Selasa, Disember 12, 2017

New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku

New Face Duo Stick dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku. Hi all.. zaza nak tanya ada tak rakan-rakan zaza dan pembaca kat sini ada masalah blackhead terutamanya kat hidung.? Zaza tahu tentu ramai yang alami masalah tu kan..so zaza pun nak share la dengan anda semua ni tentang satu produk best yang dapat membantu mengurang dan membuang blackhead.

Kebiasaannya produk untuk buang blackhead berbentuk masker tapi kali ni agak berbeza kerana ia didatangkan dalam bentuk stik.

New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku

Produk tu adalah New Face Duo Stick Blackhead dan Pore Tightening Ice Stick dari Shekku.

Sebelum tu zaza nak perkenalkan apa itu Shekku. Mungkin dikalangan rakan-rakan zaza ni belum pernah dengar jenama ni..
SHEKKU

Shekku adalah satu jenama produk dimana dia mengeluarkan produk penjagaan kulit yang berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk semua orang. Shekku dengan trademark logonya seekor angsa yang berbulu putih. Mereka memilih lambang angsa kerana angsa bulu putih dianggap begitu angun dan dikagumi  kerana sikap angsa yang suka melambung tinggi ke langit dan itulah yang dilambangkan oleh jenama Shekku.

New Face Dua Stick Blackhead dan Pore Tightening Ice Stick

So untuk masalah blackhead, Shekku memperkenalkan New Face Duo Stick Blackhead dan Pore Tightening Ice Stick. Ia dalam bentuk botol berwarna hitam dan jenis stick 2 dalam 1.

New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku

Apa fungsi New Face Duo Stick Blackhead dan Pore Tightening Ice Stick ini? Bagi membuang blackhead, New Face Duo Stick Blackhead digunakan pada kawasan sekitar hidung.

Blackhead Stick bertindak untuk :

1. Diperbuat daripada Charcoal powder dan Cornstarch
2. Menghapuskan bintik hitam (blackhead ) dan juga whitehead
3. Ia membaiki stratum corneum iaitu lapisan paling luar epidermis
4. Ia mengurangkan rembesan sebum
5.Dapat membersihkan kulit secara mendalam
6. Dapat melegakan kulit yang merengsa
7. Berfungsi mengetatkan pori jauh ke dalam kulit

New Face Duo Stick Blackhead dan Chu Chu Tone Up Sun Stick Dari Shekku
Blackhead stick

Ahad, Disember 10, 2017

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation. Hi all..ok kali ni zaza nak story tentang foundation. Zaza antara orang yang kerap tukar-tukar foundation dan kalau zaza dah suka tu mesti zaza akan repeat beli lagi..

So kali ni zaza nak review ALHA ALFA ROYAL PROPOLIS FOUNDATION keluaran ALHA ALFA COSMETICS. Mula takut juga nak beli sebab takut susah nak blend. Sebelum ni ada juga beli foundation dan agak susah nak blend kat muka even dah pakai minyak argan. Maybe zaza tak berapa pandai lagi nak blend betul-betul..kena belajar banyak lagi tentang makeup.

Tapi bila zaza baca info dan ada rakan Mua yang guna zaza pun try juga beli. Siapa tak kenal kan Alha Alfa.. tapi mungkin ada yang masih belum kenal..so zaza beritahu sedikit tentangnya. Alha Alfa adalah makeup artis yang memang popular. Kalau korang tengok Instagram Alha Alfa memang banyak artis-artis yang gunakan khidmat solekannya. Memang meletoppp

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation

Zaza suka makeup dan sentiasa belajar untuk perbaiki lagi solekan. So bila zaza dah try sendiri Alha Alfa Royal Propolis Foundation ni..apa yang boleh zaza katakan ia memang foundation yang sangat-sangat best selain botolnya yang cute sangat.

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation

Alha Alfa Royal Propolis Foundation ni ringan dimuka dan paling penting ia senang nak di appy kat muka.

Alha Alfa Royal Propolis Foundation ada 3 kod warna iaitu Auri ( Light ), Fervi ( Medium ) dan Mori ( Dark ). So untuk skin macam zaza yang tak terlalu cerah dan tak terlalu gelap, zaza pakai kod Fervi. Lagi pun kod Fervi memang sesuai untuk kulit-kulit orang Malaysia yang mempunyai tone warna kulit pertengahan.

