Khamis, November 02, 2017

Rutin Penjagaan Badan Dengan Produk Asianic

Rutin Penjagaan Badan Dengan Produk Asianic. Assalamualaikum..hi all…sebenarnya kan orang perempuan ni memang sentiasa nak kelihatan wangi dan cantik sentiasa terutama badan. So kadang tu mesti rasa “ aku nak pakai produk apa ye untuk bagi badan sentiasa wangi,bersih dan cantik’.

So kali ni zaza nak share la dengan korang semua satu rangkaian produk yang korang boleh gunakan iaitu produk penjagaan badan dari ASIANIC.

Rutin Penjagaan Badan Dengan Produk Asianic

Zaza sendiri pun dah cuba tau produk Asianic ni..disebabkan zaza dah cuba ni la zaza nak suggest kat korang semua menggunakan produk ini juga.

Rutin Penjagaan Badan Dengan Produk Asianic

Asianic kalau ada yang masih tak kenal tak apa, zaza jelaskan sikit okey.. Asianic  merupakan jenama produk penjagaan diri yang amat sesuai sekali untuk seisi keluarga. So selain perempuan, lelaki pun boleh pakai.

Khamis, September 21, 2017

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan. Memandangkan foundation zaza dah hampir kehabisan jadi zaza tercari-cari foundation apa lagi untuk dicuba. Zaza memang suka bertukar foundation untuk melihat foundation apa yang sesuai dengan kulit dan bajet.

Foundation yang tahan lama sangatlah penting terutama buat mereka yang sering melakukan aktiviti diluar.

Buat mereka yang pandai makeup tentunya memilliki banyak jenis foundation. Foundation atau alas bedak adalah komponen utama bagi menata rias wajah. Sekaligus membuatkan penampilan lebih sempurna.

Jadi jom kali ni zaza nak share Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan. Ada diantaranya yang telah zaza cuba.

1. ALHA ALFA COSMETICS

Alha Alfa merupakan seorang Mua yang agak popular di Malaysia. Jadi dengan menggunakan namanya sebagai jenama , Alha mengeluarkan foundation iaitu Luminous Silk Foundation. Foundation ini tahan lama dan boleh merawat kulit yang bermasalah.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Terdapat 3 pilihan warna iaitu BRAHEA ( paling cerah ), CASSIA ( medium) dan OKRA ( kulit gelap )

Harga Luminous Silk Foundation RM100 untuk 30ml.

Alha juga turut mengeluarkan satu lagi foundation mampu milik iaitu Royal Propolis Foundation. Foundation ini adalah jenis Matte Finishing,

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Juga didatangkan dengan kod warna iaitu AURI (cerah ), FERVI ( medium ) dan MORRI ( dark )
Royal Propolis Foundation dijual dengan harga RM49.90

2. CPG COSMETICS ( CIK PUAN GOJES )

Foundation ini semakin popular dikalangan Mua. Foundation ini adalah jenis liquid dan amat mudah digunakan dan juga full coverage.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Ia jenis Sheer Glow iaitu teksturnya tidak terlalu pekat. Tidak berminyak dan tahan lama.bagi yang kulit kering juga sesuai menggunakan foundation ini. CPG Foundation Mempunyai 3 Code Warna pilihan iaitu BEAU – Cerah, MAGANDA – Natural dan PRAGTIGE – Gelap

3. ROSETYARA

Foundation Rosetyara menjadi pilihan zaza dan zaza memiliki dua koleksi warna iaitu Lily dan Rose. Foundation ini tahan lama dan paling best sebab full cover. Macam zaza selalu pakai hanya dua titik je dah cukup untuk cover satu muka.

Terdapat 3 kod warna pilihan iaitu Lily (paling cerah ), Rose ( sederhana dan sesuai untuk kulit orang Malaysia), Violet ( untuk kulit gelap ).

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Antara kesan best lain pada foundation Rosetyara ini adalah ia memiliki tekstur foundation yang pekat tetapi ringan apabila dikenakan di wajah. Mengandungi SPF 30 yang dapat melindungi kulit dari sinaran matahari.

Ia tahan lama dan apabila memakai kulit kelihatan glowing. Menjadi pilihan Mua tempatan. Harga bagi sebotol foundation Rosetyara ini adalah RM98.00 ( Saiz besar )

4. NRC COSMETICS ( NUEX ROSLI COSMETIC )

NRC Foundation ini diperkaya dengan Vitamin C dan Honey Bee Venom. Ia amat sesuai digunakan untuk semua jenis kulit.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Mempunyai 4 pilihan kod warna iaitu LIGHT ( cerah ), MEDIUM ( kulit tidak cerah atau gelap sangat ),MEDIUM DARK ( untuk kulit sawo matang ) dan DARK ( untuk kulit gelap ). Harga sebotol RM89.00

5. OKAYA

Menjadi pilihan ramai pengguna. Okaya boleh menggantikan bedak. Ia tahan lama sehingga 12 jam.
Okaya mengandungi Vitamin E dan minyak zaitun untuk merawat masalah kulit seperti jerawat dan jeragat. Mengandungi SPF 30 untuk melindungi kulit dari sinaran UV. Okaya bebas dari bahan kimia dan alkohol.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Selain itu Okaya jugadapat menutup parut jerawat dan jeragat sekaligus membantu menganjalkan kulit serta mengurangkan kedutan

6. COVER UP FOUNDATION SENDAYU TINGGI

Cover Up Foundation sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Ia bertekstur demi-matte iaitu tidak terlalu berkilat dan tidak terlalu matte. Zaza pun baru je menggunakan foundation dari Sendayu Tinggi ini. Agak ringan apabila dikenakan dimuka dan lembut.

Cover Up Foundation dapat menutup cela, parut jerawat dan jeragat. Ia juga tahan lama sehingga 12 jam jika disapukan dengan bedak tabor atau bedak padat.

6 Foundation Local Terbaik 2017 Jadi Pilihan

Sesuai untuk kulit normal, kulit jerawat berminyak dan kombinasi jeragat. Cover Up Foundation mengandungi SPF 25 PA++ yang dapat memberikan perlindungan dari radiasi UVA dan UVB

Harga di website RM37.10

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang. Kulit wajah yang tidak dijaga bukan sahaja boleh mendatangkan masalah jerawat dan jeragat tetapi juga boleh menghilangkan seri wajah.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seri wajah kian pudar dan hilang. Jom kita tengok puncanya.. mungkin kita juga ada melakukan nya.

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

1. Kurang minum air

Apabila badan kurang air, secara tak langsung ia akan membuatkan kulit menjadi kusam serta tidak bermaya. Oleh itu, keadaan ini membuatkan cepatnya berlaku proses penuaan. Jadi disarankan untuk minum banyak air.

2. Kurang membuat senaman

Senaman merupakan cara yang baik untuk sihat dan cantik. Akibat kerja dan tiada masa bersenam akan memberikan kesan kepada peredaran darah dan oksigen kepada sel kulit . Keadaan ini membuatkan kulit menjadi tidak bermaya. Oleh itu latihlah diri agar sentiasa melalukan senaman kerana peluh yang keluar dapat menggalakkan pembuangan toksik.

3. Gaya hidup yang tidak sihat

Kurang tidur, masalah tekanan dan merokok juga boleh menyebabkan  seri wajah hilang. Mungkin ada yang beranggapan ia adalah perkara biasa namun gaya hidup sebegini boleh memberi kesan kepada penampilan mereka.

4. Kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari berbahaya

Walaupun kita memerlukan cahaya namun jika terlalu terdedah boleh merosakkan kulit seperti sinaran UV yang boleh menyebabkan sel kulit rosak dan jeragat.

5. Kurang makan buah dan sayur

Pengambilan buah dan sayur amat penting untuk kecantikan. Apabila kurang atau jarang mengambil buah dan sayur-sayuran ia boleh menjadikan kulit kelihatan kusam kerana kekurangan vitamin B2, C dan E serta potassium.

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

6. Pengambilan gula yang banyak

Makan makanan yang mengandungi gula berlebihan juga adalah punca kpada kerosakan kolagen kulit dan ia membuatkan kulit menjadi kendur.

