7 Lifestyle Blogger Pilihan 2018. Zaza mula buat blog sekitar tahun 2012..masa tu zaza buat sebab beberapa blogger popular yang tengah hot time tu macam Fatin Liyana, Yuyu Zulaika dan Maria Elena.. gara-gara selalu baca blog merekalah zaza cuba belajar untuk buat blog sendiri..
Alhamdulillah sehingga 2018 ni, blog zaza masih bertahan.. dari pada blog dengan nama pelik-pelik sampai la zaza kekalkan dengan domain sendiri www.zazaiman.com..
Blogger ni banyak tau sebenarnya niche yang ada di Malaysia.. ada blog tentang masakan, tentang dunia gadget, tentang fesyen, tentang kesihatan,tentang travel..dan lain-lain.So kali nk zaza nak perkenalkan
7 Blogger Lifestyle Pilihan 2018 yang mesti korang follow..dan juga jika ada mana-mana yang nak buat review dengan mereka..
Jom kita kenali mereka ;p
1. Tengkubutang
Blog : http://www.tengkubutang.com/
Blog tengkubutang..mesti ramai pelik kenapa nama tengkubutang? Tengkubutang ni asalnya nama seekor kucing iaitu Butang..Butang ni comel tau..nama pun kucing kan mestilah comel..mehmeh.. so sempena dengan nama ni lah dia letak tengkubutang..
Zaza kenal sejak awal-awal lagi dalam dunia blogging. Seorang blogger mummy yang mempunyai anak bernama Harraz.. Sentiasa berkongsi kisah tentang anaknya, tentang tip, tentang kecantikan dan resepi.. pandai buat sushi tau.. teringin zaza nak rasa sushi yang tenngkubutang buat..kena tunggu datang kl la jawabnya..
2. Syamimi Saad
Zaza kenal blog mimi dari tengkubutang..merupakan seorang ibu kepada 2 orang anak. Di blog, mimi banyak share tentang kisah kehidupan..kisah percutian..termasuklah tentang keibubapaan. Resepi masakan pun ada juga tau..
Antara resepi yang menarik hati zaza seperti resepi asam pedas ala melaka, Fillet Dory masak masam manis dan kek pelangi 3 warna.
3. Wawa Ashihara
Blog :
http://www.wawaashiharaa.com/
Walaupun dah terang-terang sebutan Ashihara tapi zaza selalu sebut Ashira..hahah..jangan marah ehh...antara blog lifestyle dan beauty..Selain produk kecantikan dan tip, wawa juga banyak share tentang makeup.. wawa memang rajin buat live makeup di facebook. Kalau korang yang nak belajar makeup, boleh tengok video-video dan live wawa.
Zaza pun memang rajin juga sembang-sembang dengan wawa ni..seringkali juga jika ada apa-apa masalah zaza akan tanya pendapat wawa..
4. Cahaya Permata
Blog:
http://www.cahayapermata.my/
Blog seorang gadis bernama Nur Alja..dulu kan zaza selalu konfius dengan sebutan asyik nak sebut ajla ye..mehmeh..
Seorang blogger yang suka akan kecantikan dan makanan.. Selain tentang lifestyle, alja banyak share tentang pengalaman travel dan review tentang makanan. Jeles tengok alja asyik berjalan sana sini tau.. ;p
Lepas ni kak zaza dah ikut boleh.. ^__o
5. Iuzira
Blog :
http://www.iuzira.com/
Kecik molek orangnya..zaza pernah berjumpa dua kali Iuzira masa tu zaza join program MEFA Pengantin dekat Shah Alam dengan aktiviti permainan sukan..
Iuzira atau zaza panggil Hazirah Shah antara lifestyle blogger yang sangat aktif.. kerap menyertai pelbagai event dan aktiviti disekitar Kuala Lumpur. Hazirah juga merupakan agent kepada tisu muka Imaan..so kalau korang nak mencari produk Imaan boleh hubungi Hazirah.
Blog berkisar tentang tip,event yang dihadiri dan juga motivasi.
6. Kak Diana Rashid
Blog :
https://www.dianarashid.com/
Zaza dah lupa macam mana pengenalan zaza dengan blogger Kak Diana rashid ni.. ;p Kak Diana merupakan seorang ibu dan suka berkongsi tentang anaknya di facebook. kadangkala boleh tergelak zaza baca status ragam anak dia..hehe..terhibur
Di blog, kak diana gemar menulis tentang kekeluargaan, kehamilan, resepi masakan, info kesihatan dan kecantikan dan pelbagai berita semasa di dalam juga di luar negara. Memang info menarik boleh didapati kat blog ini..
7. Cik Ash
Blog :
http://www.cikash.com/
Nama cik Ash adalah Sharifah Ashikin dan telah pun berkahwin. Antara blogger yang ramah walaupun zaza masih belum berkesempatan untuk bertemu..harapnya suatu masa nanti dapat lah zaza berjumpa dengan cik Ash.
Blog cik Ash memang menarik kerana sering berkongsi pelbagai tip & maklumat, isu semasa, review dan juga kisah pedoman seperti kisah-kisah yang boleh dijadikan teladan dalam hidup kita..cik ash juga turut menulis review-review mengenai filem dan novel.
Ini adalah ringkasan beberapa blog yang zaza ikuti.. sebenarnya memang ramai lagi blogger lifestyle yang ada di Malaysia.. selain tu kepada mana-mana pihak yang ingin membuat review juga boleh menghubungi mereka okay.. =)