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation

Ada juga pendapat-pendapat di group makeup kalau nak hasil lebih tiptop campurkan dengan kod warna lain. Tapi zaza tak campur sebab pakai kod Fervi pun zaza dah rasa okay dan sesuai. Memang love sangat.

Alha Alfa Royal Propolis Foundation sangat full coverage ( Mate Finishing Foundation ). Kalau korang yang nak cepat bersiap foundation ni memang zaza suggest la untuk korang miliki.

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation
Ini hasil solekan zaza gunakan Alha Alfa Royal Propolis Foundation..

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation

Selama zaza pakai ia tak berminyak dan rasa glowing-glowing je. Selain sebagai foundation untuk muka..sebenarnya Alha Alfa Royal Propolis Foundation ni banyak kelebihan lain tau sebab ia juga mempunyai Treatment dari Air Liur Raja Lebah untuk mencantikkan kulit dan mengecilkan pori muka.

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation

Kelebihan Alha Alfa Royal Propolis Foundation

* Amat mudah dipakai
* Senang dicuci
* Dapat merawat kulit yang kusam
* Melembapkan kulit muka
* Tahan selama 12 jam
* Dapat membantu menutup cela diwajah
seperti jerawat dan jeragat
* Kandungan Vitamin C dapat membantu memutihkan kulit
* Sesuai bagi semua jenis kulit
* Dapat membantu menutup gelap bawah mata
* Merawat jerawat dan juga jeragat

Ini pula hasil-hasil makeup pelanggan Alha Alfa..memang tip top betul solekan diorang kan..

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation

Harga Alha Alfa Royal Propolis Foundation hanya RM49.90 je..gila murah kan..memang harga mampu milik.

Selain Alha Alfa Royal Propolis Foundation, Alha Alfa turut mengeluarkan satu lagi foundation iaitu ALHA ALFA LUMINIOUS SILK FOUNDATION ( RM100 ) dan produk lain iaitu ALHA ALFA CUSHION GLOW BLUSHER.

Review : Alha Alfa Royal Propolis Foundation

So untuk korang yang nak try dan beli boleh dapatkan dekat agent-agent terpilih okay atau di Instagram rasmi https://www.instagram.com/alhaalfacosmetics_hq/

Sabtu, Oktober 14, 2017

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver Kelantan

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver. Assalamualaikum dan apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Harapnya semua sihat. Zaza memang tak pernah nak ada aksesori seperti cincin. Cuma baru-baru ni zaza terima cincin merisik dari bakal mertua. Itulah cincin pertama zaza. Bila dah ada cincin dijari, terasa nak tambah lagi. Terasa cantik pula diri ini apabila mengenakan cincin,berseri- gittu..mehmeh

Trend sekarang ni zaza tengok wanita-wanita banyak memakai aksesori yang jenis ukir nama,bukan setakat cincin, malah gelang pun ada jenis yang boleh ukir nama. Pernah zaza tengok ada seorang makcik datang ke tempat kerja zaza pakai gelang ukir nama.Cantik sangat. Berkenan zaza tengok.

Maklumlah lumrah wanita..memang amat suka barang kemas dan perhiasan wanita terutaman gelang, cincin, rantai kaki dan rantai leher.

Cincin Ukir Nama Murah Dari Asiasilver

Selasa, September 26, 2017

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita. Assalamualaikum.. sejak kebelakangan ni banyak juga zaza baca kisah macam-macam penyakit melanda wanita hari ini.Takut juga rasa. Semua orang nak sihat kan. Terutama masalah kitaran haid, jamgkitan kuman, penuaan, dan lain-lain.

Jadi zaza pun ambil pendekatan untuk mencuba produk minuman baru yang diperbuat dari Kurma Hitam dan Madu Asli.

Produk baru tersebut adalah Minuman Botanical DEA DELLA yang diformulasikan untuk semua golongan wanita bagi meningkatkan kecantikan dan penjagaan kesihatan dalaman secara semulajadi

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

KENAPA PERLU MEMILIH MINUMAN DEA DELLA?

