Zaza Iman : COSMETICS
Memaparkan catatan dengan label COSMETICS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label COSMETICS. Papar semua catatan

Khamis, April 19, 2018

Favorite Brands Cosmetics This Month - April
Khamis, April 19, 2018 7 Comments

Favorite Brands Cosmetics This Month - April. Zaza bukanlah mahir sangat makeup tapi untuk yang basic dah boleh la sikit-sikit.. pernah juga masuk beberapa kelas solekan..

Kalau dulu bila makeup zaza terus je sapu foundation kat muka..dan ia menyebabkan solekan zaza tak bertahan, bercapuk dan cair.. pelik juga..masa tu tertanya-tanya kepada orang lain cantik je..

Rupanya banyak step makeup yang zaza tak tahu dulu..now..zaza dah reti sikit..so sebelum sapu foundation, kenalah sapu pelembab dan juga primer

Jadi antara favorite brand cosmetics primer yang zaza pakai adalah Glam Face Primer Moss Mayra.

Favorite Brands Cosmetics This Month - April

Kenapa zaza suka dan menjadi kegemaran zaza? sebenarnya zaza dah pakai primer ni dah beberapa bulan.

Dan yang menarik sebab harganya yang murah dan mampu untuk dibeli..Glam Face Primer Moss Mayra ni ada dua saiz.. satu saiz 7g RM30 dan 20g RM59.

Zaza beli yang 7g sebab masa tu nak cuba..dan tak sangka pula zaza terus jatuh hati..memang lembut sangat jadi kulit, rasa lembab-lembab dan smooth je..

Favorite Brands Cosmetics This Month - April
Botol petak saiz 20g

Favorite Brands Cosmetics This Month - April
saiz 7gram

Kalau nak jimat beli terus yang 20g tu..sebab memang murah RM59 je kan.. tapi kalau yang nak mencuba boleh pakai yang 7g..zaza pakai 7g pun memang lama juga tahan..sebab primer ni tak perlu sapu banyak-banyak sangat..calitkan sikit-sikit kat pipi, dahi, dagu dan hidung kemudian sapu je secara meyeluruh.

Apa keistimewaan yang ada pada Glam Face Primer Moss Mayra ni..? kalau you all nak tau kan, primer ni berfungsi untuk merawat dan formulasi terbaik essence tumbuhan

Zaza pakai ni memang buat makeup bertahan lama walaupun muka berpeluh. Satu lagi sebab tekstur dia memang ringan. Warna primer ni zaza suka sebab pink-pink lembut je..comel je kan warna dia..

Favorite Brands Cosmetics This Month - April
Tekstur yang sangat ringan

Primer ini juga ada SPF30 yang dapat mengelakkan sunburn..jangan risau okay sebab ia lulus KKM dan dikilangkan oleh kilang yang bertaraf GMP. Lagi pun memang ramai juga jurusolek yang pakai..Paling penting ia 100% BEBAS MERKURI dan HYDROQUINONE.

Sesuai sangat digunakan pada semua jenis kulit. Primer ni antara wajib yang zaza bawa kalau pergi berjalan jauh..

Favorite Brands Cosmetics This Month - April
ini wajah solekan zaza menggunakan primer Glam Face Primer Moss Mayra diikuti dengan foundation dan lain-lain..

So kalau you all nak dapatkan primer ni boleh hubungi agent terpilih..macam zaza beli kat agent di Shopee Malaysia

Kredit Gambar produk Facebook : https://www.facebook.com/mossmayramalaysia/

Reading Time:

Ahad, Februari 25, 2018

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya
Ahad, Februari 25, 2018 7 Comments
4 Jenama Lipstik Yang Menjadi Kegemaran. Lipstik memang antara barangan makeup yang wajib ada pada seorang perempuan. Kalau tak ada memang tak berseri rasa makeup. So ada beberapa jenama yang memang zaza pakai dan suka kerana warnanya yang memukau..jom kita tengok..

