Selasa, Februari 28, 2017

Kuih Bakar Berlauk Daging

Kuih Bakar Berlauk Daging. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar rakan-rakan zaza tersayang. Harap semuanya baik-baik dan sihat sentiasa.

Pertama kali zaza tahu ada Kuih Bakar Berlauk Daging ni.. tahu pun sebab salah seorang rakan yang membuat dan menjualnya sendiri.. Disebabkan tengok macam sedap..zaza pun cubalah sekeping. So pertama kali zaza rasa kuih bakar ni..nyata memang sedap dan rasa nak makan lagi..

Kuih Bakar Berlauk Daging
Kuih Bakar Berlauk Daging sememangnya sedappp

Bentuknya seakan bunga dan ditengah diletakkan daging bercampur bawang.. Sekeping Kuih Bakar Berlauk Daging ni dijual dengan harga RM4.00 sahaja tau..

Ada orang panggil Kuih Bakar..ada orang panggil Kuih Berlauk..so zaza panggil je Kuih Bakar Berlauk Daging mehmeh

Untuk menghasilkan Kuih Bakar Berlauk Daging ni tidak lah susah. Boleh saja lihat banyak resepi-resepi membuatnya di enjin carian.

Kuih Bakar Berlauk Daging

Kuih Bakar Berlauk Daging

Zaza sendiri yang duduk kat Malaysia pun tak tau tentang kuih ni..kalau rakan zaza tu tak membuat dan menjual..memang zaza tak tahu pun kewujudannya.. haha teruknya ;p

Kuih Bakar Berlauk Daging ni dibakar menggunakan acuan baulu kemboja. Biasanya satu bancuhan tepung boleh dapat 6 keping.

Dalam menghasilkan Kuih Bakar Berlauk Daging ni pun..ada yang letak sekali dengan daun bawang dan cili merah. Rasanya enak dan sedikit pedas kerana lauk dagingnya.


Kuih Bakar Berlauk Daging

Selain Kuih Bakar Berlauk Daging, ada juga dijual rojak kuih, kuih cucur udang, kuih tako dan air buah segar

Kuih Bakar Berlauk Daging
Gerai Kuih Bakar dan Air Buah Segar di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan

Kuih Bakar Berlauk Daging
Lepak-lepak merasai air buah mangga segar

Buat rakan-rakan zaza dan pembaca yang ingin merasai Kuih Bakar Berlauk Daging boleh lah datang ke Gerai Kuih Bakar dan Air Buah Segar di Bandar Seri Jempol Negeri Sembilan. Berdekatan dengan SAWARI dan bangunan Felda.. ( depan sekolah )