Minuman DEA DELLA merupakan minuman istimewa sebagai minuman pengikat & pemikat suami. Malah minuman DEA DELLA ini dihasilkan dari bahan semulajadi oleh mereka yang pakar dalam bidang botanikal serta kepakaran melebihi 30 tahun. Jadi semestinya produk ini amat berkualiti.

Produk minuman ini juga melalui pergilangan bertaraf GMP ( Good Manufacturing Practise ) serta HALAL


Alhamdulillah...sudah seminggu zaza mengambil minuman DEA DELLA untuk memberikan tenaga kepada zaza. Maklumlah bekerja ni memang kadangkala badan letih dan mengantok.

DEA DELLA dirumus dari bahan seperi Kurma Hitam, Madu Asli, Akar Serapat, Kacip Fatimah, Manjakani, Sireh, Rumput Jarum Emas, Serai, Habbatussauda, Asam gelugur, Asam Jawa, Halia, Lengkuas, Lada Pintal,Vitamin C, Vitamin B6, Vitamin B12, Kolagen Marin dan Glutation.

Setiap bahan yang terkandung didalamnya mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang amat baik dalam membantu merawat masalah dalaman wanita.


KELEBIHAN DAN KEBAIKKAN DEA DELLA

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Rasa just minuman DEA DELLA ni seperti jus kurma dan amat sedap sekali. Didatangkan dengan botol berkuantiti 250ml. Walaupun kecil produk minuman ini amat bagus.

Apa yang wanita masa kini akan dapat sebaik sahaja meminum DEA DELLA ni...?

Berikut kelebihan dan kebaikkan DEA DELLA

* Menstabilkan hormon wanita
Memberikan kesan penegangan dan keindahan yang istimewa pada payudara
Memberikan kesegaran dan kemantapan pada bahagian intim wanita
menguatkan otot faraj dan mengecutkan rahim
Membantu menyelesaikan masalah keputihan ( bersifat antifungus )
Mengurangkan sengugut
Menghilangkan masalah perut buncit
Memberikan sumber tenaga dan meningkatkan kecergasan tubuh
Mengembalikan pelincir pada wanita
Merawat luka dalam perut dan pembedahan ( sangat baik untuk wanita selepas bersalin - dinasihat selepas 14 hari bersalin )
Menambah kolagen dalam badan
Mengurangkan kedutan halus pada wajah
Menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menaikkan seri wajah
Mengurangkan gejala Pra-monopouse
Mengurangkan bau badan dan mulut
Membantu mengatasi masalah sengal tulang dan sendi terutama warga tua
Meningkatkan kesuburan wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

CARA PENGAMBILAN DEA DELLA

Pengambilan DEA DELLA senang je.. Seelokknya diambil 15 minit sebelum makan dan minum. Elakkan sudu berlogam sebaliknya guna sudu plastik.

Bagi wanita dewasa
1 sudu sehari

Bagi golongan remaja
1 sudu sehari

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Jadi sesiapa sesiapa berminat nak mencuba dan mendapatkan produk minuman DEA DELLA ni..boleh terus menghubungi zaza di facebook

Facebook : Zaza Iman
Facebook Page : https://www.facebook.com/zazaimandotcom/


Isnin, Julai 10, 2017

Buah Berangan Sedap Di Temerloh

Buah Berangan Sedap Di Temerloh. Minggu lepas dah makan buah berangan. Tapi biasalah datang musim kempunan..tercari-cari. Agak susah juga nak mencari. Kebetulan balik ke kampung lalu bandar Temerloh. Memang zaza tahu kat Temerloh ada satu gerai tepi jalan yang menjual buah berangan ni.

So sempat la singgah sekejap dan beli sekilo. Gerai ni berdekatan dengan Jambatan Temerloh dan berhadapan dengan Tempat Mandi Kubang Gajah.

Baru ni masa kat KL, zaza ada beli sedikit dan beri kawan zaza rasa.. teruja dia makan sebab pertama kali rasa. Katanya sedap.

Buah berangan ni dipanggil juga sebagai Chesnut. Agak mahal sedikit harganya.

