Khamis, November 30, 2017

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Hi all.. kalau sebelum ni zaza ada share tentang kotak kecantikan dari Althea dengan tema Lazy Sunday Box jadi kali ni zaza nak share pula satu lagi tema yang menjadi pilihan iaitu UN PORE GETTABLE BOX.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

So untuk kali ini, kotak UN PORE GETTABLE BOX khas untuk anda yang ada masalah seperti liang pori-pori terbuka. Semua orang tak suka kan bila liang pro-pori wajah terbuka. Ia menyebabkan kulit jadi tak sihat.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea


Di dalam kotak UN PORE GETTABLE BOX ini terdapat 7 item pilihan dari pelbagai jenama seperti Laneige, Klairs, Rire, Innisfree, Common Labs, Dear dan My Beauty.

Antara item tersebut ialah :

1. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask
2. Laniege Powder Fit Cushion No. 23 Sand
3. Klairs Supple Preparation Facial Toner
4. Common Labs Mild Peeling Finger Pad
5. My Beauty Ginger Gold Hydrogel Mask
6. Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit
7. Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick Dear

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

1. Innisfree Super Volcanic Pore Clay Mask

Zaza dah try pakai dalam seminggu zaza pakai 2 kali sahaja. Innisfree Super  Volcanic  Pore Clay Mask ini diperbuat dari Tanah Liat Gunung Berapi Pulau Jeju.  Zaza suka sangat bila pakai dan bila zaza cuci muka setelah mask kering, kulit muka sangat lembut dan rasa bersih je.. dan sememangnya mask ini berfungsi untuk membersihkan kulit dari minyak dan kekotoran. Selain itu ia dapat merawat masalah bintik-bintik dimuka.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea


Bila nak guna, anda perlu bersihkan muka dahulu dan sapu clay mask ni diseluruh muka. Jangan terlalu hampir sangat dengan mata tau..  lepas tu boleh la rehat-rehat seketika sambil tunggu mask kering. Apabila dah rasa kering dalam 20 minit terus cuci.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea


2. Laniege Powder Fit Cushion No. 23 Sand

Sekarang nak mudah apabila keluar just pakai bedak jenis cushion je sebab senang nak apply. Kali ni zaza try Laniege Powder Fit Cushion No. 23 warna Sand.  Warna ni sesuai dengan kulit tone sederhana. Ia lembut dan ringan di muka.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea


Untuk yang suka solekan nipis dan natural boleh try powder cushion ni. Ia juga boleh menutup cela-cela diwajah dengan teknik solekan yang betul.

Untuk sapuan, gunakan Mesh Net Cushion yang disediakan. Mest Net cushion ni memang lembut gilaaa..

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea


3. Klairs Supple Preparation Facial Toner

Klairs Supple Preparation Facial Toner merupakan toner pelembab. Ia bertindak membuang segala lebihan minyak dimuka dan memberikan kelebapan pada kulit wajah.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Bagi yang ada kulit jenis sensitive juga sesuai digunakan. Selain itu toner ini didatangkan dalam botol yang kecil. Amat sesuailah untuk anda bawa travel.

4. Common Labs Mild Peeling Finger Pad

Mild Peeling Finger Pad ini didatangkan dalam kotak dan mempunyai 7 paket. Mild Peeling Finger ini bertindak membersihkan kulit secara mendalam kerana ia dapat membuang sel-sel kulit mati, mencantikkan kulit dan membantu mengecilkan liang pori.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Selain itu ia amat sesuai bagi anda yang nak tanggalkan makeup atau kesan comot dimuka.


5. My Beauty Ginger Gold Hydrogel Mask

Ia merupakan mask yang diperbuat menggunakan halia. Halia sememangnya banyak digunakan dalam produk kecantikan.  Mask ini membantu menyegarkan kulit dan memberi lembapan pada kulit.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Pemakaian mask ini seperti mask lain juga. Cuma berhati-hati ketika hendak pakai kerana ia mudah koyak.

Bauan halia memang wangi dan zaza suka!

6. Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit

Zaza suka yang ni sebab saiznya comel-comel je..nama pun care sample kit kan. Dalam kotak Innisfree Jeju Volcanic Pore Care Sample Kit ini ada 3 item iaitu kapas muka, Jeju Volcanic Pore Toner dan Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Kit ini sesuai untuk dibawa travel.  Jeju Volcanic Pore Toner dan jeju Volcanic Pore Cleansing Foam bertindak untuk mengawal pengeluaran minyak atau sebum pada kulit sekaligus ia membantu mengecilkan liang pori yangterbuka dan menanggalkan sel kulit mati.


7. Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick Dear

Rire All Kill Pore Tightening Ice Stick Dear juga merupakan antara produk yang zaza suka. Ia datang dalam bentuk stik. Ia berfungsi mengecilkan liang pori, mengurangkan “water retention dan juga boleh mengurangkan suhu kulit.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Mengandungi Glacial Milk Form yang diperkaya dengan hydrogen dan mineral. Cara pakainya mudah je, sapu dibahagian zon T muka.

Zaza dah try memang rasa sejuk seolah berangin je muka.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Selain dari 7 item yang terdapat dalam kotak Un Pore Gettable Box ni, anda juga akan diberikan gift produk random sample kit. Dalam kit random ni ada beberapa produk akan diberi seperti produk jenama Iope, Laneige, Mamonde, Missha, Skinmiso dan pelbagai lagi.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Selain itu dalam ni zaza juga turut menerima Mamonde Hydrating Flower Essence Mask  ( Narcissus ). Mask ini mengandungi pati bunga dan baunya memang best. Mamonde Hydrating Flower Essence Mask ini dapat memberi kesegaran pada muka dan dalam masa sama dapat mencerahkan kulit.

Review : Un Pore Gettable Box Dari Althea

Kotak Un Pore Gettable Box ini dijual dengan harga RM127.00 sahaja di Althea.

Untuk pengetahuan rakan zaza, Althea adalah sebuah jenama dan mempunyai website online yang menjual produk kecantikan dari Korea. Terdapat bermacam produk penjagaan muka yang ada dan ia 100% asli. Ia juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma keseluruh dunia.

So untuk anda nak nak try dan dapatkan sendiri produk ini boleh terus membuat pesanan di website berikut :

Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

3 ulasan:

  1. best semua produk dalam unfogettable box ni.. boleh buat kulit rasa segar je lepas guna.. liang pori pun mengecil .. syoknya

    BalasPadam
  2. wau..cantiknya zaza..bestny al thea tu..

    jom main game follower http://rinhijabist.blogspot.my/2017/11/game-tambah-follower-kencang.html

    BalasPadam