Zaza Iman : RIVER OF LIFE
Memaparkan catatan dengan label RIVER OF LIFE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RIVER OF LIFE. Papar semua catatan

Selasa, Mei 01, 2018

Kolam Biru River Of Life Tarikan Baru Bandar Kuala Lumpur
Selasa, Mei 01, 2018 39 Comments


Kolam Biru River Of Life Tarikan Baru Bandar Kuala Lumpur. Jarang zaza ke Kuala Lumpur sekarang ni.. kalau dulu masa zaza belajar dekat KL...selalu juga hujung-hujung minggu dengan kawan melepak dan naik LRT pusing-pusing Kuala Lumpur tengok keindahan kota raya yang besar tu..maklumlah zaman tu adalah pertama kali jejak KL.. Ingat lagi macam-macam memori masa belajar kat sana dulu..rindunya la kan..

Sekarang kalau turun KL dengan bas je..sampai je destinasi hentian bas, zaza akan suruh rakan tolong ambilkan..kalau suruh zaza sorang-sorang naik LRT ke apa..memang tak berani lah..takut sesat dan tak biasa..


Sumber gambar - youtube


Sekarang ni..zaza tengok Kuala Lumpur pun semakin dikenali di seluruh dunia. Mana tidaknya Kuala Lumpur kan ibu kota bagi negara kita..sudah banyak perubahan berlaku..dan nak tau tak..zaza baru je tau pasal kewujudan Kolam Biru River Of Life ni..heheh..zaza tau pun bila ada rakan-rakan zaza yang share pasal kolam biru ni..

Kolam Biru River Of Life ni merupakan salah satu usaha kerajaan dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) untuk menjadikan bandar Kuala Lumpur sentiasa hidup di waktu malam. Malah ia juga merupakan salah satu kawasan pelancongan baru yang telah pun di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos tahun lalu.

Sumber gambar - youtube

Sumber gambar - youtube

Zaza tengok gambar-gambar pemandangan kolam biru ni memang mengasyikkan..kalau dapat shoot gambar dekat sini memang cantik gila kan..teruja pula zaza tengok..


Kolam Biru River Of Life ni adalah pertemuan dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang yang terletak di tengah Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Kolam Biru ini dibina sepanjang 10.7 km dan menjadi tarikan ramai pelancong untuk melihat keindahannya di waktu malam.

Sebenarnya kan..Projek River Of Life ( RoL ) ni mula menjalani proses pembinaan pada tahun 2011 dan ia adalah  projek permulaan Greater Kuala Lumpur di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara ( NKEA ).


Sebanyak RM3.4 bilion telah diperuntukkan bagi kerja-kerja pembersihan sungai yang meliputi lapan sungai utama iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Kerayong sepanjang 110 kilometer.

Selain menyaksikan pemandangan indah sungai, di Kolam Biru ini juga terdapat pertunjukan air pancut dan pantulan cahaya lampu warna warni diiringi dengan irama muzik…pastinya ia mampu memukau sesiapa yang datang melihatnya.

Sambil menyusuri di tepian sungai, bolehlah berswafoto bersama keluarga dan juga melihat pelbagai bangunan bersejarah disitu..

Kalau anda berjalan-jalan ke Kuala Lumpur..jangan lupa singgahlah ke Kolam Biru River Of Life ini okay…

Reading Time: