Sabtu, Oktober 14, 2017

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab. Ramai antara kita menghadapi masalah rambut seperti gugur, gatal dan kelemumur. Jadi pemilihan syampu yang sesuai adalah penting supaya kita dapat memastikan rambut dan kulit kepala kita kekal cantik dan sihat.

Bagi wanita bertudung, keadaan rambut yang sentiasa tertutup sepanjang hari terutamanya dalam keadaan cuaca panas dan lembap boleh mengakibatkan rambut mudah berminyak. Ia sekaligus membuatkan masalah kelemumur berlaku. Tentunya keadaan ini membuatkan kita tidak berasa selesa, rambut mudah berbau dan perkara inilah yang boleh membuatkan antara kita kurangnya keyakinan diri.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Oleh itu zaza memperkenalkan syampu yang dapat membantu mengatasi masalah yang zaza nyatakan di atas iaitu Syampu Shurah Ariana. Ia diperkenalkan khas untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya wanita berhijab.

Untuk pengetahuan, Syampu Shurah Ariana ini telah diperkayakan dengan bahan aktif semulajadi iaitu DANDRILYS. DANDRILYS berfungsi untuk mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti kelemumur terkenal, Zin Pyrithione ( ZPT ). Ia mambantu dalam mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan sekaligus dapat mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala.

Selain itu, Syampu Shurah Ariana ini juga mengandungi bahan aktif Farnesol dan aroma bau serta wangian dengan teknologi pengurangan bau (Malodour Reduction Technology  ) Oleh itu, dengan teknologi ini ada boleh mengurangkan bau yang tidak menyenangkan  dan akan menjadikan rambut kekal harum mewangi serta sentiasa segar sepanjang hari.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Produk rangkaian Syampu Shurah Ariana ini didatangkan dengan empat ( 4 ) set berbeza bagi menangani pelbagai masalah rambut bagi perempuan bertudung.

Syampu ini bebas dari Paraben. Jadi ia selamat digunakan dan tidak membuatkan rambut anda rosak atau rapuh.

Berikut adalah setiap fungsi mengikut warna botol :

1. Botol Pink - Lembut Dan Bersinar atau Smooth & Silky Hair, dirumuskan dengan pati buah tin dan delima yang membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Kandungan bahan antioksidan yang tinggi memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

2. Botol Hijau - Anti Kelemumur atau Anti Dandruff, diformulasi dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol dapat mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengoptimumkan tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini juga membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

3. Botol Oren- Rambut Kering & Rosak atau Dry & Damaged Hair, diadun menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. Vitamin A memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut. Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, membantu mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Vitamin E pula mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas dan membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut anda tampil lebih lembut, subur dan bermaya.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

4. Botol Biru - Kawalan Rambut Gugur atau Hair Fall Control diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun membantu mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Bahan anti oksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Zaza sendiri telah mencuba produk Syampu Shurah Ariana ini.. memandangkan zaza mempunyai masalah kelemumur, jadi zaza menggunakan Syampu berwarna hijau dahulu.

Selepas menggunakan rambut terasa segar. Zaza gunakan Syampu Shurah Ariana ini 2 kali seminggu. Bagi merawat masalah kelemumur zaza ni, zaza perlu menggunakan secara berterusan sehingga kelemumur hilang.

Syampu Shurah Ariana Atasi Masalah Rambut Wanita Berhijab

Bagi korang yang nak dapatkan seleksi Syampu Shurah Ariana ni boleh la dapatkan di pasaraya atau farmasi utama di seluruh negara.

Harga untuk botol 330 ml : RM12.30
Harga untuk botol 170 ml : RM7.90

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shurah dan rangkaian Shurah Pencerah, anda boleh layari:

Facebook Shurah Malaysia : https://www.facebook.com/ShurahMalaysia/
Pembelian secara online: http://www.jetaine.com/shop/

Rabu, Oktober 11, 2017

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini


Alami Sengugut? Cuba Tip Ini. Sakit sengugut memang sangat perit. Adakala sampai tak boleh nak bangun. Ada setengah dari kita juga mengambil pil tahan sakit untuk meredakan kesakitan.

Sebenarnya rasa sakit sengugut ni boleh dikawal jika kita tahu cara bagaimana mengalihkan minda dari terus memikirkan kesakitan tersebut.

Disini terdapat 5 Tip yang boleh dicuba saat mengalami sengugut. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kesakitan tersebut,

Mendengar Lagu - Sekiranya berasa susah untuk tidur kerana rasa sakit sengugut,cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu. Mendengar lagu dapat membuatkan diri dan minda berasa tenang dari emosi dan perasaan marah akibat rasa sakit yang dialami.

Mandi Air Panas - Cubalah mandi dengan air panas atau suam. Ini kerana haba yang panas dapat membuatkan pengaliran darah ke arah bahagian pelvis berjalan lancar. Sekaligus ia membantu menenangkan otot kejang akibat sakit sengugut.

Tidur - Jalan mudah untuk melupakan sakit sengugut yang terjadi. Setelah bangun dari tidur, badan akan berasa segar dan bertenaga. Sekaligus kesakitan yang dialami reda dengan segera.

Minum Teh Halia Atau Kayu Manis -  Cuba ambil minuman panas yang berasaskan herba.Kerana minuman panas dapat mengurangan kekejangan. Umum mengetahui halia sangat bagus untuk menghilangkan rasa sakit manakala kayu manis berfungsi sebagai anti-radang yang dapat mengurangkan kekejangan di bahagian uterine.

Makan - Kebiasaannya apabila sengugut berlaku,kita akan cenderung untuk makan. Ia disebabkan badan kita menggunakan lebih kalori sewaktu sengugut dan adanya ketika menstruasi. Peningkatan penggunaan kalori tersebut membuatkan badan membakar lebih banyak kalori dan membuatkan berasa cepat lapar. Oleh itu, makanlah apa sahaja kerana ia dapat membuatkan rasa sengugut berkurangan. sumber - majalah EH


Jom Latih Otak Supaya Kreatif Dan Lebih Sihat

Jom Latih Otak Supaya Kreatif Dan Lebih Sihat. Bagi pelajar mempunyai otak dan minda cergas adalah perlu bertujuan untuk menjana kekuatan emosi dan fizikal mereka dalam pembelajaran. Begitu juga buat mereka yang bekerja memerlukan otak yang sihat dan kreatif.

Otak kreatif dan sihat amat baik agar kita lebih fokus dan kemampuan untuk mengingati pelbagai perkara.

Selain itu, otak perlu dijaga agar dapat berfungsi dengan sebaiknya. Jadi jom kita latih otak supaya kreatif dan lebih sihat. Bagaimana?


1. Pola Hidup Sihat & Makanan Sihat

Dalam kehidupan kita digalakkan menjalani kehidupan yang sihat dan pengambilan makanan yang sihat lagi berkhasiat. Makanan seperti buah-buahan dan sayuran dapat membantu otak bekerja secara optimal dan lebih cepat. Tidur juga perlu secukupnya agar tubuh segar setiap hari agar gerak otak kerja menjadi lebih baik. Makanan seperti ikan juga amat baik untuk otak keranan ia mengandungi Omega 3.

2. Melatih Otak

Tahukah anda dengan membaca dapat melatih fikiran. Membaca akan membuatkan otot-otot otak membentuk dengan sempurna.Selain itu bermain games di komputer atau smartphone juga dapat membantu.

3. Bersenam secara teratur

Bersenam selain untuk melatih tubuh, bersenam juga bagus untuk kesihatan otak. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit akan membantu meningkatkan pemprosesan informasi dan fungsi memori serta saraf otak. Jadi apabila anda ingin melakukan sesuatu dengan cepat, tahap kebimbangan juga meningkat dan tubuh akan bertindak cepat. Sekaligus membuatkan anda berfikir dengan pantas

Jom Latih Otak Supaya Kreatif Dan Lebih Sihat

4. Dapatkan Istirahat & Tidur Yang Mencukupi

Tidur yang cukup dapat mengaktifkan semula sel-sel otak sehingga otak dapat menyerap dan mempelajari sesuatu lebih dalam dan lebih banyak. Oleh yang demikian, peningkatakan kemampuan seperti ini dapat mempengaruhi tingakt kecerdasan seseorang

5. Kurangkan Bergantung Pada Gadget

Gadget merupakan barang penting masa kini. Ramai menggunakan gadget selain berhubung adalah untuk membaca email dan chat sampailah mengingati sesuatu yang penting. Oleh itu seeloknya adalah cuba kurangkannya dan cuba ingat sesuatu perkara dengan menggunakan otak sendiri. Apabila mengingati sesuatu perkara bergantung pada gadhet akan membuatkan otak menjadi malas berfikir. Sumber >>> wom.my


Selasa, September 26, 2017

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita. Assalamualaikum.. sejak kebelakangan ni banyak juga zaza baca kisah macam-macam penyakit melanda wanita hari ini.Takut juga rasa. Semua orang nak sihat kan. Terutama masalah kitaran haid, jamgkitan kuman, penuaan, dan lain-lain.

