Zaza Iman : FOOD
Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FOOD. Papar semua catatan

Isnin, April 16, 2018

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy
Isnin, April 16, 2018 27 Comments
Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy. Apabila hampir tibanya bulan Ramadan, hotel-hotel kebiasaannya akan memperkenalkan beberapa menu Ramadan yang istimewa. Jadi kali ini zaza berpeluang untuk merasai sendiri beberapa menu-menu istimewa di Ancasa Royale, Pekan Pahang.

Bersempena dengan Ramadan, Ancasa Royale telah memilih tema "kampung boy" bersesuaian dengan kempen mereka iaitu "Stay,Dine & Win" yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018.

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Disebabkan sambutan yang sangat memberansangkan dari ramai orang yang telah meginap di Ancasa Hotel, Pihak Ancasa telah mengekalkan konsep masakan bercita rasa kampung di dalam Buffet Ramadan 2018.

Terdapat beberapa chef-chef yang cukup berpengalaman dari Ancasa Royale, Pekan. Chef-chef yang diketengahkan mempunyai pengalaman dalam bidang masakan tradisonal melayu terutamanya masakan negeri Pahang.

Zaza sempat menikmati beberapa menu hidangan yang memang sedap seperti dessert,kek,ais kacang, satay, daging kambing dan lain-lain.

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Untuk Buffet Ramadan ini, terdapat lebih 120 menu masakan antaranya Seafood Kandar ala Ancasa Royale, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Kawah,Daging Opor Pahang, Kambing Golek Chef Pak Tam, Satay, Pelbagai jenis kerabu, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Panggang Bermadu, Ikan Bawal Berlada, Lala Masak Daun Selasih, Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit, Kailan Goreng Ikan Masin dan pelbagai lagi.

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Terdapat juga menu lain seperti kuih muih, Puding Raja, Bingka Ubi, Murtabak,Roti Canai, Cucur dan Churros.

Beberapa manisan turut disediakan oleh Ancasa Royale seperti ais kacang, aneka bubur dan lain-lain. Pastinya ia menggamit memori pada masakan mak di kampung..

Naib Presiden Kanan Ancasa Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan menyatakan pada tahun ini, mereka akan mengekalkan konsep gerai dan Live Cooking dimana ada 8 gerai yang dihias bertemakan Kampung Boy dengan harapan pelanggan dapat merasai "homely Dining Experience" ketika mereka berbuka puasa disini.

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale juga menawarkan harga yang murah iaitu RM58 kepada pelanggan mereka yang membeli baucer sebelum 12 Mei 2018. Manakala harga selepas itu akan dikenakan RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.

Sedikit info tentang Ancasa Hotels & Resort, hotel ini adalah rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad ( UDA ) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Seremban. Antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa, Ancasa Express @ Pudu di Kuala Lumpur, Ancasa Residences Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort ( KTGR ) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.

Jika korang ingin membuat tempahan dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi Ancasa Royale di

Telefon : 03 2026 6060





Reading Time: