Thursday, April 27, 2017

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books. Assalamualaikum..Jika ada rakan-rakan zaza masih ingat zaza pernah posting satu kisah mengenai seorang penuntut Malaysia di University Yasar, Izmir Turki tentang perjalanan kisahnya memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria, Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Kini, penuntut tersebut, Thaqib Shaker telah pun menghasilkan sebuah buku catatan kisah tersebut bertajuk Anak Malaya Di Republik Turki

Kebiasaannya seringkali kita dihidangkan dengan kisah Turki mengenai zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyah.

Namun, penulis Thaqib berjaya menghasil buku mengenai kisah Turki dari sudut yang berbeza.

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Izmir, Sebuah kota dimana kedudukannya terletak antara Greece dan Lautan Ege. Kebanyakan penduduk Izmir mempunyai fahaman sekular dan gaya hidup yang moden dan kebaratan.

Kota Izmir juga turut menjadi transit bagi pelarian-pelarian Syria sebelum mereka sampai ke Pulau Chios di Greece


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Masyarakat di Kota Izmir mempunyai pelbagai latar belakang agama,bangsa dan budaya. Malah minuman harian mereka seperti alkohol adalah perkara biasa.

Bagaimanapun, Thaqib masih berjaya membawa diri  sepanjang berada di sana dan usahanya membantu rakyat di sana telah banyak mengubah persepsi masyarakat di Izmir.


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books


Terdapat setengan di kalangan warga kota Izmir menjadikan bendera Malaysia sebagai hiasan kedai. Malah ada juga pelarian Syria yang menumpang di Izmir turut mengibarkan bendera Malaysia sambil melaungkan "Bendera ini mengubati luka kami"

Thaqib juga turut menjawab persoalan mengenai keTuhanan yang telah membuka minda seorang wanita warga Italy, Eleonara yang mempunyai fahaman Atheis kepada Islam


Anak Malaya Di Republik Turki Terbitan ILHAM Books

Kisah Thaqib juga pernah mendapat liputan media Turki dan TV Alhijrah

Pelbagai kisah menarik dihidangkan dalam buku Anak Malaya Di Republik Turki. Buat mereka yang menyukai sejarah atau kisah-kisah kehidupan masyarakat, boleh mendapatkan buku ini dengan harga RM25 sahaja di Pesta Buku Antarabangsa

Detail : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
Tarikh : 28 April - 7 Mei 2017
Judul : Anak Malaya Di Republik Turki
Terbitan : ILHAM Books
Booth No : 3256 - 3257 di Dewan Tun Razak 3, PWTC

Sumber - Ilham Books dan Thaqib Shaker



Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Universal Humanitarian Aid - Turkey Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria. Universal Humanitarian Aid - Turkey ( Sebelum ini menggunakan nama Aegean Refugee Aid - ARA )  telah ditubuhkan oleh seorang penuntut Malaysia di Universiti Yasar, Izmir, Turki iaitu Muhammad Nur Thaqib Shaker, 25. Penubuhan ini bertujuan untuk misi bantuan kemanusiaan bagi pelarian Syria.

Usaha Thaqib juga mendapat kerjasama rakan-rakannya dan mendapat sokongan dari rakyat Turki. Bukan itu sahaja, kisah UNIAID juga mendapat perhatian media di sana.

Kagum dengan apa yang dilakukannya, Thaqib menceritakan pengalamannya sepanjang dalam misi bantuan seperti kisah pelarian yang kehilangan keluarga,  pelarian yang menghidap pelbagai penyakit dan kisah kanak-kanak yang dieksploitasikan sindiket peminta sedekah.

Menurut Thaqib, mulanya dia memikirkan akan berdepan dengan pelbagai halangan ketika menjalankan misi tesebut namun sangkaannya nyata meleset kerana misi yang diusahakannya bersama rakan-rakan berjaya dijalankan dengan lancar. Bermula dari November sehingga saat ini, UNIAID telah merekodkan 20 program bantuan kemanusiaan di Syria.


Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Lebih membanggakan juga apabila masyarakat Turki juga menyambut baik usaha mereka malah turut memberikan sumbangan.

Terdapat seramai 15 rakyat Turki yang terdiri dari pelajar telah menyertai program misi bantuan ini. Menurut Thaqib lagi, mereka mempunyai beberapa rakyat Syria yang berperanan sebagai penterjemah.

Apabila tiba musim sejuk, ia menjadi sukar buat pelarian terutama kanak-kanak kerana kekurangan pakaian seperti sarung tangan, jaket, penutup kepala dan stoking. Bagaimanapun atas usaha sumbangan yang diberikan orang ramai, UNIAID berjaya menyumbang kasut dan stoking buat mereka.




Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria

Ada satu kisah yang berlaku dimana akibat cuaca sejuk yang melanda, ramai pelarian Syria terkena penyakit Psoriasis di Izmir tahun lalu. Amat menyentuh hati apabila terdapat seorang wanita Iraq yang mengalami penyakit ini selalu menjauhkan diri dari disentuh kanak-kanak kerana risau akan berjangkit.

Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Kisah ARA ( kini UNIAID ) mendapat liputan Media Harian Metro

Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Senyuman manis kanak-kanak Syria

Aegean Refugee Aid (ARA) Sukarelawan Antarabangsa Bantu Pelarian Syria
Sukarelawan

Terdapat juga sindiket yang menggunakan kanak-kanak Syria untuk dijadikan sebagai peminta sedekah. Di kala petang sindekit terbabit akan mengambil kanak-kanak dan sedikit wang akan diberikan kepada mereka. Kesedihan sering muncul dalam diri sukarelawan kerana kebanyakan pelarian Syria tinggal di kawasan rumah lama dan usang malah terpaksa membayar sewa yang tinggi.


****

Buat anda juga yang ingin memberikan sumbangan boleh la terus membuat pertanyaan di



Untuk Thaqib dan rakan-rakan, sebagai rakan zaza support dari jauh.. semoga terus suksess dan dipermudahkan segala urusan dalam menjayakan misi ini..

Amin...

Wednesday, April 12, 2017

Teknik Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually

Teknik Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually. Satu kelas di Matchmaking Masterclass by Lunch Actually telah diadakan di Kuala Lumpur. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pendedahan bagaimana "cara untuk menjodohkan orang"
Puan Violet Lim selaku tenaga pengajar dan Ketua Pegawai Eksklusif dan co-founder Kumpulan Lunch Actually merupakan 'certified matchmaker' yang bertauliah dari Matchmaking Institute New York. Beliau mempunyai kemahiran dan kepakaran menjodohkan orang lain yang diiktiraf
Matchmaking Masterclass by Lunch Actuallly ini telah diasaskan pada tahun 2014
Kini Lunch Actually telah berjaya menguruskan lebih 90,000 temujanji dan 85% kejayaan dalam mempertemukan jodoh orang.
Lunch Actually juga merupakan syarikat terbesar nombor 1 di Asia
Teknik  Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually

Matchmaking Masterclass bersama Lunch Actually ini membantu memberikan kefahaman serta teknik dan cara yang betul dalam mencari jodoh serta 'modern date' agar memudahkan sesiapa sahaja bertemu jodoh.

Mereka yang menghadiri kelas ini akan diajar mengenai 7 Tips Terbaik Cara jodohkan Orang. Tip ini amat berguna untuk mencarikan jodoh sama ada rakan-rakan, keluarga sehingga mereka dapat menjadi suami isteri

Teknik  Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually

Violet Lim menjelaskan, pertubuhan ini dilihat sebagai satu cabang perniagaan yang dapat membantu golongan yang sibuk dan tiada masa untuk bersosial.

Melihat keluarga dan rakan-rakannya yang sibuk dan tiada masa untuk bercinta membuatkan Violet menubuhkan Lunch Actaully bersama tunangnya, Mr Jamie Lee yang kini telah menjadi suaminya.

Kini Lunch Actually telah berkembang dengan maju dan merupakan peneraju syarikat temujanji terbesar di Asia. Pejabat Lunch Actually kini ada di Singapura, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Hong Kong, Jakarta dan Bangkok.

Teknik  Mencari Jodoh Bersama Lunch Actually

Lunch Actually menyediakan perkhidmatan offiline bagi memudahkan anda dipadankan dengan pasagan yang sesuai semasa temujanji.

Bagi rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang masih belum bertemu jodoh, boleh lah mengikuti kelas ini. Maklumat lanjut dan penerangan boleh terus menghubungi Lunch Actually di

Lunch Actually
Suite A-29-10, Level 29
Menaa UOA Bangsar, Jalan Bangsar Uta,a
Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
Telefon : +063 2282 8310
Email : klcupids@lunchactually.com

Sumber - Bro Framestone

Sunday, April 09, 2017

Ikan Merah Masak Asam Pedas

Ikan Merah Masak Asam Pedas. Bila umur dah semakin tua ni.. kenalah belajar-belajar masak..So kali ni terasa teringin nak makan Ikan Merah Masak Asam Pedas..

Ikan Merah Masak Asam Pedas


Oklah, nak kongsikan cara zaza masak, sama je macam dengan korang semua yang pandai masak ni..mehmeh

BAHAN-BAHAN

Ikan Merah ( 6 ekor je )
Daun Kesum ( main ambik je berapa banyak )
Garam
Ajinamoto
Bawang Merah ( saya guna 10 biji )
Bawang Putih ( saya guna 10 biji )
Cili Kering ( 7 biji )
Halia ( sebesar ibu jari )
Belacan ( separuh ibu jari )

Ikan Merah Masak Asam Pedas

CARA MASAK

Kisar bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan belacan.
Panaskan kuali dan tumis sehingga naik bau
Masukkan daun kesum seterusnya ikan..
Kemudian letak bendi
Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih...
Letak sedikit garam dan ajinamoto secukup rasa.. 
Kacau-kacau sikit... dan siap..

Ikan Merah Masak Asam Pedas

Simple je.. ;p Dah jom makan..

Niat dihati nak belajar buat kek pula..tengoklah jika ada kesempatan nanti..


Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver. Assalamualaikum.. akhirnya telah selamat sampai ke tangan zaza cincin ukir nama Perak bersadur emas.  Comelkan. Semestinya cincin ukir nama kini telah menarik ramai wanita untuk memiliknya.

Sebelum tu, sedikit info tentang di mana cincin ini dibuat di ASIASILVER iaitu sebuah kedai yang menjual cincin ukir nama yang terletak di Negeri Kelantan. Negeri kelahiran zaza.

Selain Cincin Ukir Nama.. ASIASILVER juga menawarkan  beberapa produk lain yang mendapat permintaan tinggi antaranya Rantai leher pelbagai design, Rantai tangan, Gelang, Subang, Rantai kaki, Brooch, Butang baju melayu, Neck Tie Klip,Keychain, Loket dan lain-lain.

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Jenis design yang menjadi kesukaan zaza

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver

Beberapa rakan di laman sosial zaza ada bertanya tentang cincin ini..So ada yang zaza dah terangkan..Tapi buat pembaca blog..tentunya terasa juga ingin memiliki kan..

Cincin Ukir Nama ini boleh custome made dan ada juga pre order mengikut citarasa dan design sendiri.

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Zaza mengayakan cincin ukir nama sendiri

Tempah Cincin Ukir Nama Perak Bersadur Emas Di Asiasilver
Hafiz Hamidun di Booth Asiasilver

Bagi yang tinggal jauh dan nak menempah, boleh juga dibuat secara online. Jangan risau ASIASILVER menawarkan pkhidmatan yang terbaik buat anda dan dipercayai..

Malah ASIASILVER juga pernah terlibat dalam pelbagai acara dan booth jualan seperti Timur Fest, Wedding Fest, Meriah Raya Bazaar dan banyak lagi


INFO PENUH MENGENAI CINCIN UKIR NAMA
BOLEH BACA DI LINK DIBAWAH

KLIK



Untuk membuat tempahan atau ada sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi ASIASILVER di

ASIASILVER, 
G-L1-22, Ground Floor, Bazaar Tuan Padang,
Lot 962, Seksyen11, 15000 Kota Bharu, Kelantan.
Facebook : Asia Silver Shop
WhatsApp : 016 940 3330

Tuesday, April 04, 2017

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2. Seperti tahun lalu, IJM Land Half Marathon 2017 sekali lagi akan diadakan pada 13 Ogos 2017 di Dataran Centrio, Seremban 2. Pada tahun ini, IJM Land Half Marathon mensasarkan sebanyak 7000 penyertaan yang akan terlibat di seluruh negara.

Sidang Media majlis pelancarakan IJM Land Half Run Marathon 2017 ini telah dumulakan oleh Pengurus Besar IJM Land Berhad ( central region ) iaitu Dato' Hoo Kim See dan Pengarah Jualan dan Pemasaran Yakult ( Malaysia ) Sdn Bhd iaitu Mr Minoru Osada. Untuk pengetahuan semua, Yakult merupakan Platinum Sponsor bagi IJM Land Half Marathon 2017.

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2

Ujar Dato' Hoo semasa di dalam majlis pelancaran itu, acara marathon kini mendapat sokongan dari ramai orang sekaligus ia menjadi platform ;fundraising; amal bagi tahun ke 3 secara berturut-turut yang disalurkan kepada 2 pertubuhan kebajikan iaitu Malaysia Lysosomal Disease Association ( MLDA ) dan Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan ( Hospice )

Menggunakan tagline "Run Together, Bond Stronger", IJM Land Half Run Marathon 2017 telah menyediakan beberapa kategori larian iaitu Larian 21KM ( Half Marathon ), 10KM untuk lelaki dan wanita yang berusia 18 tahun ke atas dan 10KM bagi lelaki dan perempuan berumur 12 tahun ke bawah

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2

Dalam acara ini, Anugerah "Grand IJM Land Half Marathon Trophy" akan diberikan kepada pelari terpantas manakala anugerah "Challange Trophy" akan diberikan kepada pelari antara terpantas dalam kategori masing-masing. Peserta juga akan menerima goodie bag dan barangan dari Yakult dan beberapa penaja lain jika berjaya menamatkan larian. Turut menerima Custome made Finisher Medal dan sijil penghargaan. Bukan itu sahaja, Acara ini juga turut menyediakan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM10,000. Tshirt Custome-Made Ultron Micro-dry Finisher Tee akan diberikan kepada pelari  21KM yang menamatkan larian.

IJM Land Half Run Marathon 2017 juga akan dimeriahkan lagi dengan acara seperti bergambar di photo booth, bergambar bersama selebriti Malaysia dan duta Yakult. Turut terlibat seperti badut, popcorn, aiskrim, belon percuma dan cotton candy.

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2

Bagi orang ramai yang hadir, boleh juga melakukan pemeriksaan percuma seperti Glusoce Test, Tekanan Darah, rawatan Physio dan Cholesterol Test oleh Columbia Asia Hospital Seremban bersama Befrienders Seremban.

IJM Land Half Run Marathon 2017  turut disokong oleh TDK, BMW Millennim Welt Seremban, 100 Plus, Ice Mountain, Ultron, Sin Chew Daily, The China Press, Colombia Asia Hospital Seremban, Alpro Pharmacy, EC Pixels, McDonald's, Spoon Health, 2XU,Biotech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Maydin Seremban 2.

Jadi buat semua, mari kita sertai acara ini. Mereka yang berminat sertai boleh segera membuat pendaftaran di www.ijmlandrun.com. Pendaftaran tamat pada 31 Mei 2017. Sumber - Khirkhalid.com



Sunday, March 26, 2017

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya. Assalamualaikum..apa khabar rakan zaza semua..redup dan sejuk cuaca hari ini selepas hujan..waktu-waktu macam ni la bila tak buat apa..zaza suka habiskan masa untuk main makeup-makeup. Sejak masuk kelas makeup personal hari tu..zaza dah mula kumpul barang makeup..cumanya soal kening sampai ke sudah zaza masih tak reti-reti lagi..

Kalau sebut pasal makeup-makeup ni semestinya cermin adalah perkara yang penting. Tak ada cermin macam mana nak makeup kan..

Entah macam mana...zaza ternampak satu cermin yang ada lampu..iaitu KATE VANITY MIRROR DARI MAKEUP MURAH BY NAOMIE. Cermin ni dah mula menjadi kegilaan kaum perempuan termasuk la zaza sendiri.

Lengkap dengan meja solek memudahkan kaum perempuan untuk makeup. Ohhh semestinya ia menjadi wishlist zaza untuk memilikinya nanti.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

KATE VANITY MIRROR mempunyai pelbagai saiz, warna dan bentuk rekaan. Setiap rekaan yang dihasilkan cukup moden dan eksklusif.

Pelanggan yang menempah juga boleh request design yang mereka mahukan. Pada cermin ini terdapat lampu-lampu comel yang dipasang dikeliling cermin. Lampu-lampu inilah yang membantu menerangi dan memberikan efek cahaya yang lebih cantik semasa nak makeup.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Salah satu koleksi Kate White Berlaci yang ditempah oleh pelanggan. Zaza suka dengan warna putih ini.. Design simple tetapi menarik dan nampak elegent.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Dibawah ini pula ialah salah satu style design dari pembeli di Kuching Sarawak..zaza amat menyukai design sebegini. Satu lagi dengan meja yang luas dan lebar zaza boleh letak pelbagai barang makeup atau minyak wangi.

Kata Naomie, pemilik yang menjual KATE WANITY MIRROR ini design ini special kerana ala-ala hollywood. Okeyyy..zaza pun nak sebijik macam ni jugak lah nanti..boleh kan Naomie? mehmeh

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Selain warna putih..KATE VANITY MIRROR ini juga boleh request dengan pelbagai warna lain. Hanya perlu tambah RM100 dari harga asal untuk Custom Color dan RM120 untuk Glossy Color

Salah satu Kate Eksklusif tempahan dari Miss Sarah dengan warna Black Glossy Color. Mempunyai 3 laci dan bucu bulat dihujung.

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Ini pula permintaan pelanggan yang mahukan warna merah..amboi suka adik ni bila si ibu membelinya..

Kate Vanity Mirror Kini Menjadi Kegilaan Wanita Memilikinya

Untuk pengetahuan rakan zaza semua, MAKEUP MURAH BY NAOMIE telah pun membuat penghantaran KATE VANITY MIRROR ini hampir ke seluruh Malaysia. Antara beberapa negeri yang telah membuat tempahan cermin ini adalah seperti Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan.

Mereka juga mengutamankan kualiti produk. Malah pelanggan yang telah menempah semuanya berpuas hati. Penghantaran juga terus sampai ke rumah anda. Antara yang menjadi hot selling adalah KATE VANITY TABLE BIG WHITE yang kini telah berada di 50 buah rumah di seluruh Malaysia

Harga KATE VANITY MIRROR ni juga murah dan mampu milik.. harga saiz biasa RM280.00. Noamie juga turut menawarkan harga installment serendah RM100 sebulan. Jadi anda kan terima KATE VANITY MIRROR ini setelah selesai membuat pembayaran penuh.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan terus melalui :

Whatsapp : 010 960 0726 ( Naomie )


Naomie juga sedang membuat contest SAYA NAK MENANG KATE VANITY MIRROR.Untuk menyertai boleh baca syarat di Sini

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh. Assalamualaikum. Alhamdulillah selesai urusan zaza dan family.. terima kasih semua yang mendoakan zaza.. Langkah pertama dan bakal menjadi isteri orang tak lama lagi.. Semoga semuanya dipermudahkan.

Persiapan tunang baru-baru ni..zaza memang ada buat hantaran dan salah satu adalah kek dan cupcake. Jadi setelah servey beberapa tempat yang buat kek, zaza terjumpa seorang yang tinggal berdekatan tempat zaza yang membuat kek dan cupcake.

Kek yang zaza minta adalah kek vanilla..dengan hiasan bunga rose pink diselitkan dengan daun hijau. Selebihnya zaza minta Erah ( pembuat kek ) ikut je kreativiti dia macam mana.. zaza jenis tak cerewet pun.. semestinya hasil yang erah buat zaza amat suka.. ramai puji hiasan kek ni cantik...

Kek vanilla ni pun sedap dan lembut. Tiba-tiba rasa mengidam lagi nak makan kek...

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh

Yang kedua zaza tempah adalah cupcake.. tema warna biru dan sedikit berwarna pink.. Selebihnya zaza turut serahkan pada erah untuk hiasnya macam mana. Cupcake ni zaza serahkan untuk hantaran lelaki..
Tempahan Kek Bandar Jengka Dan Temerloh


Ok..buat rakan-rakan zaza yang tinggal di Bandar Jengka dan Temerloh dan nak buat tempahan dengan Erah boleh la terus menghubungi Erah di

Facebook : Erah Jasmine



Thursday, March 16, 2017

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics. Lemak di badan adakalanya boleh membuatkan seseorang tu tidak gembira. Terkini satu mesin dikenali sebagai Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics menggunakan teknologi Jerman-kejuruteraan diperkenalkan kepada umum.

Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics ini menggabungkan Z Lipo ( Cryo Lipolysis ) dengan Z WavePro ( Shockwave US FDA diluluskan )

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics
Dr Pablo Naranjo (second from right), Medical Director of Elite Laser Clinic and Key Opinion Leader of Zimmer Aesthetics officiating the launch of Zimmer Z Lipo and Z WavePro products. With him are (from right) Ms Jess Kong, General Manager of Med III Division of Neoasia, Mr Henry Holitschke, Zimmer Area Sales Manager from Germany, Dr Alice Prethima from Ageless Medispa and Clinic, Dr Serina Binti Haji Abdul Latif from The Life Clinic and Dr Chan Boon Khai from TDOX Clinic


Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics 


Produk Zimmer ini dapat membantu membuang lemak dengan jangka masa yang lebih cepat. Malah Generasi kedua Cryo Lipolysis juga dapat memenuhi impian mereka yang ingin membuang lemak di badan.

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics
Dr Pablo Naranjo presenting to the audience on Z Lipo and Z WavePro by Zimmer Aesthetics - the fat-freezing system for non-invasive body contouring and the second generation of Cryo-Lipolysis technique at the media launc recently

Dalam majlis pelancaran produk tersebut, Dr. Pablo Naranjo iaitu Pengarah Perubatan Elite Laser Clinic telah menerangkan fungsi teknologi tersebut. Ia tidak seperti membuat pembedahan atau liposuction yang menyakitkan. Generasi kedua Cryo Lipolysis juga bukanlah proses menyedut lemak merbahaya kerana ia telah mendapat kelulusan pada 2009 dan begitu popular.

Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics ini menggabungkan Z Lipo ( Cryo Lipolysis ) dengan Z WavePro  ( Shockwave ) adalah satu teknik contouring badan menggunakan Jerman Engineered Teknologi.

Satu kajian yang dibuat oleh Dr Michael Ingargiola ( pakar bedah plastik ), rawatan ini telah menjana purata 20 peratus daripada pengurangan lapisan tisu lemak selepas beberapa bulan. Trigliserida iaitu asid lemak dan gliserol juga akan terhapus secara semulajafi melalui sistem limfa kemudian diproses oleh hati

Buang Lemak Badan Guna Teknologi Cryo Lipolysis Dari Zimmer Aesthetics
Salah seorang rakan yang telah membuat rawatan menggunakan mesin Generasi kedua Cryo Lipolysis

Generasi kedua Cryo Lipolysis Oleh Zimmer Aesthetics dan Z WavePro adalah mesin estetik inovatif yang dicipta bagi tujuan pembekuan lemak dan badan contouring dalam rawatan selulit sehingga bertindak di kawasan lemak yang keras

Ia merupakan mesin yang serba boleh dan telah memenangi anugerah pada tahun 2016. Ia telah didatangkan dengan tiga aplikator yang berbeza iaitu kecil, sederhana dan besar dimana ia dioptimumkan mengikut bentuk badan dan saiz

Z Lipo Lipo Dan Z WavePro
Generasi ke -2 Cryo-Lipolysis oleh Zimmer Z Lipo dan Z WavePro

Jerman Engineered
Kelulusan US FDA pada kombinasi shockwave
Lebih rawatan kepada lemak oleh kerana terapi kombinasi Cry0-lipolysis + US FDA di luluskan oleh US FDA shockwave yang juga merawat selulit, kulit longgar dan lain-lain
Tiada kesan sampingan yang teruk
Bukan Invasif
Hanya sedikit ketidakselesaan semasa melakukan rawatan
Hasil boleh dilihat dengan cepat
Jangka masa rawatan sekitar 60 minit
Bagi mereka yang ingin membuat rawatan ini boleh la datang ke 5 klinik yang tersenarai di bawah

1. Tdox Clinic 
51B, Jln ss21/37, Uptown 37, 47400 Petaling Jaya, Selangor
+60377337768

2. Esadsa House
Lot 5q, uth floor Signature office, The boulevard Mid Valley City, lingkaran syed putra, 59200 KL
+60322878569

3. Ageless medispa & clinic
257 jln maarof, bangsar park, 59000 kl
+60320950458

4. Re plastic surgery clinic
A4-UG1-03, solaris dutamas, jln dutamas 1, 50480 Kl
+60362079004

5. The life clinic
Lot 6-2A jalan batai, damansara heights, 50490 kl
+60328569292

info lanjut juga boleh layari