Buah Berangan Sedap Di Temerloh
Foto-steinchen

Buah Berangan Sedap Di Temerloh

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Sempat singgah membeli.. thanks pakcik..ramah je dengan pelanggan

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Buah berangan ni dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu cara yang paling popular adalah memasak dalam kuali menggunakan batu arang kecil.

Rasa buah berangan ni rasanya manis dan lembut. Baunya wangi. Macam zaza..sekali makan sampai berkali-kali. 

Untuk pengetahuan korang..buah berangan ni mengandungi Vitamin C yang tinggi. tiada kolestrol dan lemak yang sedikit.


Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Batu arang kecil digunakan untuk memasak buah berangan

Masa makan buah berangan ni..terfikir juga..dari mana buah berangan ni terhasil. Yela kadang-kadang kekacang ada yang tumbuh dari tumbuhan dalam tanah. Ada yang dari pokok. Rupanya buah ni terhasil dari sebuah pokok. Kalau tengok macam bulu-bulu rambutan pun ada.

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Pokok Buah Berangan yang menghijau..
ala-ala macam rambutan je tengok.. Foto dari Padangjawaku

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Apabila buah telah matang dan masak...Foto dari Padangjawaku

Mungkin tak ramai yang tahu lagi tentang buah ni. Kalau ada pengunjung yang datang..warga asing ke..yang datang ke Temerloh boleh la cuba merasa keenakan buah berangan ni.

Ahad, Julai 02, 2017

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books. Assalamualaikum..Jika ada rakan-rakan zaza masih ingat zaza pernah posting satu kisah mengenai seorang penuntut Malaysia di University Yasar, Izmir Turki tentang perjalanan kisahnya memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria, Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Kini, penuntut tersebut, Thaqib Shaker telah pun menghasilkan sebuah buku catatan kisah tersebut bertajuk Anak Malaya Di Republik Turki

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Kebiasaannya seringkali kita dihidangkan dengan kisah Turki mengenai zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyah.

Namun, penulis Thaqib berjaya menghasil buku mengenai kisah Turki dari sudut yang berbeza.

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Izmir, Sebuah kota dimana kedudukannya terletak antara Greece dan Lautan Ege. Kebanyakan penduduk Izmir mempunyai fahaman sekular dan gaya hidup yang moden dan kebaratan.

Kota Izmir juga turut menjadi transit bagi pelarian-pelarian Syria sebelum mereka sampai ke Pulau Chios di Greece

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Masyarakat di Kota Izmir mempunyai pelbagai latar belakang agama,bangsa dan budaya. Malah minuman harian mereka seperti alkohol adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, Thaqib masih berjaya membawa diri  sepanjang berada di sana dan usahanya membantu rakyat di sana telah banyak mengubah persepsi masyarakat di Izmir.


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books


Terdapat setengan di kalangan warga kota Izmir menjadikan bendera Malaysia sebagai hiasan kedai. Malah ada juga pelarian Syria yang menumpang di Izmir turut mengibarkan bendera Malaysia sambil melaungkan "Bendera ini mengubati luka kami"

Thaqib juga turut menjawab persoalan mengenai keTuhanan yang telah membuka minda seorang wanita warga Italy, Eleonara yang mempunyai fahaman Atheis kepada Islam


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Kisah Thaqib juga pernah mendapat liputan media Turki dan TV Alhijrah

Pelbagai kisah menarik dihidangkan dalam buku Anak Malaya Di Republik Turki. Buat mereka yang menyukai sejarah atau kisah-kisah kehidupan masyarakat, boleh mendapatkan buku ini dengan harga RM25 sahaja di Pesta Buku Antarabangsa

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Detail : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 28 April - 7 Mei 2017
Judul : Anak Malaya Di Republik Turki
Terbitan : ILHAM Books
Booth No : 3256 - 3257 di Dewan Tun Razak 3, PWTC

Sumber - Ilham Books dan Thaqib Shaker



Rabu, Mei 17, 2017

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam. Assalamualaikum...bagi seorang wanita pentingnya penjagaan dalaman dan luaran. Kebanyakannya sering kali hanya luaran di jaga. Namun sebenarnya dalam juga perlu dititikberatkan kerana apabila dalaman cantik dan sihat, luaran pun turut cantik dan sihat.

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Oleh itu, makanan dalaman seperti suplement amat penting untuk wanita. Antara produk yang kini semakin meluas dan dikenali adalah Harum Malam. Zaza sendiri telah merasai produk ni beberapa botol. Walaupun adakalanya zaza skip skip juga mengambilnya.

Tapi bagi mereka yang benar-benar ingin cantik dan sihat dalaman, seelokknya kena makan secara konsisten.

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Harum Malam suplement dalaman mewangikan tubuh sepanjang masa. Ia juga berfungsi sebagai perapat. Harum Malam amat membantu menyihatkan dan menghilangkan bau badan. Ia juga dapat merawat masalah keputihan jika diamalkan selal, menghilangkan gatal-gatal vagina, menghilangkan hanyir haid dan lain-lain yang berkaitan.

Produk suplement Harum Malam ini dipasarkan oleh Millennial Gen. Selain Harum Malam, Millennial Gen turut mengeluarkan produk tambahan iaitu jenama Moeder - milk booster. Untuk produk Moeder - Milk Booster nanti zaza akan ceritakan di entri lain.

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Harum Malam dirumus menggunakan ekstrak ros yang berfungsi merawat kulit. Ia membantu mengecilkan pori-pori dan mengawal kulit berminyak sekaligus membuatkan kulit kelihatan berseri dan segar. Mengandungi vitamin A,B3,C,D dan E. ia juga dapat merawat cirit birit dan menghilangkan keletihan. 

Terdapat juga ramuan lain yang digunakan antaranya :

Madu -  Madu berfungsi melembutkan kulit, memberikan tenaga dan stamina, membasmi bakteria dan menyembuhkan luka, mengurangkan masalah jerawat dan menyihatkan tubuh.

Sirih - berfungsi merawat masalah keputihan dan bau yang kurang enak di bahagian intim

Kismis - Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Mengandungi vitamin C, zat besi,kalium, kalsium, folat dan B6. Kismis berfungsi membantu mendapatkan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Memberikan tenaga dan menguatkan daya ingatan

Manjakani  manjakani berfungsi membasmi bakteria dan mencegah bau di bahagian intim

Kayu Serapat  Membantu mencantikkan kulit, mengukuhkan otot badan dan melancarkan peredaran darah

Peurarea Lobata -   fungsinya dapat membantu merawat masalah seperti migrain, jangkitan bakteria, tekanan darah tinggi dan melancarkan peredaran darah

Daun Senna -  Daun Senna berfungsi merawat masalah sembelit, mengalakkan pertumbuhan sel baru dan melancarkan peredaran darah

Buah Delima -  kaya dengan kalium dan zat tanin. Berfungsi sebagai anti-oksidan, membasmi bakteria dan melancarkan sistem pencernaan tubuh

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Buah Tin -  buah tin membantu meningkatkan ketahanan tubuh badan, mengurangkan kolestrol,       menyihatkan badan dan mencegah serangan jantung koroner. Ia kaya dengan Omega 3 dan Omega 6, serat, kalium dan kalsium.

Limau Purut  Limau purut kaya dengan asik sitrik dan membantu mengekalkan kelembapan kulit. Juga membantu mencegah bau badan. Selain itu, Limau purut juga dapat merawat luka dan melancarkan peredaran darah

Pueraria Marifica -   berfungsi mengurangkan garis halus pada wajah ( anti-penuaan ). Membantu merawat masalah rahim wanita, masalah keputihan, memberi tenaga dan melangsingkan tubuh


Buah Goji -  kaya dengan kalium, natrium, fosforus, zat besi, magnesium, dan zink untuk metabolisma tubuh badan dan memberikan tenaga

Strawberi -  kaya dengan vitamin C  dan serat yang melambatkan penuaan dan melancarkan sistem penghadapan. Selain itu ia juga mampu merendahkan tekanan darah dan menyihatkan jantung

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Apa Kelebihan Jika Mengambil Harum Malam
Secara Konsisten?

Harum Malam kini telah dipasarkan secara meluas di Malaysia. Seorang rakan zaza juga pernah memberitahu bahawa keputihannya hilang selepas mengamalkan produk ini.

Harum Malam telah disahkan HALAL oleh JAKIM. Berikut adalah beberapa kelebihan Harum Malam pada tubuh
* Mencantikkan dan menyerikan wajah
* Menyihatkan rahim, mengetatkan faraj
* Merawat masalah keputihan
* Membantu membunuh bakteria
* Menghilangkan bau hanyir haid
* Membantu menghilangkan bau yang kurang enak dan gatal-gatal
* Melegakan panas badan
* Ia membantu menyegar dan menyihatkan tubuh badan
* Membantu menghilangkan bau badan
* Menegangkan payudara dan mengencangkan otot
* Memberi tenaga dan mengurangkan tekanan
* Mengurangkan kedukan kulit dan menganjalkan kulit
* Meningkatkan sistem ketahanan tubuh badan dan menstabilkan hormon


Produk ini pula amat sesuai untuk :

 * Semua wanita  dan semua peringkat umur
 * Perempuan yang ada masalah bau badan yang kuat
* Boleh diambil setiap hari walaupun period
* Wanita yang berpantang atau sedang menyusu
 ( JANGAN DIAMBIL KETIKA MENGANDUNG KERANA
TAKUT AKAN MENGALAMI KESUKARAN BERSALIN - SEMPIT )

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Cara Pengambilan Harum Malam

Pengambilan Harum Malam cukup mudah..

Diwaktu pagi - ambil 1 sudu sebelum sarapan
Diwaktu malam - 1 sudu sebelum tidur

Ia boleh diminum terus. Sila pastikan anda menggunakan sudu plastik
kerana Harum Malam mengandungi madu

Pantang Larang Semasa Mengambil Harum Malam

Elakkan minuman berais
Bagi ibu mengandung amat dilarang mengambilnya
Minum mengikut sukatan yang ditetapkan sahaja

Antara Komen Positif Pengguna Yang Telah
Mengamalkan Harum Malam

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Dan banyak lagi kesan positif pengguna lain yang anda boleh baca di Facebook Kelab Ibu Cantik Millennial Gen

Sebelum membeli anda boleh membuat semakan sama ada produk yang tersebut adalah ASLI atau TIRUAN. Caranya :

Bau Badan Dan Keputihan Hilang Dengan Harum Malam

Produk Minuman Harum Malam boleh didapati di kedai jamu atau beli secara terus melalui Facebook atau website Millennial Gen.

Harga sebotol Hanya RM33.00 bagi semenanjung dan RM39.00 bagi Sabah / Sarawak. Harga tidak termasuk pos.  Kandungan botol 250ml.

Untuk pertanyaan dan tempahan anda boleh terus menghubungi Millennial Gen di :

Facebook : Kelab Ibu Cantik Millennial Gen
Instagram : Harum Malam HQ
Website : http://www.millennialgen.biz/
HP : 010 404 2769
Office : 03 3358 5344
Alamat : 11G, Jalan Keluli Al7/Al,
Pusat Perniagaan Bukit Raja, Section 7,
40000 Shah Alam, Selangor

Sabtu, Mei 06, 2017

Suai Padan Busana Perkahwinan Butik Istana Puteh - Part I

Suai Padan Busana Perkahwinan Butik Istana Puteh. Assalamualaikum..Sekejap je masa berlalu..pejam celik tinggal beberapa bulan saja lagi untuk majlis perkahwinan. So untuk persiapan kali ini adalah pemilihan dan suai padan busana perkahwinan nanti.

Diberi rezeki hasil kemenangan dalam peraduan MEFA pada bulan disember lalu, zaza dan pasangan berjaya mendapat tajaan busana perkahwinan dari sebuah butik iaitu Butik Istana Puteh By Gee Cantik

Lokasi butik yang terletak di Cheras cukup senang untuk ditemui.

Suai Padan Busana Perkahwinan Butik Istana Puteh - Part I

Sebaik melangkah masuk, zaza dan pasangan disambut baik oleh dua orang pembantu butik Istana Puteh. Tapi lupa pula zaza nak bertanya nama dua pembantu ni..mehmeh

Jumaat, Mei 05, 2017

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana. Assalamualaikum.. ini adalah pertama kali zaza menikmati menu istimewa di sebuah Restoran yang menyajikan makanan Korea iaitu Restoran Hwa Ga yang terletak di Damandara Perdana.

Menu Makanan Korea Di Restoran Hwa Ga Damansara Perdana