Selasa, November 28, 2017

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017. Bagi anda yang berkelapangan jom beramai-ramai datang ke Balai Seni Negara kerana pameran Kuala Lumpur Biennale 2017 sedang berlangsung.

Seni visual antara yang zaza belajar ketika zaman study dahulu. Oleh itu, buat anda yang merupakan pencinta seni visual atau sesiapa sahaja boleh la menyaksikan pelbagai hasil seni yang begitu kreatif.

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran ini telah bermula pada 23 November 2017 yang lalu dan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Balai Seni.
Pameran seni visual ini diadakan sebagai salah satu platform bagi mengembangkan lagi hasil seni visual Negara.

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran ini berlangsung untuk orang ramai sehingga 30 Mac 2018 dan kemasukan adalah percuma.

Bagi menjayakan pameran ini, Balai Seni Negara selaku tuan rumah telah diberi tanggungjawab dan melantik kumpulan kuratorial untuk menjayakan pameran Kuala Lumpur Biennale ini. Ia diketuai oleh Proffesor Zulkifli Yussof yang juga merupakan seorang hali akademik dan pengkarya seni visual tempatan. Beliau mempunyai pengetahuan luas dan berpengalaman di peringkat tempatan dan juga antarabangsa.

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Peserta-peserta lain juga terdiri daripada karyawan, pengarca, pelukisdan juga pakar-pakar seni visual dari seluruh Malaysia, ASEAN dan India.

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Antara objektif pameran Kuala Lumpur Biennale 2017 adalah :

1. Meluaskan jaringan dan kerjasama Balai Seni Negara sekaligus memartabatkan industri seni tempatan ke mata dunia
2. Menerapkan identity Malaysia terutamanya Kuala Lumpur agar sentiasa diingati dan tersemat dalam peta seni global sebagai bandaraya yang wajib dilawati
3. Memupuk nilai-nilai murni budaya rakyat Malaysia, belas kasih dan nilai hidup
4. Menjadikan Malaysia berada dalam kalangan negara Asia yang berusaha membangunkan sector ekonomi kreatif dan ekonomi kreatif global

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Pameran Seni Visual Kuala Lumpur Biennale 2017

Kuala Lumpur Biennale 2017 juga turut dalam perancangan untuk mengadakan beberapa program sokongan untuk anda yang hadir ke pameran ini.

Info lanjut mengenai pameran ini juga boleh didapati di laman sesawang berikut :




Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

2 ulasan:

  1. wow.. best nya kalau dapat pi tengok ni

    BalasPadam
  2. Menarik pameran seni visual KL ni. Ada masa terluang cuti sekolah, bolehlah pergi ni.

    BalasPadam