Kolam Biru River Of Life Tarikan Baru Bandar Kuala Lumpur - Zaza Iman

Selasa, Mei 01, 2018

Kolam Biru River Of Life Tarikan Baru Bandar Kuala Lumpur



Kolam Biru River Of Life Tarikan Baru Bandar Kuala Lumpur. Jarang zaza ke Kuala Lumpur sekarang ni.. kalau dulu masa zaza belajar dekat KL...selalu juga hujung-hujung minggu dengan kawan melepak dan naik LRT pusing-pusing Kuala Lumpur tengok keindahan kota raya yang besar tu..maklumlah zaman tu adalah pertama kali jejak KL.. Ingat lagi macam-macam memori masa belajar kat sana dulu..rindunya la kan..

Sekarang kalau turun KL dengan bas je..sampai je destinasi hentian bas, zaza akan suruh rakan tolong ambilkan..kalau suruh zaza sorang-sorang naik LRT ke apa..memang tak berani lah..takut sesat dan tak biasa..


Sumber gambar - youtube


Sekarang ni..zaza tengok Kuala Lumpur pun semakin dikenali di seluruh dunia. Mana tidaknya Kuala Lumpur kan ibu kota bagi negara kita..sudah banyak perubahan berlaku..dan nak tau tak..zaza baru je tau pasal kewujudan Kolam Biru River Of Life ni..heheh..zaza tau pun bila ada rakan-rakan zaza yang share pasal kolam biru ni..

Kolam Biru River Of Life ni merupakan salah satu usaha kerajaan dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL ) untuk menjadikan bandar Kuala Lumpur sentiasa hidup di waktu malam. Malah ia juga merupakan salah satu kawasan pelancongan baru yang telah pun di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kita, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Ogos tahun lalu.

Sumber gambar - youtube

Sumber gambar - youtube

Zaza tengok gambar-gambar pemandangan kolam biru ni memang mengasyikkan..kalau dapat shoot gambar dekat sini memang cantik gila kan..teruja pula zaza tengok..


Kolam Biru River Of Life ni adalah pertemuan dua sungai iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klang yang terletak di tengah Masjid Jamek Kuala Lumpur.

Kolam Biru ini dibina sepanjang 10.7 km dan menjadi tarikan ramai pelancong untuk melihat keindahannya di waktu malam.

Sebenarnya kan..Projek River Of Life ( RoL ) ni mula menjalani proses pembinaan pada tahun 2011 dan ia adalah  projek permulaan Greater Kuala Lumpur di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara ( NKEA ).


Sebanyak RM3.4 bilion telah diperuntukkan bagi kerja-kerja pembersihan sungai yang meliputi lapan sungai utama iaitu Sungai Gombak, Sungai Batu, Sungai Jinjang, Sungai Keroh, Sungai Bunus, Sungai Ampang, Sungai Klang dan Sungai Kerayong sepanjang 110 kilometer.

Selain menyaksikan pemandangan indah sungai, di Kolam Biru ini juga terdapat pertunjukan air pancut dan pantulan cahaya lampu warna warni diiringi dengan irama muzik…pastinya ia mampu memukau sesiapa yang datang melihatnya.

Sambil menyusuri di tepian sungai, bolehlah berswafoto bersama keluarga dan juga melihat pelbagai bangunan bersejarah disitu..

Kalau anda berjalan-jalan ke Kuala Lumpur..jangan lupa singgahlah ke Kolam Biru River Of Life ini okay…

39 ulasan:

  1. Cantiknya pemandangan waktu malam

    BalasPadam
  2. lawa nya pemandangan dia... geram nak g sana jah

    BalasPadam
  3. bestnya kalau g sini ni.cantikk masa malam kan.

    BalasPadam
  4. Sally pernah lalu...tapi kejap jela sbb bukan jalan kaki...x sempat nak explore habis!

    BalasPadam
  5. Cantiknya view, tak sangka dah berubah macam ni, baguslah inisiatif DBKL ni

    BalasPadam
  6. Ini memang style! kalau boleh banyakkan lagi... panggil budak2 buat graffiti, biar waktu siang pun cantik, malam pun cantik

    BalasPadam
  7. Selalu juga nampak di fb saya hasil daripada posting rakan rakan di KL

    BalasPadam
  8. Tak tau pula pasal kolam biru river ni, zaza dlu blajar kat mana? Samalah dlu belajar dekat ngan kl boleh la gi kl jln naik lrt sekarang dah lain

    BalasPadam
  9. hilang stress tengok tempat cantik mcm ni...

    BalasPadam
  10. cantiknyaa,,,kalau zaza amik gambar sini lagi cantik..gambar2 zaza semua cantik

    BalasPadam
  11. Lamanya tak jejak kuala lumpur. Tahniah DBKL

    BalasPadam
  12. Saya pon lama sgt dah tak turun kl. Kolam biru river of life ni pon tak tau kat mana

    BalasPadam
  13. nti turun sini boleh amik gambar byk2..cantik kut

    BalasPadam
  14. seriously nampak sangat cantik. tak macam sebelum ni

    BalasPadam
  15. Wahh... Bagusnya. Sungai ni yang dulu sapa pun tak pandang, kini jadi daya tarikan Kuala Lumpur!

    BalasPadam
  16. cantik KL skrg. bestnyaaa. Buat lah lagi tarikan pelancong mcm ni, secara tak langsung boleh dapat tarik pelancong dtg KL lagi kan?

    BalasPadam
  17. sama lah kak zaza. baru tahu juga ni. lawa banget

    BalasPadam
  18. terpukau tgk cahaya biru, mlm2 bole tenangkan fikiran mai sini, opss sha jau nun d sbh hihi

    BalasPadam
  19. Swrius memang cantik sangat kolam biru of river nih.terpegun akak tengok

    BalasPadam
  20. Wah cantiknya...tak pernah lagi sampai tempat tu. Klu ke KL just area klcc je...

    BalasPadam
  21. Dia berwarna biru time mlm je ke zaza.. Cantiklah pemandangan dia.. Xpenah jejak ke sini lagi..

    BalasPadam
  22. ok la tu..nice .... takdelah keruh aje airnya

    BalasPadam
  23. Dulu sebelum ada ROL ni kosong je. Takde apa2 pun. Bila dah jadi ROL ni cantik betul.

    BalasPadam
  24. baru tahu kewujudan kolam biru ni... nanti boleh la try pergi

    BalasPadam
  25. teman yang dok kl pun baru tahu pasal kolam biru ni.. kih3.. mesti syok kalau pi sana...suasana biru jeee

    BalasPadam
  26. Cantiknyaaa! Nanti nak pergi jugak lah sini.

    BalasPadam
  27. Subhanallah...sangat cantik

    BalasPadam
  28. Cantiknya... Indahnya KL sekarang, tak sangka boleh berubah begitu sekali :)

    BalasPadam
  29. Zaza mai kl nnt kita lepak sini nak tak :)

    BalasPadam
  30. Niceeeee. Nanti nak pergi bawa anak2.

    BalasPadam
  31. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    BalasPadam
  32. cantik la.. klu x diberitahu cik en pon xtau de ROL ini.#hebatkannegaraku

    BalasPadam
  33. Cantiknya kolam ni... Bila la boleh pergi tengok ehh

    Erni Hasmiza

    BalasPadam
  34. Kenapa la cantik sangat permandangannya tu.. Teruja tengok.

    BalasPadam
  35. Terpegun tengok ROL ni. Cantik ya amat !

    BalasPadam
  36. Akak suka tengok ROL ni...cantikkk

    BalasPadam
  37. cantik sekarang ni, sungai dibandar lagi menarik waktu malam sebab ada neon yang sedap mata memandang.

    BalasPadam
  38. Ena lama x p kl sbenarnye. Rasa teringin pulak nak p sana.. cntik view.

    BalasPadam