Tuesday, May 30, 2017

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa. Assalamualaikum..Alhamdulillah bertemu lagi kita bulan ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam di dunia.

Kebiasaannya ketika berbuka puasa antara menu hidangan yang wajib ada adalah Solok Lada. Solok Lada merupakan makanan kegemaran Abah dan Mak.

Jadi kali ini zaza nak share rsepi membuat solok lada. Time ni buat dengan mak dan jiran.. kebetulan mak bawa balik lada besar tu banyak..petik dekat kampung.

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Pertama adalah menyediakan bahan-bahannya. 

Lada besar ( tak kisah berapa banyak pun yang anda nak )
Ikan Selayang
Bawang Merah 10 biji
Bawang Putih 2 biji
Halia Besar Ibu Jari..lebih sikit sebab halia tu penyedap
Kelapa Parut ( kelapa muda )
Santan
Gula dan Garam secukupnya

**Lupa nak ambil gambar ikan selayang..

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

Cara Membuat

1. Ikan selayang yang telah direbus diasingkan isinya. Tumbuk ke semua isi ikan selayang. Ketepikan.
2. Tumbuk pula bawang merah, bawang putih, halia
3. Selepas tumbuk campur bersama isi ikan dan gaulkan.
4. Kemudian tumbuk kelapa parut dan selepas itu masukkan ke dalam isi ikan bercampur bahan tumbuk tadi.
5. Masukkan garam dan gula dan gaul sehingga sebati.

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

6. Selesai gaul kesemuanya ketepikan sekejap.
7. Basuh dan belah ke semua lada. Buang biji. Setelah itu sumbatkan bahan tumbuk yang telah digaul tadi ke dalam lada.

Solok Lada Menu Pilihan Ketika Berbuka Puasa

8.Susun semua solok lada ke dalam periuk kukus. Kemudian ambil santan tuang ke setiap lada satu persatu..
9. Kukus dengan api perlahan
10. Siap dan boleh dihidang bersama nasi ketika berbuka

Inilah simple resepi zaza belajar dari mak. Berselera sungguh makan. Siap ajak anak-anak jiran makan bersama..So korang kat rumah boleh la mencuba resepi ini okeyy..

Tapi.. kalau korang nak kukus boleh menggunakan periuk kukus Soup Steam Boil Pot ini di Lazada Malaysia

lazada malaysia

Untuk rakan-rakan semua, Lazada kini sedang mengadakan promosi Marhaban Ya Ramadhandan Riang Raya Sale bermula 19 Mei sehingga 30 Jun 2017.

Pelbagai barangan dengan 90% potongan. Apa lagi..sebelum promosi tamat..cepat dapatkan barangan yang korang nak dengan segera okeyy...



Sunday, April 09, 2017

Ikan Merah Masak Asam Pedas

Ikan Merah Masak Asam Pedas. Bila umur dah semakin tua ni.. kenalah belajar-belajar masak..So kali ni terasa teringin nak makan Ikan Merah Masak Asam Pedas..

Ikan Merah Masak Asam Pedas


Oklah, nak kongsikan cara zaza masak, sama je macam dengan korang semua yang pandai masak ni..mehmeh

BAHAN-BAHAN

Ikan Merah ( 6 ekor je )
Daun Kesum ( main ambik je berapa banyak )
Garam
Ajinamoto
Bawang Merah ( saya guna 10 biji )
Bawang Putih ( saya guna 10 biji )
Cili Kering ( 7 biji )
Halia ( sebesar ibu jari )
Belacan ( separuh ibu jari )

Ikan Merah Masak Asam Pedas

CARA MASAK

Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan belacan.
Panaskan kuali dan tumis sehingga naik bau
Masukkan daun kesum seterusnya ikan..
Kemudian letak bendi
Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih...
Letak sedikit garam dan ajinamoto secukup rasa.. 
Kacau-kacau sikit... dan siap..

Ikan Merah Masak Asam Pedas

Simple je.. ;p Dah jom makan..

Niat dihati nak belajar buat kek pula..tengoklah jika ada kesempatan nanti..


