Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai - Zaza Iman

Sabtu, April 28, 2018

Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai



Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai. Bila datangnya musim demam dan selesema memang perit kan rasa..lagi pula bila berlanjutan sehingga beberapa hari..memang perlu ke klinik untuk membuat pemeriksaan dan mengambil ubat. Zaza faham mungkin ada sesetengah keluarga susah untuk klinik kesihatan lain yang mungkin jauh.. Jadi dengan adanya Klinik 1Malaysia ini dapat memberikan manfaat kepada orang ramai terutamanya bagi penduduk luar bandar dan warga kota yang kurang berkemampuan di Wilayah Persekutuan.

Zaza sendiri dan kakak pun pernah mendapatkan rawatan dekat Klinik 1Malaysia ni.. alhamdulillah layanan staf yang baik.. yang best sebab harga ubatannya murah tau..

Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai
sumber gambar - http://klxpress.com.my

Di Klinik 1Malaysia ni antara rawatan yang ditawarkan adalah perkhidmatan rawatan sakit ringan seperti demam, selesema, batuk, mencuci luka dan penyakit  ringan yang lain. Bagi pesakit kronik yang stabil seperti asma,diabetes dan darah tinggi boleh membuat rawatan susulan di sini. Tapi sekiranya kes diluar bidang kuasa mereka, kes tersebut akan dirujuk ke klinik atau hospital berhampiran.


Untuk pengetahuan anda semua, Klinik  1Malaysia ni dah wujud sejak 2010 lagi tau..kewujudan klinik ini adalah inisiatif dari Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak untuk perkhidmatan  memberikan rawatan perubatan ringan kepada orang ramai terutama buat keluarga yang berpendapatan rendah.

Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai
Sumber Gambar - - http://utaranews.com


Selain itu, terdapat juga khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan. Klinik 1Malaysia juga turut menawarkan perkhidmat program saringan HIV di Klinik 1 Malaysia yang terpilih sahaja.

Di Klinik 1Malaysia, anda tak perlu nak risau sebab bayaran yang dikenakan hanya RM1 sahaja bagi warganegara dan percuma bagi golongan warga emas. Memang sangat murah kan..dan memang sangat membantu orang ramai untuk mendapatkan rawatan, tambahan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu ni..jadi adanya Klinik 1Malaysia ni memang memberikan satu kelegaan buat masyarakat.

Klinik 1Malaysia Beri Manfaat Kepada Orang Ramai

Klinik 1Malaysia dikendalikan oleh jururawat dan juga pembantu hospital. Klinik 1Malaysia juga sentiasa dipantau oleh Jabatan Kesihatan agar kemudahan dan bekalan ubatan sentiasa mencukupi.

Sehingga ke hari ini, sudah ada 346 buah Klinik 1Malaysia wujud di seluruh Malaysia dan telah memberikan banyak manfaat kepada berjuta penduduk setempat. Malah saban hari semakin ramai yang mengujungi Klinik 1Malaysia dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang dilakukan.

Klinik 1Malaysia ini dibuka dari pukul  10 pagi sehingga 10 malam.  Ia turut beroperasi di waktu cuti umum dan pada hujung minggu

Untuk anda yang nak mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia, boleh la mengunjungi  di mana-mana lokasi yang berdekatan. Berikut adalah senarai lokasi yang boleh anda lihat, Klik SENARAI LOKASI KLINIK 1MALAYSIA

53 ulasan:

  1. Zaza, akak mmg klu tak sihat mmg pegi ke Klinik 1Malaysia je. Layan ok. Harga bils tak mahal sgt. Berbaloii 👍🏻👍🏻

    BalasPadam
  2. KLINIK SATU MALAYSIA MEMANG BEST TAPI DEKAT TEMPAT NORA KEBANYAKKAN DAH TUTUP TAK TAU PASAL APA

    BalasPadam
  3. sha kalau demam pun pergi klinik 1 malaysia! tempat menunggu selesa hehe

    BalasPadam
  4. kat area rumah k.fiezz mmg ada klinik 1Malaysia..bagus sangat..harga yang mampu dibayar oleh semua golongan...

    BalasPadam
  5. Nina pun suka pi Klinik 1Malaysia. Tempat selesa, staff nurse mesra,
    doktor yang cekap, harga nya pula jauh murah dari Klinik Swasta.

    BalasPadam
  6. Memang bagus Klinik 1 malaysia no,khaty memang selalu pergi sini saja sebab dekat dengan Kawasan perumahan .

    BalasPadam
  7. Untuk simple illness memang berbaloi sangat ke kk1m ni

    BalasPadam
  8. bagus juga ada klinik 1Malaysia , so far service tak mengecewakan ...

    BalasPadam
  9. Klinik 1Malaysia ni mmg bagus sangat. Dapat meringankan beban rakyat

    BalasPadam
  10. Rawatan byk.. kos murah...👍

    BalasPadam
  11. Murah dan selesa. belum ada pengalaman teruk dengan Klinik 1 Malaysia

    BalasPadam
  12. Bagus juga ada perkhidmatan klink 1 Malaysia ni. Di samping murah dan boleh dimanfaatkan oleh semua lapisan umur dan masyarakat, apa yg penting perkhidmatan yg diberikan jugak tiptop dan kita tak perlu risau dengan masalah kos ubatan yg mungkin tinggi di klinik swasta.

    Kita sebagai rakyat manfaatkan inisiatif kerajaan ini sebaiknya.

    BalasPadam
  13. Layanan pun bagus. Kat rumah ni ada satu dekat dengan Klinik ibu dan Anak. Ingat lagi lagi masa tu baru habis pantang tekanan darah tak cantik doktor suruh buat Ecg kat klinik 1 Malaysia ni. Nurse pun cun hihi

    BalasPadam
  14. Dekat area rumah ada satu klinik ni, service best. Kos pun tak adelah macam klinik lain. Satu je, kalau boleh banyakkan lagi =D

    BalasPadam
  15. Dah selalu pergi ke sini... Orang ramai tu biasalah, bayar singgit je :) :)

    BalasPadam
  16. Akak tak pernah berpeluang ke K1M lagi sebab asik pegi klinik kerajaan bila xsihat. Nanti boleh cuba

    BalasPadam
  17. lokasi klinik 1 Malaysia ni kat kawasan perumahan, jadi mudah utk yg berpendapatan rendah kan

    BalasPadam
  18. Saya sangat setuju klinik 1 malaysia membantu rakyat malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan murah dan selesa

    BalasPadam
  19. Tak pernah lagi pergi tapi bagus kan ada klinik mcm ni

    BalasPadam
  20. Best kan Kak. Jessie pon selalu bawa anak I ke situ. Doctor kat tempat Jessie ni ramah

    BalasPadam
  21. Kalau swasta berganda2 mahalnya..

    BalasPadam
  22. usaha yang patut dipuji.... banyak memberi manfaat pada mereka yang kurang kemampuan...

    BalasPadam
  23. RM1 je? bagusnyaa. dapat bantu ramai orang sakit yang memerlukan bantuan sebegini.

    BalasPadam
  24. Klinik 1 Malaysia mmg best..bayar rm5 je
    .dpt la mcm2 jenis ubat yg perlu kan..

    BalasPadam
  25. Teringin juga nak ke Klinik 1Malaysia ni. Nak tengok sendiri mcm mana service kat sana.. :)

    ...

    BalasPadam
  26. Bagus perkhidmatan klinik 1Malaysia ni untuk golongan yang tak berkemampuan. Harga memang murah.

    BalasPadam
  27. Memang mudah bila adanya klinik 1malaysia. Kalau sakit awal atau sikit-sikit Tak perlu ke hospital

    BalasPadam
  28. Di mana-mana dah ada Klinik 1 Malaysia ni..good job

    BalasPadam
  29. pernah pergi..layanan best dari staf..alhamdulillah

    BalasPadam
  30. sngla nak terima rawatan lanjut

    BalasPadam
  31. kemudahan yang disediakan juga selesa, bertuah pada mereka yang menikmati kemudahan sebegini dengan penuh rasa syukur

    BalasPadam
  32. selalu juga ke klinik 1Malaysia, sebab org xbrp ramai berbanding KK...
    salam perkenalan...

    BalasPadam
  33. klinik paling murah ni.. layanan pun bagus

    www.maisarahsidi.com

    BalasPadam
  34. kat tempat luqman pon ada klinik 1Malaysia nih. Memang sangat memudahkan penduduk sekeliling

    BalasPadam
  35. tak pernah pergi lagi, nt boleh cuba.

    BalasPadam
  36. Klinik murah tapi perkhidmatannya sangat bagus.

    BalasPadam
  37. Bagus khidmat klinik satu Malaysia ni. Murah pun iyee jugak kan.

    BalasPadam
  38. Cik en akan gunakan klinik 1malaysia kalau kes2 ringan

    BalasPadam
  39. Pernah pergi juga klinik ni... Sgt membantu terutama yg berada di kawasan pedalaman...

    BalasPadam
  40. Suka Klinik 1 Malaysia ni. Pernah pergi check gigi, rm1 je. Terima kasih masih ada yang prihatin dengan rakyat tak berkemampuan macam kami :)

    BalasPadam
  41. Alhamdullilah. Kebajikan rakyat terjaga. Kami pon g klinik kerajaan juga buat rawatan

    BalasPadam
  42. Memang amat diperlukan sangat-sangat klinik 1 Malaysia ni. Sentiasa ada tak kira bila

    BalasPadam
  43. Rakyat marhaen tak perlu risau ttg kos rawatan..semua ditanggung

    BalasPadam
  44. Mmg dekat sgt dgn rumah.xperlu p bandar dah. Lgpon xramai org. Cepat ntk parents yg bekerja kejar masa ni. Ank sy pon serasi dgn ubat.

    BalasPadam
  45. Tahniah kerajaan WP atas inisiatif yang memfokuskan rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    BalasPadam
  46. mujur ada klinik 1 malaysia...

    BalasPadam
  47. Family Mya mmg akan rujuk ke K1M dulu kalau demam. Sebab urusan kat sana mudah

    BalasPadam
  48. Mak abah kak ana sini lah tpt dpt kan rawatan sakit ringan nya

    BalasPadam
  49. kalau takat demam ke selsema ke xyah beratur kat klinik kesihatan. & jimat duit nak ke swasta. bayaran pon hanya rm1

    BalasPadam
  50. Kalau demam ke selsema ke memang pergi sini je.. Senang tak yah tunggu giliran lama sangat plus bayaran dia murah gila hehe

    Erni Hasmiza

    BalasPadam