Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy - Zaza Iman

Isnin, April 16, 2018

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy. Apabila hampir tibanya bulan Ramadan, hotel-hotel kebiasaannya akan memperkenalkan beberapa menu Ramadan yang istimewa. Jadi kali ini zaza berpeluang untuk merasai sendiri beberapa menu-menu istimewa di Ancasa Royale, Pekan Pahang.

Bersempena dengan Ramadan, Ancasa Royale telah memilih tema "kampung boy" bersesuaian dengan kempen mereka iaitu "Stay,Dine & Win" yang sedang berlangsung dan akan berakhir pada 14 Julai 2018.

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Disebabkan sambutan yang sangat memberansangkan dari ramai orang yang telah meginap di Ancasa Hotel, Pihak Ancasa telah mengekalkan konsep masakan bercita rasa kampung di dalam Buffet Ramadan 2018.

Terdapat beberapa chef-chef yang cukup berpengalaman dari Ancasa Royale, Pekan. Chef-chef yang diketengahkan mempunyai pengalaman dalam bidang masakan tradisonal melayu terutamanya masakan negeri Pahang.

Zaza sempat menikmati beberapa menu hidangan yang memang sedap seperti dessert,kek,ais kacang, satay, daging kambing dan lain-lain.

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Untuk Buffet Ramadan ini, terdapat lebih 120 menu masakan antaranya Seafood Kandar ala Ancasa Royale, Ikan Patin Masak Tempoyak, Gulai Kawah,Daging Opor Pahang, Kambing Golek Chef Pak Tam, Satay, Pelbagai jenis kerabu, Daging Salai Masak Lemak, Ayam Panggang Bermadu, Ikan Bawal Berlada, Lala Masak Daun Selasih, Sambal Tumis Ikan Bilis Terung Pipit, Kailan Goreng Ikan Masin dan pelbagai lagi.

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Terdapat juga menu lain seperti kuih muih, Puding Raja, Bingka Ubi, Murtabak,Roti Canai, Cucur dan Churros.

Beberapa manisan turut disediakan oleh Ancasa Royale seperti ais kacang, aneka bubur dan lain-lain. Pastinya ia menggamit memori pada masakan mak di kampung..

Naib Presiden Kanan Ancasa Hospitaliti, Encik Shah Azam Khan menyatakan pada tahun ini, mereka akan mengekalkan konsep gerai dan Live Cooking dimana ada 8 gerai yang dihias bertemakan Kampung Boy dengan harapan pelanggan dapat merasai "homely Dining Experience" ketika mereka berbuka puasa disini.

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale Pekan Ramadan Buffet Tema Kampung Boy

Ancasa Royale juga menawarkan harga yang murah iaitu RM58 kepada pelanggan mereka yang membeli baucer sebelum 12 Mei 2018. Manakala harga selepas itu akan dikenakan RM68 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.

Sedikit info tentang Ancasa Hotels & Resort, hotel ini adalah rangkaian hotel milik UDA Holdings Berhad ( UDA ) yang terletak di Kuala Lumpur, Pahang, Terengganu dan Seremban. Antara hotel-hotel tersebut adalah Ancasa Hotel & Spa, Ancasa Express @ Pudu di Kuala Lumpur, Ancasa Residences Port Dickson, Kuala Terengganu Golf Resort ( KTGR ) dan Ancasa Royale Pekan, Pahang.

Jika korang ingin membuat tempahan dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh terus menghubungi Ancasa Royale di

Telefon : 03 2026 6060





27 ulasan:

  1. Memang berbaloi kalau pergi buffet ramadhan kat sini.. Harga dan makanan sangat berbaloi.. Da la sedap2.

    BalasPadam
  2. bestnyer makanan kat ancasa royale ni tau..murtabak dia,ina dah cuba.Puashati sangat!

    BalasPadam
  3. teringat2 dessert dia yang best! kambing golek pun sedapp

    BalasPadam
  4. mmg murah lah zaza..dengan pelbagai menu tu lagi mmg berbaloi

    BalasPadam
  5. wow sedapnye zaza..bertuah badan dapt try dlu..huhuhu

    BalasPadam
  6. Wah ade jeruk ke..harga murah..boleh dapat makan macam-macam..berbaloi snagat

    BalasPadam
  7. bestnya tengok suasana dia.. macam selesa je nak menjamu selera

    BalasPadam
  8. Abby sangka Kampung Boy itu berpenghuni lelaki semua hehee... lokasinya di Pahang ya. Pernah aku ke Pahang tp gk tau kampung boy.

    Senangnya orang Pahang mamti bisa ramai ke buffet ramadhan untuk mencicipi kue dan madakan lainnya yg sangat menggoda selera itu

    BalasPadam
  9. Sajian menyelerakan.kalau masakan pahang tu biasanya apa ya..ikan patin tempoyak eh?akk suka sangat ikan patin tempoyak tu...fuhh sedapnya kalau dpt..btw harga buffet kt sni still reasonable lagi

    BalasPadam
  10. wah rekomen sape nak berbuka puasa boleh pergi ancasa, mak mertua dok sana mana tahu dia nak berbuka puasa boleh lah ke situ.. weeeee... makanan pun nampak sedap sedap je kan..

    BalasPadam
  11. Makanan ala kampung mmg menyelerakan .. Wawa suka gila kalau hotel yg ada sediakan mknn kampung..sbb xsmua tmpt ada... Harga dia pon berbaloi .

    BalasPadam
  12. Bufet Ramadan yang menyelerakan. Wuwuwuw nanti nak makan sana bila balik kampung di Pahang. Sedapnyaaaaa hehehe

    BalasPadam
  13. Belom pernah jejak kaki ke Pekan. Kawasan DS najib :-) hi hi
    Masak lemak tempoyak wajib ada la kan. Kalau aida dtg bwk anak2, confirm diorang makan masak lemak tempoyak jer la.

    BalasPadam
  14. Sambal dalam lesung batu tu buat akak terliur..deco memang win la Ancasa Royale ni..

    BalasPadam
  15. Terliur tengok semua menu dia nampak sedap.kena book dah ni

    BalasPadam
  16. Lazatnya menu-menu Kampung Boy nie -memang akan mengimbau kenangan kalau makan tu kelak. Jangan sampai menitis air mata ye. hehe.

    BalasPadam
  17. Meriah betul ya menu-menu yang disajikan di sini. Harga pulak 58 ringgit sahaja. Sangat berbaloi !! Boleh bawak family ke sini nanti bulan ramadhan

    BalasPadam
  18. tengok dessert je pun dah kecur air liur. nasib baik belum masa bulan puasa lagi..kalau tak, parah...!

    BalasPadam
  19. Banyak menu dekat 120 pilihan memang boleh rambang mata nak makan kat sini. Suka sangat kalau hotel konsep kampung ni. Makan lagi berselera + ulam-ulaman ni.

    www.liahasty.com

    BalasPadam
  20. Sama meriah dengan Ancasa KL ni.. maka, orang di Pahang pun boleh nikmati juadah buka puasa di sana.

    BalasPadam
  21. Bestnya ancasa kat pekan sama merih juadah berbuka dkt kl. Plg best sebab dia menawarkan byk sajian tradisi melayu

    BalasPadam
  22. Banyak nya pilihan makanan. Tempat dia pun kelihatan selesa. Tapi jauh pulak nak ke sana..hehehe

    BalasPadam
  23. The theme looks unique. Kampung boy and that mean many traditional and authentic cuisine been served there. I like the Ulam part. Look healthy.

    BalasPadam
  24. sedapnyaa nampak salu dpt invitation tpi xpernah pegi

    BalasPadam
  25. yay to buffet. a lot of variety and nice to eat

    BalasPadam
  26. Ya allah...bab makanan memang rabia akan lapar sokmo..

    BalasPadam
  27. waa untungnya orang pahang! nak dekat puasa ni, ramai yang promo food teaser, it's like everywhere.. and 120 jenis makanan!!! omg! so tempting la dear!

    BalasPadam