Selasa, September 19, 2017

Tanda-Tanda Mati Dalam Husnul Khotimah


Tanda-Tanda Mati Dalam Husnul Khotimah. Zaza suka dengan ayat dalam sebuah buku motivasi dari Dr. Tuah Iskandar al Haj. Petikan berbunyi..

Kita Disuruh ingat selalu, kalau bernafas pagi hari, jangan ingat mesti sampai ke petang.Kita kan ibarat pemgembara.Tak selamanya berada disitu, tiba masanya akan berangkat jua.

Maksudnya kita semua akan pergi, pergi meninggalkan dunia dan entah apa yang akan terjadi di " sana " nanti.

Moga-moga mati kita nanti dalam Husnul Khotimah. Kita kena minta dan kena cari.

Tanda-Tanda Mati Dalam Husnul Khotimah

Antara tanda-tanda kematian dalam Husnul Khotimah - ( Dr.Tuah Iskandar al Haj : Buat Jangan Tak Buat )

1. Mengucap 2 kalimah syahadah ketika meninggal dunia

Rasulullah saw bersabda : sesiapa yang akhir kalimahnya mengucapkan Lailaahailallah maka dia dimasukkan ke dalam syurga ( Hakim )

2. Meninggal ketika dahinya berkeringat

Rasulullah bersabda : Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat di dahinya ( Ahmad An-Nasai, at - Tarmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim,dan  at- Thayalusi dari Abdullah bin Masud )

3. Mati pada malam Jumaat

Rasulullah saw bermaksud : Tidaklah seorang muslim itu wafat pada hari jumaat atau pada malam jumaat kecuali pastilah ALLAH menghindarinya dari seksa kubur ( Ahmad )

4. Mati syahid di medan perang

Tanda-Tanda Mati Dalam Husnul Khotimah

5. Mati dalam peperangan Fisabilillah

Rasulullah bersabda : Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? mereka menjawab : Wahai Rasulullah, yang kami anggap sebagai mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh.

Maka Rasulullah menjawab : Sesiapa yang terbunuh di jalan ALLAH, yang mati sedang berjuang di jalan ALLAH, dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut ( penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar dan sejenisnya ), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam ( Muslim, Ahmad dan al- Baihaqi )

6. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak

7. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak

Siapa yang mati kerana mempertahankan hartanya ( dalam riwayat lain : sesiapa yang menuntut hartanya yang dirampas lalu dia terbunuh ) adalah syahid ( Bukhari, Muslim, Abu Daud, an -Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad )

8. Mati dalam membela agama dan jiwa

Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya. dia mati syahid. siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid. sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya ), dia mati syahid dan siapa yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.

9. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh

Hanya beberapa tanda yang saya kongsikan disini, Moga-moga kita semua nanti mati dalam keadaan Husnul Khotimah.Penghujung yang baik.



Ahad, November 27, 2016

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur. Percutian 2 hari zaza baru ni adalah menikmati keindahan alam menghijau. Zaza memang suka dengan alam. rasa tenang.  So baru-baru ni semasa bercuti di Kuala Lumpur, zaza sempat datang ke Taman Eco Rimba di KL. Taman Eco Rimba ni adalah sebuah hutan simpan yang terletak di Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Zaza tiba dalam jam 110 pagi lebih. So suasana redup.. best je rasa. Tambahan lagi kat sini boleh juga buat sesi fotografi. 

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Sempat bergambar di atas jambatan gantung Taman Eco Rimba

Bila dah tiba di Taman Eco Rimba, perkara pertama adalah terus ke bahagian kaunter dan terus masuk je tempat ni.. free. tak perlu bayar apa-apa. dan misi menjelajah pun tiba..

Bagi zaza, ia adalah lokasi yang sangat best untuk melihat kehidupan tumbuh-tumbuhan.

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Dihadapan pintu masuk Taman Eco Rimba Bukit Nanas

Berjalan-jalan sekejap terus nampak jambatan. Agak teruja nak naik. Menang agak letih jugak menaiki tangga berpusing-pusing. Siap berpeluh-peluh lagi. Walaupun sampai ke tengahari dan cuaca panas..bagi zaza tak kisah. Asalkan happy bila dapat melihat suasana yang cukup mendamaikan ini.