Thursday, March 05, 2015

Kerabu Pucuk Bunga Betik


Kerabu Pucuk Bunga Betik | Alahai...sedap betul bila dapat jamah dengan nasi..Menjadi kegemaran mak dan ayah. Mula-mula dulu pelik jugak tengok. terbayang pahit-pahitnya. Tapi bila dah rasa sendiri, tak ada la pahit mana..dan sedap sangat..Cuma kerabu ni tak boleh simpan lama sebab cepat sangat basi. 

Kerabu Pucuk Bunga Betik, kerabu bunga betik, resepi kerabu bunga betik

Memadangkan saya suka kongsi apa yang saya suka makan, kali ni nak kongsi pulak resepi nak buat Kerabu Pucuk Bunga Petik..jom main  masak-masak kat dapur..

Kerabu Pucuk Bunga Betik, kerabu bunga betik, resepi kerabu bunga betik

Pertama sekali adalah menyediakan bahan-bahan nak buatnya. Bahan-bahannya pun simple je..

Bahan-Bahan :

Pucuk dan Bunga Betik - 1 Mangkuk
Kerisik - 2 Sudu Besar
Bawang Besar - Sebiji
Limau Nipis - 2 biji
Belacan - 1/2 Inci
Cili Merah Besar - 5 Biji
Asam Jawa - 1 Sudu Teh
Ikan Kembung ( direbus ) - 2 Ekor
Garam Dan Gula Secukup Rasa
Cili Padi - 5 biji

Cara Buat :

1. Rebuskan pucuk dan bunga betik dengan garam. Biar sehingga mendidih dan menjadi lembut
2. Kemudian tumbuk cili padi,belacan, cili merah dan asam jawa. Gaulkan dengan kerisik. Tambahkan sedikit garam dan gula mengikut citarasa
3. Ambil isi ikan yang telah direbus dan gaulkan bersama bahan yang telah ditumbuk tadi
4. Akhir sekali gaul bahan tersebut bersama pucuk dan bunga petik. Gaul sekali dengan bawang besar yang telah dihiris.
5. Perahkan limau nipis untuk menyedapkan lagi kerabu. Siap untuk dihidangkan.


Ini je cara simple.. bila makan dengan nasi, memang bertambah-tambah la nak makan. Tip untuk mrngurangkan rasa pahit tu ketika merebus pucuk bunga betik tu, letak 2 keping asam keping.

Boleh la lepas ni cuba-cuba kan..dan selamat menjamu selera...


Laksa Lemak Menu Petang Bersama Keluarga

Laksa Lemak Menu Petang Bersama Keluarga | Kebetulan abang dan kakak ipar balik, Jadi mak pun masak lah laksa lemak kegemaran abang. Saya pun sama hantu laksa juga. Kalau dah hantu laksa tu, bermangkuk-mangkuk tambah. Selalu beli laksa asam je  hari-hari kat pak cik jual roti

Kali ni makan laksa lemak pula. Semestinya di masak oleh mak. Saya tukang rebus ikan je dengan sagat timun..hehe..lepas tu melantak! haha.. ok la kan..bantu juga mak buat laksa..mehmeh

Laksa Lemak Menu Petang Bersama Keluarga

Saya tak lah tahu sangat nak masak..tapi nak share jugak resepi mudah buat laksa lemak ni..Kalau buat mesti jadi masak cuma kena pandai sedapkan kuah dia tu..untuk yang nak belajar cuba-cuba macam saya..boleh la try dan error kan..


Laksa Lemak Menu Petang Bersama Keluarga


BAHAN-BAHAN 

  • Sekilo ikan selayang ( direbus dalam air, letak sedikit garam dan 3 keping asam keping ) kemudian asing kan isi dengan tulang
  • 2 biji kelapa - ambil santannya
  • 10 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 1 sudu lada hitam
  • Setengah inci halia
  • 3 keping Asam keping 
  • Garam

CARA MASAK

  • Kisar isi ikan, bawang merah, bawang putih dan halia kemudian masukkan ke dalam periuk
  • Masukkan santan 
  • Tumbuk lada hitam dan masukkan ke dalam santan
  • Ambil asam keping yang digunakan untuk merebus ikan tadi masukkan ke dalam periuk berisi santan tersebut
  • Kemudian masak dalam api sederhana. Masukkan garam secukup rasa.
  • Kacau sentiasa dan masak sehingga mendidih. Siap untuk dihidangkan

Hidangan boleh la dimakan dengan ulam-ulam. Saya biasa letak timun je.. lain-lain macam kacang panjang, tauge atau ulam-ulam yang korang rasa nak letak....nak pedas sikit letak sambal cili..

