Zaza Iman : KECANTIKAN
Memaparkan catatan dengan label KECANTIKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KECANTIKAN. Papar semua catatan

Jumaat, April 13, 2018

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit
Jumaat, April 13, 2018 8 Comments
CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit. Assalamualaikum..adakala kita ni tak sedar badan banyak daki..bila banyak daki mula la kawasan kulit yang berdaki tu jadi macam gelap-gelap sikit kan..sekarang ni ada banyak sabun pencuci muka dan badan yang boleh membantu menghilangkan daki dan menjadikan kulit lebih cerah antaranya adalah CokkoWhite Lightening Soap.

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit

CokkoWhite Lightening Soap

Alhamdulillah zaza pun tengah cuba pakai sabun ni..kira-kira dah seminggu juga zaza pakai. Zaza gosok kat tangan, badan dan muka sebab sabun ni boleh pakai untuk ketiga-tiga kawasan yang zaza sebut tadi.

Sabun CokkoWhite Lightening ni wangi..bauan macam mana tak dapat nak gambarkan...tapi bau sedap..didatangkan dengan warna hijau yang cukup mengancam..warna kegemaran zaza tau dan juga dalam bentuk bujur..

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit

Nampak macam ada putih-putih timbul tu adalah isi kelapa..ni sebab zaza dah pakai tonyoh-tonyoh sebab itu seakan keluar isi kelapa tu....

Best tau..rasa nyaman je rasa..ni kalau mandi dalam tab mandi ni..sambil tonyoh-tonyoh CokkoWhite ni..memang syok la kan..

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit

Keistimewaan CokkoWhite Lightening Soap

Apa kesitimewaan CokkoWhite Lightening Soap ini..? bila korang pakai dengan kerap dan secara konsisten..apa yang akan terjadi adalah ia dapat menghilangkan parut jerawat dan jeragat di muka. Kalau korang ada daki-daki yang degil kat leher atau badan, Insyaallah hilang.Juga kalau ada bintik-bintik dekat muka dan juga badan..Insyaallah pun boleh hilang. Yang penting kena pakai dengan kerap lah..

CokkoWhite Soap ini juga dapat membantu menghilangkan sunburn atau kesan gelap akibat terkena cahaya matahari berlebihan. Kalau korang yang ada masalah kulit sensitif dan kulit kering pun sesuai menggunakan sabun ini.

Untuk mendapatkan kulit yang cerah pun boleh. Amalkan selalu mencuci muka dengan sabun CokkoWhite ni..

Kalau korang atau pun ssesiapa sahaja ada masalah bau badan, sesuai juga guna sabun ni kerana sabun CokkoWhite juga berfungsi untuk menghilangkan bau badan walaupun ketika korang berpeluh.

Kesitimewaan lain yang ada pada CokkoWhite Soap ini ia dapat mengembalikan kulit yang lembut seperti bayi. malah turut membantu melewatkan proses penuaan kulit supaya kulit kelihatan segar, awet muda dan juga flawless.

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit

Cara Penggunaan CokkoWhite Lightening Soap

Cara gunakan sabun ini adalah korang hanya perlu cuci muka dan badan atau pun dimana-mana kawasan yang gelap atau berdaki.. Untuk badan, korang boleh sental sepuas hati korang..boleh juga guna berus sental badan tu..lagi bertambah-tambah syok kan..biarkan seketika.. kalau macam zaza suka mandi lama-lama..so zaza buat dalam beberapa minit..lepas tu tunggu beberapa minit lagi dalam 15 minit ke..barula zaza bilas..

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit
Ni muka zaza dok mengosok kat muka..bestt..lepas bilas terasa lembut je kulit tu..segar..

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit
Kiri sebelum zaza pakai..kanan selepas seminggu lebih zaza pakai..

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit
Untuk bahagian tangan..zaza try cuci disebelah kiri je dulu.. rasa kulit macam ada smooth sedikit.. **keputusan dan hasil berbeza pada setiap individu**

Kandungan Dan Bahan Utama Di Dalam CokkoWhite Lightening Soap

Antara kandungan dan bahan utama dalam pembuatan sabun CokkoWhite ni adalah :

Olive Oil ( Minyak Zaitun )
umum mengetahui minyak zaitun mengandungi bahan antioksida yang dapat mengelakkan kulit dari terkena radiasi berbahaya

Tea Tree Oil
Minyak ini dapat menghilangkan jerawat dan jeragat serta parut-parut bekas jerawat. ia juga berfungsi untuk melembutkan kulit agar tidak mengelupas

Fucowhite
Merupakan bahan utama dalam sabun yang mengandungi agen-agen yang dapat memutihkan dan mencerahkan kulit

Vitamin C
Antara kebaikkan vitamin C adalah dapat melindungi kulit dari kering dan mengelupas. Ia juga dapat mncegah kulit dari tanda penuaan

Isi Kelapa
Dijadikan sebagai bahan Scrub bagi menghilangkan daki-daki degil yang menyebabkan kulit menjadi hitam

CokkoWhite Lightening Soap Hilangkan Daki Dan Cerahkan Kulit

Harga Dan Cara Pembelian

Bagi korang yang nak mencuba dan merasai sendiri sabun CokkoWhite ini, boleh membuat pembelian terus di 

Facebook : Cokko White 
Instagram : Cokkowhiteofficial
Telefon : 010 282 6344 / 014 263 6132

HARGA :

Sekotak : RM70

Harga PROMOSI terkini : 
Pakej A 
Sekotak RM60 dan percuma penghantaran

Pakej B
2 kotak RM100 + 2 Special FREE GIFT dan percuma penghantaran

Penghantaran percuma di seluruh Malaysia


Reading Time:

Selasa, Mac 20, 2018

Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup
Selasa, Mac 20, 2018 10 Comments
Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup. Hi all..kali ni kan zaza nak share la pengalaman zaza guna foundation yang jadi bualan ramai..gara-gara rajin tengok dekat satu group makeup ni tentang Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup..zaza pun try la kan..lagi pun harganya murah..

Zaza pun memang suka beli foundation..senang ada koleksi banyak-banyak.. boleh la suaikan untuk kegunaan ke majlis-majlis tertentu atau berjalan kan..

Memandangkan ada beberapa kod..zaza pun agak keliru nak pilih..sebab kulit zaza ni warna tengah-tengah..tak cerah dan tak gelap..so zaza pun ambillah kod 10 Soft Beige.

Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup,harga essense foundation

Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup,harga essense foundation

Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup,harga essense foundation

Zaza pun try la makeup-makeup untuk tengok hasilnya..zaza ni bab makeup tak lah pandai mana..sikit-sikit je la.. so bila zaza dah pakai..zaza boleh simpulkan yang Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup ni :

1. Menggunakan botol jenis pump..senang main picit-picit je
2. Foundation ni jenis cecair dan matte
3. Rasa ringan kat muka.. macam tak rasa pakai apa-apa
4. Senang nak blend
5. Natural dan tak rasa berminyak

Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup,harga essense foundation

Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup ni sesuai untuk kegunaan harian. Selain tu bagi zaza foundation ni tak berapa nak cover sangat muka.. mean kalau selapis je tak boleh nak tutup cela-cela.. so kena pakai berlapis-lapis baru boleh cover muka tu.. But zaza suka pakai sebab nampak natural dan senang bila nak dibersihkan.

Foundation Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup ada beberapa kod warna iaitu

*10 Soft Beige
*20 Soft Nude
*30 Soft Sand
.*40 Soft Honey

Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup,harga essense foundation,
4 pilihan kod warna

Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup,harga essense foundation,

Ini gambar hasil zaza pakai Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup..untuk solekan ni..zaza letak pelembab muka dulu dan terus sapu Essense foundation ni..dap-dapkan dengan beauty blender je..

Essense Stay All Day 16h Long Lasting Makeup,harga essense foundation,

So kalau you all yang nak dapatkan boleh la cari dekat Watson. Foundation ni zaza dapatkan pada harga RM21.90 je.. Kalau tak ada masa nak cari dekat Watson..boleh beli secara online dekat website Watson...
Reading Time:

Isnin, Mac 12, 2018

Tutorial Shawl Sederhana Tapi Elegan Untuk Dicuba
Isnin, Mac 12, 2018 6 Comments
Tutorial Shawl Sederhana Tapi Elegan Untuk Dicuba. Kadangkala bila pergi mana-mana majlis teringin juga bergaya dari kebiasaan. Selain pakaian, tudung pun mesti la nak kelihatan cantik dan kemas kan..

Macam zaza kan minat sangat pakai shawl macam-macam style tapi yang penting adalah yang menutup dada la..

Zaza berkenan sangat tengok beberapa gaya shawl yang kelihatan sederhana tapi nampak elegen. Sesuai sangat untuk bergaya dimajlis-majlis tertentu dan untuk you all yang nak nampak berbeza..

gaya tudung,tutorial tudung,tutorial shawl,tutorial shawl 2018

Tutorial ni dari Al Humaira. Al Humaira mesti you all tau kan..sentiasa update macam-macam fesyen dan gaya tudung yang memang cantik.



Kat sini ada 5 gaya yang you all boleh cuba..Gaya-gaya tudung ni boleh la pakai untuk hari raya nanti.. 

Zaza berkenan tengok gaya yang tudung macam kelabu dan pink tu..you all pula suka gaya yang mana..?

Reading Time:

Rabu, Mac 07, 2018

Bakar Lemak Di Badan Dengan Effenzee Myracle Lotion
Rabu, Mac 07, 2018 6 Comments
Bakar Lemak Di Badan Dengan Effenzee Myracle Lotion. Bila ada lemak-lemak berlebihan kat badan atau bawah dagu ke..rasa tak berapa nak bestkan..rasa nak tumbuk-tumbuk je lemak-lemak tu bagi penyek..macam zaza pula adalah seorang yang susah untuk pergi joging diluar..so banyak aktiviti di dalam rumah je..

Jadi bila dah jarang sangat pergi joging..zaza tak dapat buang lemak-lemak tu..So zaza pun ada la cuba satu losyen bakar lemak kat badan yang boleh membakar secara efektif. Losyen ni nama dia EFFENZEE MYRACLE LOTION.


losyen kurus sejuk,effenzee mytacle lotion,losyen kurus,losyen bakar lemak

Losyen ni pun dipanggil losyen kurus sejuk.. sebab bila zaza apply kan..rasa sejuk dan nyaman je..tak panas pun tau.. tu yang syok pakai..zaza rasa nak pakai banyak-banyak je..

Zaza pakai selepas mandi dan sebelum tidur. Zaza calitkan sikit dan sapu di perut, peha dan bawah dagu. Lepas tu zaza urut perlahan-lahan.

Kalau you all pula yang jenis suka bersenam dan joging pun sangat sesuai juga untuk guna tau.. lepas selesai bersenam tu boleh la sapu dekat kaki untuk memberi kelegaan pada otot-otot.

losyen bakar lemak,losyen sejuk kurus,losyen bakar lemak online, cara nak kurus

losyen bakar lemak,losyen sejuk kurus,losyen bakar lemak online, cara nak kurus

Bau dia pula zaza rasa macam gula-gula hack pun ada.. bagi zaza lah..bagi korang yang dah cuba atau baru nak cuba tak sure la pula..tapi bauan dia memang wangi dan sedap..

Kenapa zaza suka nak cuba losyen bakar lemak ni..sebabnya Effenzee Myracle Lotion ni dipebuat dari beberapa bahan utama seperti Vegatol Ivy, Minyak Jojoba, Minyak Argan, Minyak Zaitun, Sunflower Seed Oil dan juga Marine Collagen.

Setiap bahan-bahan yang digunakan mempunyai kebaikkan tertentu..
losyen bakar lemak,losyen sejuk kurus,losyen bakar lemak online, cara nak kurus


Memang istimewakan ramuan yang digunakan.. bagi budak-budak pun boleh juga pakai sebab losyen ini tidak panas dan tidak pijar. So budak-budak memang boleh pakai juga.

Apa yang bestnya lagi tentang losyen ni?...Effenzee Myracle Losyen ni juga mempunyai beberapa fungsi antaranya :

Dapat membantu memecahkan lapisan lemak yang berlebihan
Dapat mengawal selera makan
Memudarkan kesan selulit
Mengurangkan masalah perut buncit
Untuk ibu yang berpantang pula ia dapat membantu mengecutkan rahim
Dapat melancarkan kitaran haid
Membantu melawaskan sistem pencernaan dan sembelit
Menyelesaikan masalah bau badan
Melegakan masalah sakit kepala

losyen bakar lemak,losyen sejuk kurus,losyen bakar lemak online, cara nak kurus

Losyen ni pun tak rasa melekit bila zaza pakai dan amat sesuai sekali untuk kegunaan umum. Losyen ni pun telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ). Jangan risau okay sebab bahan-bahan pun dari bahan semulajadi so tiada sebarang bahan terlarang.

Kalau nak nampak berkesan kalau boleh you all kena la rajin pakai selalu.. Harga losyen ni RM99 je tau.. Bagi yang nak cuba dan merasai sendiri losyen ni boleh la membuat pembelian di :



Reading Time:

Isnin, Mac 05, 2018

5 Resepi Masker Telur Untuk Kulit Yang Boleh Dilakukan
Isnin, Mac 05, 2018 10 Comments
5 Resepi Masker Telur Untuk Kulit Yang Boleh Dilakukan. Bila makin berusia dan kulit semakin dimakan usia, boleh terjadi kulit berkedut.  Oleh itu pentingnya ada regimen anti penuaan. Kulit wajah perlu dijaga terutama bagi mereka yang lewat 20an atau 30an. Apabila kulit dijaga dengan betul ia akan berkeadaan baik sehingga umur mencecah 50an.

Berikut 5 resepi masker telur yang boleh dilakukan dan amat bagus untuk memelihara kulit wajah agar sihat.


1. Putih Telur Dan Madu

Ambil telur putih dan satu sudu besar madu. Kemudian kacau sampai ia sebati. Selepas itu sapu ke seluruh wajah dan leher. Biarkan ia kering dalam masa 15 minit. Kemudian basuh dengan air sejuk. Masker telur dengan madu ini dapat melembabkan kulit memberikan kesegaran pada wajah


2. Putih Telur Dan Yogurt

Ambil sebiji putih telur dan satu sudu besar yogurt. Kemudian letakkan sedikit gula merah. Setelah itu sapu pada muka dan leher. Urut perlahan dalam masa 10 minit. Setelah itu bolehlah dicuci. Campuran masker ini dapat membuang sel kulit mati dan mengetatkan kulit yang melendut. Ia juga dapat memberikan keserian pada kulit.


3. Putih Telur Dan Oatmeal

Ambil putih telur dan dua sudu besar oatmeal. Kemudian goncangkan dan jadikan ia pes. Lalu sapu pada wajah.  Biarkan seketika  ( dalam 20 minit )  dan anda akan rasa ketegangan kulit secara natural.

4. Putih Telur Dan Lemon

Ambil putih telur dengan dua sudu besar jus lemon. Letakkan sedikit madu asli. Kacau sehingga menjadi buih. Kemudian bolehlah disapu pada seluruh muka dan leher. Biarkan dalam masa 30 minit. Setelah itu bolehlah dibasuh. Jus lemon amat bagus untuk menghilangkan bitnik hitam, kulit mati dan juga minyak berlebihan. Putih telur pula dapat membuatkan kulit berasa tegang dan madu dapat memberikan serta meningkatkan lembapan pada kulit.


5. Putih Telur Dan Cuka Epal

Ambil putih telur bersama dua sudu besar cuka epal. Gaul sehingga sebati. Kemudian sapu pada seluruh muka. Biarkan seketika ( dalam masa 30 minit ). Setelah itu bolehlah dicuci. Fungsi cuka epal dapat membersihkan wajah dan melegakan kulit.

Kredit : Majalah Rapi

Reading Time: