Omega-3. Ia juga merupakan anti oksida yang dapat membantu kulit menjadi kenyal dan fleksibel.  Minyak omega- 3 juga boleh didapati dari minyak ikan seperti ikan salmon.

2. Minyak Zaitun - Ia mengandungi asid esen lemak yang sangat baik untuk kesihatan. Lemak merupakan bahagian yang perlu dalam membran sel. Ia membantu menyuburkan kulit dari dalam tubuh.

3. Jus Lemon -  Boleh digunakan sebagai penyental semulajadi. Caranya sental kulit menggunakan lemon bersama setengah sudu teh gula untuk beberapa minit. Elakkan terkena mata. Jika berlaku iritasi bagi kulit yang sensitif sila hentikan. Selain itu boleh juga menggunakan hirisan lemon dan letakkan pada kulit bermasalah. Biarkan selama 10 minit setiap hari selama seminggu.

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!
Foto - Food ndtv

4. Teh Hijau - teh hijau kaya dengan anti-inflammatory chemical yang disebut cetachins. Ia dapat menentang radikal bebas sekaligus membantu mengelakkan garis halus di wajah

5. Yogurt - Amalkan dengan menyapu yogurt di muka setiap pagi. Ia sangat membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembut dan cantik.

6. Air - Air mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Air mestilah dari sumber air tulen dan mineral. Bukan yang dicampur dengan bahan-bahan lain.

8 Makanan Bantu Kurangkan Jerawat. Jom Cuba!

7.  Buah Beri - seperti rasberi dan beri biru,kranberi sangat kaya dengan phytochemicals yang dapat melindungi sel kulit.

8. Tembikai - Sesetengah orang percaya bahawa buah tembikai dapat menjadi penyental wajah untuk mendapatkan kulit yang cantik. Tembikai kaya dengan Vitamin A, B dan C. Tembikai mempunyai banyak air. Buah yang mengandungi banyak air dapat menyalurkan lembapan pada kulit dan jika diurut lembut pada kulit dapat menggiatkan pengaliran lymphatic. sumber - majalah Eh


Khamis, Mei 12, 2016

5 Tip Kawal Diri Ketika Marah

5 Tip Kawal Diri Ketika Marah

-Cat- by StacyD
Kredit Gambar - StacyD

Marah adalah emosi yang bersifat negatif. Marah boleh menjadi ganas dan tidak terkawal. Ha, dengar tu kepada orang yang suka marah. Perasaan marah berlaku akibat daripada gangguan dari seseorang, peristiwa atau perasaan bimbang kepada sesuatu.

Marah boleh menyebabkan hilang separuh keintelektual dan berganti dengan tindakan yang negatif. Misalnya berlaku pergaduhan antara suami isteri. Suami menuduh isteri menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Lalu dengan mudah melafazkan perkataan yang boleh menamatkan kebahagian rumahtangga yang telah lama dibina.

Perasaan marah bermula kerana gagalnya mengawal emosi. Jadi mari sini saya kongsikan tip Bagaimana Mengawal Diri Ketika Marah - rujukan dari buku Membina Hati Bahagia ( Dr Tuah Iskandar al- Haj )


Kredit Gambar - Vlastas

1. Ingat ALLAH

Ingatlah ALLAH selalu. ALLAH tidak suka kepada pemarah.Sebagai hamba kita tidak patut berasa marah apatah lagi memarahi orang tanpa sebab. Siapa kita untuk memarahi orang lain sedangkan kita banyak kekurangan.

2.  Sirami Rasa Marah Dengan Wuduk

Perasaan marah datangnya dari Syaitan.Syaitan diciptakan dari api dan api hanya mampu dipadamkan dengan air.Jadi ambillah wuduk supaya api syaitan dapat dipadam.

Little Evil by StacyD
Kredit Gambar - StacyD

3. Lihat Wajah Di Cermin

Alangkah buruknya wajah ketika marah.Lihat lah muka, hidung kembang kempis, mata menyala gitu. Apakah anda rasa orang akan takut melihat keadaan anda begitu? Bagaimana kalau orang berasa lucu?

4. Kunci Bibir dan Diam Dahulu

Kalau terasa hendak marah, dia sejenak. Tarik nafas dan lepaskan perlahan-lahan. Anggap anda tiada tangan untuk bertindak dan tiada mulut untuk berkata apa-apa.

5. Ubah Kedudukan Anda

Jika marah ketika sedang berdiri, duduklah. Jika sedang duduk maka baringlah dan jika masih marah juga, beredarlah ke tempat lain yang lapang dan tengok keindahan alam.

Haaa, jom kawal marah. kawal emosi anda. Ingat ALLAH dan semoga tip ini meransang untuk kita mendapat kebahagiaan dan kecemerlangan.



Isnin, Januari 05, 2015

Tip Sihat Dari Nabi Muhammad SAW

Tip Sihat Dari Nabi Muhammad SAW | Lama dah tak kongsi tip kan.. asyik entri mengenai produk je sekarang ni..hehe..tak apalah asalkan selagi bermanfaat memang kita kena kongsi dengan semua orang..

Sebenarnya dua tiga hari ni agak letih cepat. Nak kata buat kerja banyak pun tak jugak. Tak tahu lah kenapa. Kuat tidur..membesarkan badan je kau ni zaza...hehehe...lepas ni kena rajin senaman la zaza oi...jangan malas-malas..

Ye la yela..lepas ni saya rajin balik ye.. kalau zaman study dulu memang rajin senaman..sekarang ni sebab saya duduk rumah je, alahaiiii....sikap malas tu..alahaiii..tak payah cakap la..hahaaha

Oklah, teruskan agenda kita.....apa dia?

Tip Sihat Dari Nabi Muhammad SAW, tip sihat, tip kesihatan
Gambar : Naivaan

Saya nak share dengan anda semua tip kesihatan dari Nabi Muhammad SAW. Mungkin ada yang kita lupa dan masih lakukan.. Jom baca apa yang Nabi Muhammad SAW pesan..


  • Nabi Muhammad SAW melarang umatnya minum secara berdiri. Kerana secara perubatan, tubuh kita ni terdapat penapis iaitu " Sfringer". Ketika kita duduk ia terbuka dan apabila berdiri ia tertutup. Jadi bila ia tertutup air tak dapat disaring oleh Sfringer. Lalu air masuk ke pundi kencing dan boleh memyebabkan risiko batu karang
  • Nabi Muhammad SAW melarang tiup air panas..kenapa? Sebabnya kalau secara logik, terdapat karbon dioksida dalam udara hembusan. Jika ditiup ke air, karbon dioksida akan larut dalam didalam air yang mana akan terhasil cecair bersifat asid H2CO3 yang boleh menyebabkan sakit jantung dan perut tak selesa.
  • Nabi Muhammad SAW menggalakkan mandi sebelum subuh. Sebabnya suhu air pada waktu tu dapat membantu membuang lemak degil dalam badan kita
  • Nabi Muhammad SAW melarang makan diselang seli dengan meminum air. Ini kerana boleh menyebabkan udara terperangkap dalam badan dan membuatkan badan berangin


Rupanya ada sebab kenapa Nabi Muhammad SAW melarang perbuatan-perbuatan tersebut. Lepas dah baca ni boleh la kita cuba ikut sikit-sikit ok...sikit-sikit lama-lama akan menjadi tabiat yang berterusan. Insyaallah...


Sabtu, September 13, 2014

3 Makanan Meningkatkan Kesihatan Buah Pinggang Anda



Buah pinggang merupakan organ penting bagi kita. Buah pinggang berfungsi untuk menapis dan penyingkirkan bahan buangan dari darah. Ini supaya dapat mengelakkan jangkitan dan penyakit-penyakit akibat daripada toksik dalam darah.

3 Makanan Meningkatkan Kesihatan Buah Pinggang Anda
Asparagus

Sekiranya tidak ditapis, apakah yang akan terjadi?

Beberapa kajian dilakukan dan berisiko menghadapi masalah seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Pun begitu, terdapat beberapa makanan yang dapat membantu anda menjaga buah pinggang dari penyakit. Antanya

Bawang Putih

Bawang putih mengandungi Allicin ( sebatian organosulfur ) yang dapat membantu merawat kencing manis dan tekanan darah tinggi. Bawang putih juga digunakan sebagai antibakteria, antioksidan,anti kulat, anti virus yang mana bawang putih merupakan satu pilihan yang terbaik untuk diambil.

Asparagus

Asparagus telah digunakan sejak sekian lama sebagai makanan yang menyembuhkan bagi saluran kencing dan aliran buah pinggang.

Memakan asparagus juga dapat meningkatkan pengeluaran air kencing dan memudahkan proses semulajadi tubuh mengepam bahan buangan.

3 Makanan Meningkatkan Kesihatan Buah Pinggang Anda
Tembikai - kredit Gambar : drlinskincare

Tembikai

Tembikai sangat baik untuk diambil kerana kandungan air alkali didalamnya yang membantu meningkatkan kesihatan buah pinggang.

Jagalah buah pinggang anda kerana buah pinggang diperlukan untuk meneruskan hidup. sumber -Healthy Holistic Living