Jadi zaza pun ambil pendekatan untuk mencuba produk minuman baru yang diperbuat dari Kurma Hitam dan Madu Asli.

Produk baru tersebut adalah Minuman Botanical DEA DELLA yang diformulasikan untuk semua golongan wanita bagi meningkatkan kecantikan dan penjagaan kesihatan dalaman secara semulajadi

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

KENAPA PERLU MEMILIH MINUMAN DEA DELLA?

Minuman DEA DELLA merupakan minuman istimewa sebagai minuman pengikat & pemikat suami. Malah minuman DEA DELLA ini dihasilkan dari bahan semulajadi oleh mereka yang pakar dalam bidang botanikal serta kepakaran melebihi 30 tahun. Jadi semestinya produk ini amat berkualiti.

Produk minuman ini juga melalui pergilangan bertaraf GMP ( Good Manufacturing Practise ) serta HALAL


Alhamdulillah...sudah seminggu zaza mengambil minuman DEA DELLA untuk memberikan tenaga kepada zaza. Maklumlah bekerja ni memang kadangkala badan letih dan mengantok.

DEA DELLA dirumus dari bahan seperi Kurma Hitam, Madu Asli, Akar Serapat, Kacip Fatimah, Manjakani, Sireh, Rumput Jarum Emas, Serai, Habbatussauda, Asam gelugur, Asam Jawa, Halia, Lengkuas, Lada Pintal,Vitamin C, Vitamin B6, Vitamin B12, Kolagen Marin dan Glutation.

Setiap bahan yang terkandung didalamnya mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang amat baik dalam membantu merawat masalah dalaman wanita.


KELEBIHAN DAN KEBAIKKAN DEA DELLA

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Rasa just minuman DEA DELLA ni seperti jus kurma dan amat sedap sekali. Didatangkan dengan botol berkuantiti 250ml. Walaupun kecil produk minuman ini amat bagus.

Apa yang wanita masa kini akan dapat sebaik sahaja meminum DEA DELLA ni...?

Berikut kelebihan dan kebaikkan DEA DELLA

* Menstabilkan hormon wanita
Memberikan kesan penegangan dan keindahan yang istimewa pada payudara
Memberikan kesegaran dan kemantapan pada bahagian intim wanita
menguatkan otot faraj dan mengecutkan rahim
Membantu menyelesaikan masalah keputihan ( bersifat antifungus )
Mengurangkan sengugut
Menghilangkan masalah perut buncit
Memberikan sumber tenaga dan meningkatkan kecergasan tubuh
Mengembalikan pelincir pada wanita
Merawat luka dalam perut dan pembedahan ( sangat baik untuk wanita selepas bersalin - dinasihat selepas 14 hari bersalin )
Menambah kolagen dalam badan
Mengurangkan kedutan halus pada wajah
Menjadikan kulit lebih halus dan licin serta menaikkan seri wajah
Mengurangkan gejala Pra-monopouse
Mengurangkan bau badan dan mulut
Membantu mengatasi masalah sengal tulang dan sendi terutama warga tua
Meningkatkan kesuburan wanita

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

CARA PENGAMBILAN DEA DELLA

Pengambilan DEA DELLA senang je.. Seelokknya diambil 15 minit sebelum makan dan minum. Elakkan sudu berlogam sebaliknya guna sudu plastik.

Bagi wanita dewasa
1 sudu sehari

Bagi golongan remaja
1 sudu sehari

Minuman Botanikal Dea Della Untuk Kesihatan Wanita

Jadi sesiapa sesiapa berminat nak mencuba dan mendapatkan produk minuman DEA DELLA ni..boleh terus menghubungi zaza di facebook

Facebook : Zaza Iman
Facebook Page : https://www.facebook.com/zazaimandotcom/


Ahad, September 24, 2017

Makanan Manis Tapi Sihat?

Makanan Manis Tapi Sihat? Makanan manis sememangnya perlu dikurangkan terutamanya yang ditambah dengan gula. Namun ada juga makanan manis yang menyihatkan iaitu makanan manis secara semulajadi.

Tahukah anda makanan yang mengandungi banyak gula adalah jenis karbohidrat sederhana dimana ia sangat mudah dipecah dan dicernakan menjadi gula di dalam darah. Akibat dari itu gula yang diambil dengan banyak, paras gula akan meningkat naik dalam tubuh sekaligus menjadikan seseorang itu mengantuk, lemak berlebihan dan juga susah untuk bernafas.

Bagaimanapun makanan manis secara semulajadi pula karbohidrat kompleksnya menjadi lambat dicerna menjadi gula di dalam darah. Oleh itu gula dalam darah akan tetap stabil.

Bagi memastikan tubuh sentiasa sihat walaupun ketika itu anda mengambil makanan dan minuman manis, ada beberapa tip yang boleh dilakukan iaitu dengan memilih makanan yang mempunyai rasa manis semulajadi. Contohnya adalah buah-buahan segar. Bagi mencuba sedikit kelainan, cuba jadikan ia jus tanpa gula atau tambahkan sedikit susu krim atau ais batu.

Selain itu, anda boleh juga menggunakan madu sebagai penganti. Buah-buah kering tanpa diawet dengan gula juga amat sesuai seperti pemgambilan buah ceri, buah apricot dan kismis. Buah-buah seperti ini mempunyai rasa manis semulajadi dan sesuai dijadikan snek yang sihat.

Makanan Manis Tapi Sihat?

Buah Beri

Buah beri mempunyai banyak jenis seperti beri biru, beri hitam dan strawberi. Buah ini rasanya manis dan mengandungi jumlah gula semulajadi. Beri juga mempunyai kandungan rendah lemak. Strawberi pula adalah sumber yang sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Manis Tapi Sihat?

Buah Sitrus

Buah-buahan sitrus adalah seperti oren, tangerin dan pummelos. Buah-buahan ini adalah gula semula jadi yang tinggi walaupun limau gedang mengandungi sedikit. Buah-buahan sitrus mengandungi 40-53 kalori dan kurang daripada 1 gram lemak per 3 auns.

Makanan Manis Tapi Sihat?

Madu

Madu amat meluas penggunaannya dan sihat kerana struktur komponen-komponennya walaupun madu mengandungi glukosa dan fruktosa. Madu kurang berkemampuan untuk menukar kepada lemak. Madu juga sebagai antioksidan yang dapat melindungi daripada penyakit. Contohnya madu tualang yang mempunyai manfaat untuk perlindungan payudara dan kanser serviks. Sumber >>> dara karangkraf

Khamis, September 21, 2017

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang. Kulit wajah yang tidak dijaga bukan sahaja boleh mendatangkan masalah jerawat dan jeragat tetapi juga boleh menghilangkan seri wajah.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seri wajah kian pudar dan hilang. Jom kita tengok puncanya.. mungkin kita juga ada melakukan nya.

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

1. Kurang minum air

Apabila badan kurang air, secara tak langsung ia akan membuatkan kulit menjadi kusam serta tidak bermaya. Oleh itu, keadaan ini membuatkan cepatnya berlaku proses penuaan. Jadi disarankan untuk minum banyak air.

2. Kurang membuat senaman

Senaman merupakan cara yang baik untuk sihat dan cantik. Akibat kerja dan tiada masa bersenam akan memberikan kesan kepada peredaran darah dan oksigen kepada sel kulit . Keadaan ini membuatkan kulit menjadi tidak bermaya. Oleh itu latihlah diri agar sentiasa melalukan senaman kerana peluh yang keluar dapat menggalakkan pembuangan toksik.

3. Gaya hidup yang tidak sihat

Kurang tidur, masalah tekanan dan merokok juga boleh menyebabkan  seri wajah hilang. Mungkin ada yang beranggapan ia adalah perkara biasa namun gaya hidup sebegini boleh memberi kesan kepada penampilan mereka.

4. Kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari berbahaya

Walaupun kita memerlukan cahaya namun jika terlalu terdedah boleh merosakkan kulit seperti sinaran UV yang boleh menyebabkan sel kulit rosak dan jeragat.

5. Kurang makan buah dan sayur

Pengambilan buah dan sayur amat penting untuk kecantikan. Apabila kurang atau jarang mengambil buah dan sayur-sayuran ia boleh menjadikan kulit kelihatan kusam kerana kekurangan vitamin B2, C dan E serta potassium.

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

6. Pengambilan gula yang banyak

Makan makanan yang mengandungi gula berlebihan juga adalah punca kpada kerosakan kolagen kulit dan ia membuatkan kulit menjadi kendur.

7. Makeup yang terlalu tebal

Makeup yang terlalu tebal akan membuatkan kulit tidak dapat bernafas. Hal ini boleh menyebabkan liang pori tersumbat sekaligus menggalakkan pertumbuhan jerawat dan proses penuaan yang cepat.

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

8. Mengambil garam terlampau banyak

Pengambilan garam yang berlebihan dan terlalu banyak membuatkan garam menyerap keluar lembapan pada kulit dan ia menjadikan kulit menjadi kusam dan kering. Sumber >>> Jelita.com