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Amboi.. sempat lagi tu buat sesi fotografi kat sini..terima kasih buat jurugambar yang melayan kerenah zaza..

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur


Untuk pengetauan semua, Taman Eco Rimba ini cukup kaya dengan hidupan flora dan fauna. Ia merupakan sebuah kawasan Warisan Hijau Malaysia di Kuala Lumpur.

Hutan Taman Eco Rimba ini dikelaskan sebagai Hutan Dipterokarpa Pamah. Ini kerana Taman Eco Rimba mempunyai pelbagai spesis hidupan yang terdiri daripada Dipterokarpa dan Bukan Dipterokarpa.

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Antara spesis Dipterokarpa adalah seperti Meranti Tembaga,Meranti Pa'ang, Meranti Kepong, Meranti Seraya,Meranti Batu, Keruing Bulu, Kapur dan merawan Siput Babi.

Manakala spesis Bukan Dipterokarpa  ialah Jelutong, Pulai, Kedondong dan Karas.

Banyak juga spesis-spesis yang zaza tak kenal. Pun begitu ia adalah satu ilmu yang baru zaza ketahui.

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Cantiknya keindahan alam yang menghijau..

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Rasa nak pergi memanjat tangga lagi..

Taman Eco Rimba ini cukup unik kerana ianya merupakan satu-satunya hutan tropika dimana ia masih wujud di tengah bandar.

Ia juga meupakan satu kawasan hutan simpanan kekal yang tertua di Malaysia. Walaupun zaman telah banyak berubahan, keaslian hutan ini masih terpelihara.

Bagi zaza..kawasannya cukup terjaga dan besih.

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Buat pengetahuan pembaca blog zaza yang bertanya di mana kawasan Taman Eco Rimba ni?ia terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di antara jalan Ampang dan Jalan Raja Chulan. Ia diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal pada tahun 1906. Taman Eco Rimba mempunyai keluasan 17.50 hektar dan sehingga kini ia mempunyai keluasan lebih kurang 9.3 hektar.

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Lima langkah mudah menyelamatkan hutan..

Bagi yang ingin masuk ke sini, untuk ingatan bersama adalah hendaklah mematuhi arahan papan tanda yang telah disediakan. kenderaan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.

Sekiranya mahu masuk ke kawasan tertutup seeloknya hendaklah menggunakan khidmat jurupandu.. Bagi yang ingin mendaki dan bermalam pula perlu membuat permohonan.

Pastikan menjaga keselamatan dan harta benda sendiri. Sekiranya hilang pihak Taman Eco Rimba tidak bertanggungjawab.

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
letih jugak la berjalan..berpeluh-peluh

Ada juga perkara-perkara yang tak boleh dilakukan sepanjang berada di kawasan Taman Eco Rimba ini.. antaranya seperti membuang sampah sesuka hati di kawasan merata tempat, memancing dan menebang atau menoreh pokok. Membuat vandalisme, membawa binatang peliharaan, melakukan perlakuan sumbang, memberi makanan kepada hidupan liar dan memburu.

Sila patuhi arahan yeee... :)

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Melihat seorang abang ni melukis..cantik sungguh. Sempat bersembang sekejap.

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Antara tumbuhan yang terdapat di kawasan Taman Eco Rimba

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Posing ala-ala seorang model... ;p

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Beberapa ekor monyet bermain bersama-sama kawannya..tak ajak zaza pun kan nyettt

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur

Taman Eco Rimba - Hutan Simpan Bukit Nanas Kuala Lumpur
Sebelum pulang..turunkan tandatangan, nama dan sedikit nota di dalam buku pelawat

Bagi yang ingin ke sini bolehlah datang dengan kenderaan sendiri atau menaiki pengangkutan awam. Terdapat bas dan teksi untuk korang ke Taman Eco Rimba. Untuk sampai ke sini adalah melalui Jalan Ampang, Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan.

