Kenapa Wanita Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas - Zaza Iman

Sabtu, Februari 10, 2018

Kenapa Wanita Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas

Kenapa Wanita Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas. Sebenarnya zaza pun rajin juga tau sekali sekala buat air halia panas sebab nak buang angin. Nak tahu tak, air halia panas ni bukan je baik untuk wanita bujang. yang dah berkahwin pun elok juga amalkan tau.

Selain dapat membuang angin, ia juga boleh membakar lemak, memanaskan tubuh, menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit dan bermacam lagi.

Kenapa Wanita Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas

MEMBUANG ANGIN

Untuk membuang angin, biasa zaza ambil halia sebesar ibu jari dan hiris halus. Lalu rendamkan dalam air panas bersama uncang teh. Biarkan seketika dan boleh terus minum. Selain dapat membuang angin, badan akan terasa segar. Hari tu dalam satu minggu juga zaza ada buat. Kena rajin sebenarnya tau..

MEREDAKAN TEKANAN

Selain dibuat minum dan dijadikan bahan dalam masakan, Halia juga dapat meredakan tekanan dan memulihkan dalaman badan. Caranya ambil air halia bersama madu setiap hari. Selain memberikan tubuh kesegaran ia juga dapat menyerlahkan kecantikan semulajadi.

MENURUNKAN BERAT BADAN

Halia dapat membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Oleh itu halia dapat menurunkan berat badan. Caranya hiris halia dan campurkan dengan air panas bersama madu dan perahan air limau. Amalkan selalu ketika perut kosong.

Kenapa Wanita Berkahwin Perlu Amal Air Halia Panas

MENGATASI MASALAH PENCERNAAN

Bagi yang mengalami perut kembung atau cirit birit ketika datang haid boleh cuba minum air halia panas. Ini kerana ia dapat meredakan usus seterusnya dapat mengatasi masalah tersebut.

BAU BADAN

Bagi yang menghadapi masalah bau badan, boleh mengamalkan minum air halia bersama teh setiap hari atau korang boleh kunyah halia yang telah ditumbuk hancur. Lakukan setiap hari.

MENGUATKAN SISTEM IMUN TUBUH

Kandungan halia boleh membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.

Sumber : keluarga.karangkraf.com

11 ulasan:

  1. Sally biasa minum...tapi jarang buat dia je..selalu dgn teh, tp x buat panas..buat suam..tak suka rasa pedas dia

    BalasPadam
  2. satu lagi zaza.. air halia ni sesuai sangat diminum untuk cairkan kahak .. kata orang lah kan.. kalau batuk try je minum air halia.. boleh cairkan kahak dan batuk pun kurang. insyaAllah

    BalasPadam
  3. Errr...emi tak suka. Rasa dia tak sedap. Makcik emi pernah kasi suruh minum, tapi tekak ni takleh terima la.

    BalasPadam
  4. Hehe halia mmg bgus tapi pedas kan

    BalasPadam
  5. k.el kalau suh minum air halia sahaja..memang tak boleh hahaha..tapi kalau halia bercampur dengan apa2 ok..hihi mmg halia ni baik untuk buang angin badan

    BalasPadam
  6. Kalau buat air tu tak pernah la..tapi kalau buat ulam tu memang selalu..tu pun halia muda je.. makan dengan nasik sedap nya...

    BalasPadam
  7. Halia memang byk manfaat dia.. tinggal kita rajin ke tak aje nak manfaatkannya. Terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  8. lelaki kalau minum pun okay nih
    memanjang buang angin
    haha

    BalasPadam
  9. Zumal buat tea o halia, minum panas2 best

    BalasPadam
  10. tak penah pula wife minum ni

    BalasPadam
  11. ihiks, dah beli halia nk buat jus..yummeh, sbb rasa mcm bdn byk angin..

    BalasPadam