Mudah kan?


Ini resepi simple cara saya lah....melantak dengan family di kala petang hari dengan ais sirap dan ais milo.. kenyang! Alhamdulillah



Sunday, July 13, 2014

Resepi Pajeri Terung Yang Sedap

Resepi Pajeri Terung Yang Sedap

Saya dulu tak minat makan terung. Tapi pernah kerja kat kebun sayur. Tanam terung. Dari benih sampai keluar hasil. Syok sangat bila tengok apa yang kita tanam ada hasil. Bestnya bila waktu petik buah terung yang dah masak. 

Lama-lama jadi minat pulak makan, salah satu jenis masakan kalau buat pajeri terung..tapi makan sikit je la. Pajeri terung juga kegemaran mak dan abah. Waktu bulan puasa, kalau tak pajeri nenas, pasti pajeri terung yang dibelinya..

Oklah, mari sini saya nak kongsi resepi masak pajeri terung...jom ke dapur yokkk

Bahan-bahan :

  • Sediakan beberapa biji terung
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 sudu rempah kari daging ( jadikan pes -bancuh dengan air )
  • 1 sudu kerisik
  • 3 ulas bawang putih - dikisar*
  • 2 ulas bawang merah-dikisar*
  • 1/2 inci halia- dikisar*
  • 2 sudu besar udang kering-dikisar*
  • 1 biji bunga lawang
  • 1 biji bunga cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk masak


Cara Masak :

  • Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar * dengan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis sehingga naik bau..
  • Masukkan rempah kari dan masak sehingga pecah minyak
  • Lepas tu masukkan pula terung yang dah dibelah sikit, kacau sekejap
  • Masukkan pula santan dan kerisik. Letakkan garam dan gula secukup rasa
  • Siap
Haaa..senang ke tak? Jom kita cuba masak.. teringin juga nak masak untuk encik suami...eh!! belum kahwin lagi laa...hehe... esok-esok kalau dah ada.. agaknya encik suami nanti makan ke tak yehhhh...





Friday, June 20, 2014

Resepi Mee Goreng Basah Kegemaran Saya

Resepi Mee Goreng Basah Kegemaran Saya

Sebut je mee goreng basah dah terbayang saya keenakannya. Mee goreng basah memang salah satu kegemaran saya. Kalau makan diluar memang mee goreng basah yang selalu saya pesan. Ingat lagi pernah saya makan di sebuah restoran, sampai dua pinggan saya pesan sebab sedap sangat. Sampai pekerja yang ambil order pun siap buat tanda bagus gitu.

Mee goreng basah saya mesti kena berkuah banyak. Tak ada kuah rasa macam tak berselera. Kalau macam mee goreng kering pun saya agak kurang gemar tapi makan aje cuma tak lahap macam saya makan mee goreng basah ni.. hehee..

Oklah, mari saya nak kongsi resepi mee goreng basah

Bahan-bahan :

Mee kuning
Bawang merah
Bawang Putih
Sos cili
Kicap
Sayur
Telur 2 biji
Garam dan Gula
Kiub Pati Ayam
Cili Kering
Ayam

Jom kita mula main masak-masak...

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah di kisar sehingga naik bau
2. Masukkan cili kering yang telah dikisar dan kacau perlahan
3. Kemudian masukkan pula garam, kicap, kuib pati dan tambah sedikit gula
4. Nak ada kuah tambah sedikit air
5. Lepas tu masukkan pula ayam yang dah dipotong kecil-kecil
6. Seterusnya boleh la masukkan telur dan sayur
7. Akhir sekali masukkan mee kuning dan gaul rata.
8. Siap dan sudah boleh dihidangkan 

Ok, selamat mencuba.. kita jumpa lagi..