7. Makeup yang terlalu tebal

Makeup yang terlalu tebal akan membuatkan kulit tidak dapat bernafas. Hal ini boleh menyebabkan liang pori tersumbat sekaligus menggalakkan pertumbuhan jerawat dan proses penuaan yang cepat.

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

8. Mengambil garam terlampau banyak

Pengambilan garam yang berlebihan dan terlalu banyak membuatkan garam menyerap keluar lembapan pada kulit dan ia menjadikan kulit menjadi kusam dan kering. Sumber >>> Jelita.com


Rabu, September 20, 2017

Yarra Xtra C Moisturizer Pilihan Popular Mua Bellaz

Yarra Xtra C Moisturizer Pilihan Popular Mua Bellaz. Siapa tak kenal Mua Bellaz. Mua yang tengah popular di Malaysia hasil sentuhan makeupnya yang tersendiri. Mua Bellaz kerap berkongsi secara “live” solekannya kepada peminatnya.

Zaza juga adalah salah seorang peminatnya. Selain berkongsi live teknik makeup, Mua Bellaz juga turut berkongsi produk-produk makeup yang digunakannya. Salah satu adalah Yarra Xtra C Moisturizer.

Yarra Xtra C Moisturizer Pilihan Popular Mua Bellaz

Jadi memandangkan Yarra Xtra C Moisturizer ni tengah viral di laman social, jadi zaza pun macam biasalah terus membuat pesanan sekotak Yarra Moisturiser ni..

Sebelum ni bila makeup zaza selalu sapu serum muka je.. Tapi bila zaza dah try sendiri sapu Yarra Moisturiser ni.. Nampak solekan zaza smooth dan nak apply foundation pun senang.

Untuk pengetahuan korang juga, Yarra Xtra C Moisturizer bertindak sebagai base makeup atau primer. Korang yang ada kulit kering dan kusam tu memang sesuai la pakai Yarra Xtra C Moisturizer ni. Memang viral sekarang ni dan ramai dah guna. Juru makeup professional pun banyak guna juga.

Bau Yarra Xtra C Moisturizer ni sedap sangat. Macam bau-bau oren. Yarra Moisturiser ini mengandungi Vitamin C, Orange, Cucumber dan Aloe Vera.

Yarra Xtra C Moisturizer Pilihan Popular Mua Bellaz

Kelebihan Yarra Xtra C Moisturizer

1. Membantu merawat kulit yang bermasalah
2. Menjadikan kulit lebih flawless
3. Menghalang sinaran UV berbahaya
4. Membantu memudarkan jeragat
5.  Mencerahkan kulit dan memberi lembapan
6. Mengatasi masalah kulit kering
7. Membantu menghilangkan parut jika digunakan secara berterusan
8. Dapat mengurangkan mintak
9. Mengecutkan jerawat dengan pantas
10. Menambah nutrisi dalam kulit
11. Dapat menghilangkan masalah eyebag

Sejuk je rasa bila pakai dekat muka. Yarra Xtra C Moisturizer selamat digunakan dah telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dan HALAL.

Yarra Xtra C Moisturizer Pilihan Popular Mua Bellaz

Cara gunakan Yarra Xtra C Moisturizer ni senang je..boleh dijadikan sebagai base makeup atau primer. Sebelum makeup tu sapukan sedikit Yarra Moisturiser pada seluruh wajah. Lepas tu baru lah makeup seterusnya.

Yarra Xtra C Moisturizer Pilihan Popular Mua Bellaz
Foto kredit - Mua Bellaz

Kalau korang search info Yarra Xtra C Moisturizer dekat facebook pun banyak maklumat ada.

Mana korang nak dapatkan Yarra Xtra C Moisturiser ni boleh lah beli di Lazada, Agent Sah atau facebook Yarra sendiri.
Facebook : Yarra Beauty Care
Harga sekotak : RM31.00 ( SM ) dan RM35.00 ( Sabah/Sarawak )
Setiap botol mengandungi 50ML

Facebook >>> Mua Bellaz 

Selasa, September 19, 2017

Cara Kekalkan Warna Lipstik dari Pudar

Cara Kekalkan Warna Lipstik Dari Pudar. Alah bencinya bila keluar rumah dan ke majlis-majlis, selepas makan dan minum mesti lipstick cepat pudar dan hilang. Lepas tu mulalah nak kena pakai balik untuk mendapatkan semula warna lipstick di bibir.

Sebenarnya ada beberapa tip yang boleh bantu anda untuk mengekalkan warna lipstik

Jom cuba aplikasikannya!

Cara Kekalkan Warna Lipstik dari Pudar

1.Rajinkan scrub bibir bagi menanggalkan sel kulit mati pada bibir. Lalu sapukan pelembab bibir supaya bibir sentiasa lembab.

2. Sapukan bedak asas atau concealer pada bibir anda. Dengan menyapu bedak asas atau concealer ia berfungsi sebagai base untuk memberikan warna lipstik tahan lama. Gunakan span ketika menyapu agar ia rata dan kemas.

3. Gunakan lip pencil pada garisan bibir. Gunakan warna lip pencil yang lebih gelap daripada warna lipstick. Kemudian barulah oleskan lipstick pada bibir dengan warna kegemaran anda.

Cara Kekalkan Warna Lipstik dari Pudar

Tip:

Untuk memudahkan aplikasi, calit warna lipstik menggunakan berus dan baru oleskan pada bibir.

Jika anda gemarkan lipstik daripada tekstur matte, pastikan anda oleskan pelembap bibir terlebih dahulu untuk mengelakkan bibir merekah.

Perhatikan bentuk bibir yang anda miliki. Sebaiknya hindari menggunakan warna gelap jika anda memiliki bibir yang nipis.  Manakala pemilik bibir penuh, sebaiknya menghindari lipstik berwarna terang.

Sumber >>> jelita.com


Sabtu, September 16, 2017

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari. Sunburn kerap terjadi apabila kulit terdedah kepada cahaya matahari atau sinaran UV. Cahaya matahari  yang memancarkan cahaya dengan gelombang-gelombang tertentu membahayakan seperti sinaran ultraviolet ( UV)

Gelombang inilah yang menyebabkan kulit terbakar dan menyebabkan kulit menjadi gelap. Selain itu, ia juga boleh memberikan kesan lain seperti jeragat, pigmentasi dan kulit kelihatan lebih tua dari usia.

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Oleh itu ada beberapa tip dan cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan sunburn

1. Menggunakan losyen atau krim – gunakan losyen dan krim yang mengandungi UV25-50 bagi perlindungan yang maksimum
2. Gunakan sarung tangan sebagai pelindung sekiranya anda selalu memandu ketika waktu panas.
3. Gunakan pakaian dari kain woven kerana kain jenis ini adalah terbaik untuk menyerap peluh. Elakkan berpakaian warna gelap dan pakai pakaian longgar

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

4. Pakai topi atau payung jika berjalan di tempat panas seperti pantai
6. Ambil supliment antioksidan. Ia penting untuk melindungi kulit dari sinaran UV

Selain dari cara ini, terdapat juga cara lain secara semulajadi yang boleh juga anda lakukan seperti :

Buah Tembikai – buah tembikai boleh menyejukkan kulit yang terbakar akibat sinar matahari.Caranya adalah hiris nipis buah tembikai dan tekan di muka selama beberapa minit ( sekurang-kurangnya 20 minit ). Selepas itu bersihkan dan bilas. Tembikai mempunyai zat astrigen yang bermanfaat sebagai tonik dan mampu menyejukkan wajah akibat terbakar dek matahari

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Daun Lidah Buaya – Ambil daun lidah buaya dan gunakan lendirnya lalu disapu ke kulit muka. Urut secara perlahan. Amalkan selalu pasti akan nampak perubahan.

Tomato -  tomato yang telah dicuci dibelah dua. Lalu digosokkan pada muka perlahan-lahan. Biarkan kering dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah muka dicuci dengan air. Tomato secara umumnya diketahui sebagai agen penyejuk

6 Cara Untuk Mengelakkan Sunburn Cahaya Matahari

Mayonis – Sapukan sedikit mayonis pada kulit. Mayonis digunakan kerana mengandungi cuka yang dapat membantu mengurangkan kesan kulit terbakar. Mayonis yang disimpan pada suhu sejuk dapat menyejukkan kusan terbakar pada kulit. - Sumber >>> Majalah Rapi