WAKTU LAWATAN :

Bermula pukul 7.00 pagi sehingga 7.00 petang setiap hari
Pusat Maklumat dibuka bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang

Masuk adalah PERCUMA

Antara kemudahan yang disediakan disini seperti Surau, Tandas, Track, Pondok, Pusat Maklumat, Padang dan Dewan. 

Manakala antara tarikan yang terdapat di Taman Eco Rimba adalah seperti Taman herba,hidupan liar, trecking,denai, burung dan lain-lain.

Untuk keterangan lanjut mengenai Taman Eco Rimba boleh la menghubungi

JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA
Forestry Department Peninsular Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur

Tel : 03 2026 4741
Faks : 03 2692 5657
Careline : 1-800-88-5776


Rabu, November 23, 2016

Kuala Lumpur Upside Down House

Kuala Lumpur Upside Down House. Selepas penat naik turun tangga melawat Hutan Simpan Taman Eco Rimba [klik] zaza terus melihat satu lagi tempat iaitu Kuala Lumpur Upside Down House ( Rumah Terbalik Kuala Lumpur )

Kuala Lumpur Upside Down House ni baru dibuka..Ini adalah rumah terbalik pertama yang ada di Kuala Lumpur dan ia dikatakan tertinggi di Malaysia kerana ada 2 tingkat.

Mudah je nak kesini kerana  Kuala Lumpur Upside Down House terletak berhampiran Menara Kuala Lumpur - KL TOWER.

Masa ke sini zaza hanya sempat mengambil gambar di luar kawasan je.. tak sempat nak masuk kerana perlu segera ke tempat lain.

Beberapa koleksi gambar sempat diambil semasa zaza berada di sana.

Kuala Lumpur Upside Down House
Bergambar dekat signboard luar Kuala Lumpur Upside Down House

Kuala Lumpur Upside Down House
Dihadapan sebuah rumah yang terbalik.. cantik sangat dengan sentuhan warna yang menceriakan

Kuala Lumpur Upside Down House
Cantik sangat kawasan rumah ni.. 

Kuala Lumpur Upside Down House
Kereta Morris 1974

Sebaik tiba disini dan untuk masuk, korang perlu melalui bawah pintu gerbang kereta Morris 1974 yang diletakkan terbalik.

Mengikut sumber dari facebook Kuala Lumpur Upside Down House, kereta Morris 1974 ini adalah original ( classic) dan bukannya plastik. Bagaimanapun semua peralatan kereta tersebut telah ditanggalkan.

Kuala Lumpur Upside Down House

Kuala Lumpur Upside Down House

Kuala Lumpur Upside Down House
Rasa macam model pulak.. ;p

Apa yang boleh korang buat dekat sini adalah mengambil gambar, mengambil video dan juga rumah ini betul-betul terbalik bukan shoplot.

Memandangkan zaza tak masuk ke dalam, so tak dapatlah zaza nak kongsikan gambar bahagian dalamnya. Pun begitu korang boleh je tengok banyak lagi gambar di facebook rasmi Kuala Lumpur Upside Down House

Bagi yang nak datang..boleh la ke sini bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi sehingga 7.00 malam

HARGA TIKET MASUK

Dewasa : RM15.00 sahaja ( MYKAD )
Kanak-kanak : RM10.00 sahaja ( MYKAD )

Dibuka setiap hari dari ISNIN sehingga AHAD


Selasa, Mei 03, 2016

Menerima Pasangan Seadanya


Menerima Pasangan Seadanya. Rakan-rakan tentu tahu zaza memang suka berkongsi cerita dari buku dan bahan bacaan yang menjadi koleksi zaza. Apa lagi kalau bukan buku motivasi Dr.Tuah Iskandar. Setakat ni ada 11 buah dia yang zaza simpan. Ada yang hilang. Dah lama sangat saya tak beli buku keluaran terbaru...ermm lama sangat tak keluar bandar..

Baiklah, bercakap tentang menerima pasangan seadanya tentulah tentang suami isteri. Tapi boleh juga tentang tunang dan kekasih.

Boleh terima seadanya? boleh? Alah apa nak berkira sangat? Hidup kat dunia ni bukan lama pun. Hidup yang kekal abadi kan kat akhirat?Kat sini kan persinggahan je. Apa nak kira sangat soal lawa ke tak lawa. Dah tua nanti tak lawa juga. Bahkan kalau pasangan lebih lawa dan hensem kadang-kadang lebih menyusahkan.. ( kredit - buku Dr.Tuah Bukan Main Lagi )

Kalau alasan utama cantik, tak mustahil awak berpisah dengan dia. Tak terpisah secara fizikal pun secara mental.

Menerima pasangan seadanya

Oleh sebab tu, kita hendaklah menerima pasangan kita seadanya. Anggap lah dia jodoh yang terbaik buat kita. Siapa yang tentukan jodoh kita? ALLAH kan? ALLAH yang tentukan jodoh kita, tentulah dia yang terbaik buat kita kan. Tapi kalau berlaku pergaduhan, pergolakan hidup itu sebab salah kita. Salah kita bertindak dan salahlah hasil kita dapat.

Kata Dr.Tuah lagi, terimalah pasangan seadanya. Kalau dia semakin lama tak cantik, awak pun apa kurangnya. Kalau dia mula sakit, awak pun akan dapat juga. Kalau dia mula menyampah, entah-entah anda dulu yang tunjukkan. Sifir kehidupan begitulah..

Bagi yang dah bertunang, hargailah susah payah orang sehingga anda boleh bertunang. Pada orang yang berkahwin pula, terimalah dengan matlamat bahawa hidup adalah menuju keredhaan Allah.

Menerima pasangan seadanya

Daripada Anas Bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w bersabda :

Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari jumaat. Angin bertiup sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka. Menyebabkan muka dan pakaian mereka bertambah cantik. Ketika mereka pulang ke rumah, isteri mereka bertambah cantik dan indah.

Kata mereka kepada isteri mereka, Engkau sungguh-sungguh cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku. Jawab isteri, Engkau demi ALLAH sungguh tambah tampan dan pakaianmu indah sekembalimu.. ( Muslim )

Haaa...kan, hidup adalah untuk akhirat. Tak mengapa kalau kat dunia ni tak berapa lawa dan cantik. Tapi kat 'sana' nanti kembali muda.

Oleh itu, terimalah pasangan seadanaya... dan semoga kita semua bahagia di dunia dan juga akhirat hingga selamanya..

Sumber dan rujukan : Buku motivasi Dr.Tuah Iskandar, Bukan Main Lagi ( Tajuk Menerima Pasangan Seadanya )




Ahad, Disember 20, 2015

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part I. Assalamualaikum... dah lama rasa tak bercuti dengan family..so kali ni zaza bersama abang, kak ipar dan family kak ipar berpeluang bercuti selama 3 hari di Melaka dan Negeri Sembilan.. dapat juga release tension dan rasa letih..

So first yang kami pergi sebaik tiba di Melaka adalah Taman Rama-Rama. Jam 10 pagi je kami dah terpacak di depan pintu gerbang ni..kemudian terus beli tiket masuk.. sebaik melangkah masuk... rasa tenang dan mendamaikan..cantik pemandangan kawasan..

Untuk pengetahuan korang, Taman Rama Rama ini terletak bersebelahan pintu masuk ke Melaka melalui Plaza Tol Ayer Keroh. Kat sini terdapat lebih 200 spesis serangga dan lebih 400 spesimen serangga. 

So jom tengok sebahagian gambar-gambar yang dirakam di sana...

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part
Pintu Masuk Utama

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part
Melangkah Kaki Melihat Keindahan Ciptaan Ilahi...

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part
banyak gila rama-rama dan korang boleh siap usap dan pegang lagi...

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part
Pelbagai spesies ikan.. oummm ni kalau mancing ni best...mehmeh

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part
Kala jengking, cicak spider dan lain-lain...

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part
Ular,lipan, spesies tumbuhan dan lupa dah binatang apa satu lagi tu namanya... badannya macam batu.. pandai menyamar...ingatkan patung..

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part
aligator, ladang kopi dan kawasan pelbagai spesies ular...

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part
Spesies katak hijau...

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part

Percutian Di Taman Rama-Rama Melaka Part

So buat korang datang ke Melaka..boleh la singgah.. dibuka setiap hari.. Harga bayaran masuk:
      
Operating hours8:30am to 5:30pm
Adult RM18.00* per person
Child (3 - 12 years old)RM12.00* per person


Lokasi Lebuh Ayer keroh, 75450 Melaka. Sebarang pertanyaan boleh hubungi ( 606 ) 232 0033

Isnin, Disember 29, 2014

10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang

10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang. Ada lelaki hidupnya senang. Stabil orang kata. Kerjaya pun bagus.Ekonomi kukuh. Bak kata, harta dah berlonggok-longgok beranak pinak tak habis makan. Tapi tak kahwin-kahwin juga.

Kata Dr.Tuah, hai tak kan nak tunggu orang perempuan datang meminang pulak.

Mengikut pergaulan Dr.Tuah dengan golongan ini, terdapat beberapa sebab mengapa lelaki memilih untuk membujang.

1. Memang tiada nafsu pada wanita
2.Ada pengalaman pahit dalam bercinta. Mungkin ditinggalkan kekasih
3.Dilahirkan dalam keluarga porak peranda atau pernah melihat kekejaman ayah terhadap ibunya
4.Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berkahwin
5.Takut tidak bahagia apabila berkahwin nanti
6. Tidak mempercayai golongan wanita
7.Merasakan diri bebas dan selesa hidup seorang diri
8.Terlalu sibuk dengan pelajaran atau kerjaya
9.Takut tidak boleh perform sebagai suami dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya
10.Menulah pihak lain. Misalnya sebab engkau tidak kahwin dengan aku, sampai bila-bila aku tak kahwin.Padan muka engkau ( sepatutnya padan muka aku!)

10 Sebab Lelaki Memilih Untuk Membujang

Bukan takat laki je, saya dulu pernah berfikir begini sampai pernah kata saya tak kahwin pun tak apa. Jadi adartu pun tak kisah. Tapi sekarang tak dah fikir begitu. Hati mau kahwin maa, nak ada laki heee...

Alasan kesebelas dari Dr.Tuah yang disimpan iaitu " tidak laku "

Memang betul setiap orang ada alasan mereka untuk berkahwin atau membujang.


Namun sabda Rasulullah :

Tidak ada Rahbaniah di dalam Islam (iaitu hidup membujang sampai ke akhir hayat )

Memang ada lelaki yang asalnya sempurna menjadi gila selepas kahwin. Tapi lihat juga berapa ramai lelaki yang dulu tidak sempurna selepas berkahwin menjadi orang yang berjaya dan dihormati.

Sebab itu wanita penting dalam kehidupan lelaki. Dan sebab itu juga wanita adalah insan ke dua yang ALLAH ciptakan selepas Nabi Adam a.s. Sumber dan rujukan >>> Membina Hati Bahagia ( Dr.Tuah Iskandar al Haj )


Ahad, Jun 08, 2014

Amalan Harian Rasulullah Saw

Amalan Harian Rasulullah Saw. Berikut adalah beberapa amalan yan dilakukan oleh Rasulullah SAW dan menjadi sunnah bagi kita umatnya untuk mengikuti.

Senyum

Ia merupakan satu sedekah. Daripada Abdullullah bin Al-Harist r.a katanya, tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW ( Riwayat At - Tarmizi )

Berjalan

Ali bin Abi Talib berkata, Apabila Rasulullah SAW berjalan, tubuhnya tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai ( Riwayat Tarmizi & Hakim )

Amalan Harian Rasulullah Saw

Berkata

Anas Ibnu Malik r.a berkata bahawa Rasulullah SAW mengulangi perkataan baginda tiga kali supaya difahami ( oleh pendengarnya ) ( Riwayat Tarmizi & Hakim )

Makan

Ka'ab bin Malik r.a berkata, Rasulullah SAW makan menggunakan ketiga jari baginda.Selepas makan baginda menjilat ketiga-tiganya. ( Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad )

Minum

Menurut Ibnu Abbas r.a katanya, Ketika Rasulullah SAW minum, baginda menarik nafas dua kali. ( Riwayat Tarmizi & Abu Syaikh

Ketawa

Abdullah bin Harith r.a berkata, Tawa Nabi Muhammad SAW hanyalah senyuman ( Riwayat Tarmizi )

Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya Rasulullah SAW mendahulukan yang kanan dalam segala hal ( perbuatan ) seperti berwuduk, bersikat dan mandi ( Riwayat Muslim )

Sumber dan rujukan : Majalah ASUH bil 186





Selasa, Mei 20, 2014

Rezeki Kita Macam Mana Boleh Bertambah


Kredit Gambar - CasheeFoo

Seseorang manusia itu dilambatkan rezekinya oleh Allah bila dia sering melambat-lambatkan solat fardu.

Anas Bin Malik r.a katanya, Rasulullah Saw bersabda :

Sesungguhnya apabila orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. Sedangkan orang mukmim, pahala kebajikannya disimpan Allah SWT untuknya di akhirat kelak serta serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya. ( Muslim )

Haa, nampak tak? Kata Dr.Tuah dalam bukunya,  Maknanya yang diberi rezeki itu mudah apabila mereka taat.

Misalnya bos suruh angkat kotak, adakah kita berlengah atau terus angkat? Kalau lengah-lengah ada harapanlah dilengahkan naik pangkat dan naik gaji.

Contohnya solat, waktu sudah masuk, tapi duduk kat sofa dulu, tengok tv sekejap, sampai waktu nak habis, barulah nak solat.

Orang macam ni adalah orang yang akan dilambat-lambatkan rezekinya oleh Allah SWT.

Kata Dr.Tuah, nanti orang kata saya tak macam tu sebab saya makan gaji. Cukup bulan gaji masuk.Saya sembahyang awal ke, lewat ke malah tak solat langsung ke, rezeki tetap ada.Apa nak sibuk?

Haaa...betul lah, tapi rezeki tak semestinya duit.Rezeki boleh bermacam-macam. Contohnya ketenangan, kedamaian pun rezeki juga.

Jadi jom kita baiki waktu solat kita. Mudah-mudahan rezeki sentiasa mengejar kita.

Rujukan Buku Bukan Main Lagi - Dr. HM Tuah Iskandar al Haj




Isnin, Mei 19, 2014

8 Tip Meraih Cinta Allah


8 Tip Meraih Cinta Allah. Firman Allah SWT :

Wahai Orang Yang Beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh ( urusan ) harta benda kamu dan anak-anak kamu daripada mengingati Allah ( dengan menjalankan perintahNYA ). Dan ( ingatlah ) sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.(al-Munafiqun 63: 9)

Oleh itu, jom kita sama-sama usaha meraih cinta Allah. Saya pun sedang berusaha. Ikuti tip berikut :

1. Baca al-Quran dan faham maknanya
2. Lakukan segala ibadah wajib dan sunat untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT
3. Basahi lidah dengan zikir kepada Allah sebagai tanda kita sentiasa ingat padaNYA
4. Melihat kebesaran yang diciptakan oleh Allah dan kenali sifatNYA
5. Merenung nikmat dan kurniaan Allah yang diberikan kepada kita. Contohnya nikmat siang dan malam yang membolehkan kita belajar dan berehat
6. Bangun pada waktu sepertiga malam untuk melakukan qiamullail, membaca al-Quran dan beristigfar dan bertaubat kepadanya
7. Bersahabat dengan orang-orang yang baik dan sentiasa mengajak ke arah kebaikan
8. Rajin untuk hadirkan diri ke kelas pengajian ilmu seperti ceramah agama - rujukan ASUH bil : 186

Tip Meraih Cinta Allah

Insyaallah, marilah kita bersama usaha mengamalkan tip-tip ini. Mudah-mudahan kita istqamah dalam melakukan perintah Allah SWT dan dan meninggalkan semua laranganNYA.Amin..


Selasa, April 15, 2014

Aku Bercita-cita Menjadi Pendokong Agama Allah



Kredit Gambar - CasheFoo

Suatu hari nanti, daku bercita-cita menjadi pendokong agama Allah
Mencuba dan terus mencuba menjadi yang terbaik disisi-Nya meskipun aku tahu aku tidaklah sempurna.
Suatu hari nanti, daku tidak gentar menjadi 'asing' berada di dalam masyarat yang penuh porak peranda jiwanya
Malah aku akan terus berasa 'izzah' dengan keasingan ku ini
Dan terus mengajak manusia untuk pulang ke jalan yang Allah suka....... ( langitilahi )

Bait ayat ini buat saya sentiasa berfikir. Teringat masa kecil kecil macam-macam nak jadi. Kejap itu kejap ini. Sehinggalah ke dalam remaja.

Kini setelah saya dewasa, saya sedar sesuatu tentang kehidupan yang saya lalui. Alangkah baik jika cita-cita saya itu juga seiring dengan untuk menjadi pendokong agama Allah.

Walaupun saya tidaklah sempurna namun saya sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik. Saya pasti anda juga begitu.

Andai saya punya anak kelak, saya juga ingin mendidik dia untuk sentiasa mengajak manusia kembali pada Allah..Insyaallah..


Rabu, Januari 15, 2014

Pemilik Blog Yang Dilaknat

Pemilik Blog Yang Dilaknat.  Zaza tertarik dengan satu tajuk yang terdapat dalam sebuah buku motivasi Bukan Main Lagi dari Dr.Tuah Iskandar al Haj. Tajuk  tersebut adalah " Pemilik Blog Yang Dilaknat "

Jadi disini zaza kongsikan kisah  apa yang menarik dalam buku ini..

Kurang-kuranglah mengutuk orang. Sebab Rasulullah s.a.w bersabda

Sesungguhnya apabila manusia itu melaknat sesuatu, maka laknatnya itu akan naik ke langit, lalu pintu akan ditutup supaya ia tidak akan dapat naik.

Kemudian

Laknat itu akan turun ke bumi, lalu pintu bumi tertutup dari dimasuki. Laknat itu mencari kiri dan kanan. Ia tidak menjumpai jalan haluan.

Lalu laknat itu kembali kepada orang yang dilaknat sekiranya orang itu memang layak dilaknat, maka laknat itu akan terkena padanya.

Sekiranya dia bukan ahli yang layak menerima laknat, maka laknat itu akan kembali kepada orang yang melaknat itu semula - ( Abu Daud )

Anda faham??? Kalau tidak sila ulang sekali lagi

Sebagai contoh dalam penerangan Dr.Tuah

Misalnya awak kata si Mamat penipu, alih-alih si Mamat memang tidak penipu. Maka laknat itu kembali kepada awak. Awaklah yang penipu - jelas, terang lagi bersuluh

Pemilik Blog Yang Dilaknat

Wartawan segera pun ramai. Wartawan segera pun banyak jenis.Bila ada blog, si pemilik blog tu merupakan wartawan segera. haaa...buat la dosa banyak-banyak pemilik blog. Tebarlah fitnah dalam blog anda.satu dunia baca.Berjuta manusia baca.Alih-alih apa yang dikatakan dalam blog itu tidak benar. tak ke laknat itu kembali kepada diri si tuan punya blog?

Jadi jom kita jadikan blog sebagai medan untuk kumpul pahala.Guna internet untuk jana pendapatan, kongsi ilmu, sebarkan ilmu...

Pesan Dr.Tuah

Gunakan masa sepenuhnya untuk berjaya dan kaya anda akan jadi insan yang kaya dan berjasa, tapi jika anda gunakan masa sepenuhnya untuk jadi durjana, anda pun boleh jadi sensara dan derita. Nak guna internet untuk jadi jutawan pun boleh sebab dah ada orang buktikan, nak jadikan internet punca muflis pun boleh sebab ramai tengah buat sekarang ni.

Pilihan ditangan kita, jadi bijak-bijaklah buat pilihan. jangan sampai berjuta-juta laknat kembali kepada anda.