TS BEAUTY

Ts Beauty dari TS Skin Solution merupakan jenama baru dan telah beberapa tahun di pasaran Malaysia.

TS mengeluarkan produk rangkaian set penjagaan wajah, minyak wangi dan terbaru adalah lipstik. Untuk pakai lipstik Ts ini, zaza suggest untuk pakai dulu pelembab bibir..

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

Warnya yang pekat dan kering dibibir. Bertahan lama tanpa perlu rasa gelisah jika lipstik hilang ketika makan atau minum kerana ia kekal. Sesuai jika hadiri event-event tertentu.

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

Koleksi warna-warna dari Ts ini juga memang tip top dan banyak pilihan warna yang cukup memukau. Untuk membersihkan bibir setelah oles Ts lipstik ini perlu gunakan tisu basah. Dijual pada harga RM 29.90 sahaja. Lipstik Ts boleh dibeli melalui Instagram @tsbeauty_official


EPHYRALIPS

Ephyra merupakan jenama dari Malaysia sejak 2012 dan telah menerima anugerah Super Health Brand Asia Pasific. Produk juga berdafta dengan KKM, mempunyai sijil HALAL JAKIM dan lulus ujian makmal. Duta bagi produk Ephyra adalah Memey Suhaiza dan Norman Hakim.

Selain mempunyai produk penjagaan wajah, Ephyra juga mempunyai produk kosmetik iaitu lipstik. Untuk kali ini zaza nak share 5 warna Ephyralips yang menjadi kesukaan zaza.

Kenapa Ephyralips menjadi pilihan zaza..?

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya
Antara 5 koleksi warna milik zaza.. cantikkan you all..

Ini kerana Ephyralips mempunyai kandungan Jojoba Oil dan Vitamin E yang dapat melembapkan dan merawat bibir kering. Paling zaza suka sebab senang nak cuci. Jadi bila zaza keluar kemana-mana dan bila nak solat, tambahan pula waktu tu nak cepat..so hanya guna tisu basah oles kan saja beberapa kali dah hilang. Tak perlu nak tonyoh kuat-kuat sampai bibir boleh terluka. Ephyralips juga ringan dan tidak berminyak.

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

Harga pasaran Ephyralips pun murah RM30. Ini antara 5 warna kesukaan zaza iaitu Taffy Pink, Whisper Nude, Summer Blaze, Madly Brown dan Lolly Peach. Kelima-lima warna yang menjadi trend pilihan sekarang.

Ephyra mempunyai 10 warna kesemuanya..Yang berminat untuk membuat pembelian boleh whatsapp 0146620449. Koleksi warna lain boleh lihat di instagram @zaza_ephyra

SILKYGIRL

Brand yang memang terkenal sejak dulu lagi..zaza pun pengemar barangan Silkygirl terutamanya bedak dan lipstiknya. Ada beberapa koleksi warna lipstik yang jadi kegemaran zaza dan semestinya warna pink-pink dan nude.

Silkygirl ni banyak jenis lipstik dan salah satu yang gemar zaza beli adalah Matte Fever Lipscolor Balm ( dalam gambar batang hitam ). Lips jenis ini diperkaya dengan Minyak Bunga Calendula, Vitamin E dan juga Ekstrak Mulberry Putih. Ia juga bebas dari paraben.

Mempunyai 6 pilihan warna yang memang cantik. Lipstik Silkygirl boleh didapati di Watson.

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

IN2IT

IN2IT..sememangnya semua sudah mengenali jenama ini. IN2IT juga merupakan jenama kegemaran zaza kerana selain kualitinya yang memang bagus, harganya pun murah.

4 Jenama Lipstik Menjadi Pilihan Saya

Kandungannya diperbuat dari Luffa Seed Oil,Sea Grass dan juga mempunyai Vitamin E. Jenama IN2IT ini boleh didapati di Watson atau Guardian.

Tapi dekat tempat zaza lipstik ni selalu juga cepat habis..harga zaza dah lupa..Apa pula lipstik kegemaran korang?

Reading Time:

Sabtu, Februari 03, 2018

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Sabtu, Februari 03, 2018 17 Comments
Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta. Assalamualaikum dan hi all..zaza memang antara pengemar lipstik. Kalau ada kesempatan keluar ke bandar mesti tak lupa mencari lisptik baru. Kebiasaannnya warna-warna yang menjadi pilihan sekarang warna-warna nude atau soft.

So zaza nak share lah lipstik terbaru kali ni yang menjadi koleksi zaza iaitu EPHYRA LIPS. Jujur zaza katakan yang zaza memang suka dengan lipstik dari Ephyra ni..sebab pertama ialah warna dan senang dicuci.

Macam zaza ni adakala balik kampung jauh yang memakan masa 6 jam hingga 7 jam nak sampai. So banyak kali berhenti untuk makan dan solat apabila masuk waktu. Jadi biasa kalau time nak solat, zaza nak cari lipstik yang senang je nak bersihkan. Yang tak perlu makan masa lama..so Ephyra Lis ni memang sesuai sangat untuk dibawa.

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta

Ephyra Lips ada 10 warna menarik dan kali ni zaza tak lepaskan peluang untuk memiliki 5 warna yang menjadi kesukaan zaza termasuk warna baru iaitu


Lolly Peach - 751 ( baru )
Wrisper Nude - 750
Taffy Pink - 748 ( baru )
Summer Blaze - 755
Madly Brown - 752

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Lolly Peach ( warna baru ) dan Wrisper Nude
* Warna mungkin sedikit berbeza  kerana pencahayaan

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Taffy Pink ( warna baru ) dan Summer Blaze
* Warna mungkin sedikit berbeza  kerana pencahayaan

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Madly Brown dan koleksi warna lain yang memang menarik
* Warna mungkin sedikit berbeza kerana pencahayaan

Warna Epyra Lips ni pekat. Sekali dua calit kat bibir pun dah cantik sangat tau. Tengok macam zaza pakai. Lawakan warna dia..

Masa zaza calit kat bibir, tekstur ringan. Tak berat langsung dan tak berminyak serta tahan lama. Anak buah zaza pun sibuk juga dia nak try pakai Ephyra Lips ni... tapi ciksu dia ni memang kedekut sikit hahaha... bagi pakai sikit-sikit je.. sayang tau..mehmeh

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta

Ephyra Lips ni mesra wudhuk. Macam zaza cakap tadi lah senang nak bersihkan. Zaza memang bersihkan lips dengan tisu basah.  So agak mudah nak tanggalkan. Ada setengah lips kadangkala kena gosok kuat-kuat baru bersih. Adalah buat bibir zaza jadi kering.

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Koleksi warna dan 

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta
Puan Amiza ( kiri ) pengasas Ephyra menggunakan Ephyra Lips warna Amber Rose

Apa keistimewanya Ephyra Lips ini adalah ia mengandungi Jojoba Oil dan juga Vitamin E yang dapat melembapkan bibir sekaligus mengelakkan terjadinya bibir kering atau mengelupas. Kalau bibir kering atau mengelupas memang pedih kan rasa. Nak pakai lips pun jadi tak ada mood.

Memahami kehendak semasa dan trend pilihan warna lips terkini, Puan Amiza merealisasikan dengan mengeluarkan warna-warna yang sentiasa menjadi permintaan.

Cantik Menawan Dengan Ephyra Lips! Pasti Jatuh Cinta

Harga bagi Ephyra Lips ni hanya RM30.00 je sebatang. Memang murah kan.. jadi tak kira golongan remaja hingga dewasa pun boleh beli.

Bagi yang berminat boleh beli dengan agent Ephyra atau terus membuat pembelian di :

Whatsapp : 0146620449 ( ZAZA )


Reading Time: