Monday, March 13, 2017

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Wishlist Harijadi Dari Shopback. Bila tiba harijadi selalu juga berangan ada orang buat sambutan dan bagi hadiah. Tapi seumur hidup tak pernah merasa orang sambutkan. Cuma tahun lepas je bos tempat kerja zaza belikan kek dan bagi hadiah beg.  Sejak kecil lagi memang tak pernah nak sambut harijadi sendiri. Zaza pun dah tak kisah kalau tak dapat sambut. Cuma kadang-kadang hati kecil ni nak sangat orang sambutkan..ada belon yang banyak, pakai baju cantik-cantik masa harijadi..ambil gambar.. tapi itu semua angan-angan yang tak akan pernah zaza dapat dan lalui..its ok

Sempena dengan harijadi, banyak yang zaza impikan..sebenarnya zaza nak sangat vespa. Sekarang zaza pergi kerja bawak basikal je.. tapi vespa tak ada pula dalam list dari store yang terpilih di Shopback mehmeh.. jadinya.. 5 wishlist ni je la yang zaza mahukan. Mungkin nanti Shopback akan belanja zaza salah satu darinya..? mudah-mudahan

1. Simple Home & Living Steel Wooden Cross Legs Computer Tablet With Drawer

Diwaktu cuti atau diwaktu lapang zaza juga membuat kerja-kerja sambilan seperti membuat rekaan design menggunakan laptop. Jadi zaza amat memerlukan satu meja komputer khas seperti  Simple Home & Living Steel Wooden Cross Legs Computer Tablet With Drawer..amboi panjang betul nama dia..jenuh zaza nak sebut :p


Wishlist Harijadi Dari Shopback

Sekarang ni zaza guna meja kecil milik anak buah je. Itu pun cukup untuk letak laptop saja. Jadi segala buku dan nota-nota zaza terpaksa diletakkan di tempat lain.

Dengan Simple Home & Living Steel Wooden Cross Legs Computer Tablet With Drawer memudahkan zaza untuk meletakkan buku nota dan alat tulis lain kerana ada ruang khas disediakan. Selain itu zaza boleh meletakkan bingkai gambar sebagai penyeri meja komputer ni..

Harganya murah hanya RM225 je selepas diskaun dari Lazada Malaysia. Design kayu yang kelihatan cukup moden. Jadi zaza amat-amat menyukai meja komputer ini.

Untuk mereka yang berminat juga untuk membeli meja komputer ini..boleh tempah terus di




2. Queen Size Divan Bed 29-620

Wishlist kedua zaza adalahh... Memandangkan majlis perkahwinan berbaki beberapa bulan je lagi..jadi zaza berniat untuk menukar katil lama yang dah bertahun digunakan kepada katil yang baru, yang lebih lembut dan lebih selesa.

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Jadi katil yang menjadi idaman zaza adalah Queen Size Divan Bed 29-620. Ia dijual dengan harga potongan RM620 sahaja dari harga asal RM1000 di Lazada Malaysia

Tak sabar rasanya nak tidur lena dia atas katil ini..rekaannya walaupun nampak simple tapi kelihatan moden dan eksklusif. Gabunga warna hitam dan tilam berwarna coklat cukup menarik hati zaza untuk memilikinya.

Nak dapatkan juga katil macam zaza pilih ni? Tempah je terus di


3. Midea Electric Oven - 38Lt ( MEO-38GY5 )

Entah kenapa sejak menjadi dewasa dan bakal mendirikan rumahtangga, zaza jadi suka untuk memasak walaupun memasak zaza tidaklah pandai mana. Calon suami zaza lebih pandai memasak berbanding zaza. Jadi semestinyalah zaza nak mahir juga memasak seperti dia.

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Salah satu yang teringin zaza nak buat adalah membuat kek. Zaza amat memerlukan sebuah oven bagi membantu misi zaza ni..Oven pilihan zaza adalah Midea Electric Oven - 38Lt ( MEO-38GY5 )

Dijual di GO Shop Malaysia dengan harga RM389 sahaja tau..


4. 4 Feet Wardrobe W11 Wenge Mirror

Zaza ada sebuah almari baju yang dah rosak dibahagian laci kecil. Jadi bahagian tu susah untuk dimasukkan kembali apabila ditarik keluar. Lama-lama akhirnya langsung tak boleh nak tutup laci almari tu..Nak beli baru tak terbeli-beli. Lagi pun zaza beli almari tu murah je..

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Zaza fikir almari 4 Feet Wardrobe W11 Wenge Mirror amat sesuai untuk zaza kerana ada 4 ruang simpanan dan ada cermin di tengah. Almari dari kayu juga menjadi pilihan zaza. Harga yang dijual RM388 sahaja di Lazada Malaysia. Murahkan

Berminat nak dapatkan almari kayu ini? Boleh membuat pembelian di


5. CAT CAGE C344

Zaza memang suka kucing..tapi sayang banyak dah kucing kesayangan zaza dah tak ada. Sekarang tinggal dua je..itupun mak abah dan anak buah yang jaga dekat kampung. Kembang bulunya. Kucing zaza tu bernama Kandy ( si ibu ) dan Wafa ( si anak ). Entah baka apa pun zaza tak tahu. Berbulu oren. Kalau balik kampung..mesti zaza cari dua makluk ni..peluk-peluk dan cium.. Rindunya mereka

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Cuma kadangkala zaza risau sebab selalu buat perangai tak balik rumah. Takut juga hilang.. jadi zaza rasa zaza perlukan juga sangkar kucing yang luas dan selesa untuk mereka. Diwaktu malam boleh lah mereka tidur di dalam sangkar ni..malam-malam kucing keluar berkeliara bahaya juga..banyak kucing zaza hilang bila zaza biarkan mereka merayap diwaktu malam..

Nak order dan hadiahkan sangkar kucing untuk kucing kesayanagan? Beli je di


Jadi inilah beberapa barangan yang zaza impikan. Zaza harap zaza boleh memiliki kesemuanya dalam tahun ini.. zaza akan berusaha untuk mendapatkannya nanti terutama meja komputer. Ia keperluan zaza juga.


Dari tadi zaza sebut "Shopback "...sebenarnya apa..?

Wishlist Harijadi Dari Shopback

Shopback adalah sebuah website online cashback yang sangat popular dikalangan kaki shopping. Merupakan yang pertama ada di Malaysia. Apa yang menarik tentang website Shopback ini adalah apabila anda shopping,  setiap hasil shopping di website ini akan mendapat kembali pulangan cashback.

Terdapat lebih 500 rakan kongsi yang bekerjasama di Shopback. Antara yang popular seperti Lazada,Foodpanda, Groupon, Zalora, Booking.com, Uber, Qoo10 dan banyak lagi. Pendek kata anda tentu gila untuk shopping menggunakan Shopback

Shopback kini telah ada di beberapa buah negara lain seperti Singapore, Philippines, Indonesia, India dan Taiwan.

Malah Shopback juga telah mendapat liputan di beberapa media seperti The Star Online, New Straits Times, Says.com, The Borneo Post, TechInAsia dan Channel News Asia


Wishlist Harijadi Dari Shopback

Ia sebuah website yang menarik..tak sabar nak shopping.. :)

Mudah saja untuk mendapatkan cashback ini. Apa yang perlu anda buat adalah masuk ke website Shopback Malaysia. Kemudian pilih saja anda nak shopping di mana mengikut pengedar yang tersenarai. Selepas itu buat pembelian. Tunggu dalam tempoh 48jam anda akan mendapat cashback dalam akaun Shopback anda.

Tak faham..boleh tonton video penerangan ini..


Sila pastikan anda mendaftar dahulu di

Untuk maklumat lanjut tentang Shopback boleh melayari :