Rabu, Oktober 04, 2017

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral. Kucing adalah merupakan haiwan yang dekat dengan manusia. Rata-rata memang ramai menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan.Begitu juga dengan zaza.. pernah bela hampir 15 ekor kucing..paling seronok bila ada kucing banyak ni, time nak makan. Berebut-rebut sambal mengeow-geow tak sabar nak makan.. Ok itu kenangan dulu.. semuanya dah mati dan ada yang hilang. Sekarang zaza ada 2 ekor je kucing bernama wafa dan Kandy.

Apa yang nak zaza cerita adalah tentang seekor kucing yang bernama Chase. Mungkin ada dikalangan zaza pun pernah baca kisah tentang Chase ni..

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Chase, kucing comel yang telah dilanggar oleh sebuah kereta beberapa tahun lalu di jalan raya. Kemudian ada seorang lelaki yang mendengar tangisan Chase dan segera menyelamatkannya.
Chase dibawa ke sebuah klinik Haiwan dan doktor segera megubati Chase.

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Seorang doktor haiwan bernama Melissa yang turut berkerja di sana menjaga Chase dengan penuh kasih sayang.

Chase dan Melissa telah dihantar ke sebuah Hospital Universiti Tenn Vet untuk membuat pembedahan plastik tetapi tidak berjaya.

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Sejak itu Chase hidup dalam keadaan yang berbeza dari kucing-kucing yang lain dimana rupanya seolah sudah tiada. Wajah Chase kelihatan merah jambu dan hanya ada tisu-tisu muka. Tiadalagi bulu-bulu tumbuh.

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Bagaimanapun Chase mempunyai penglihatan yang baik dan suka bermain dan mesra. Walaupun wajah Chase kelihatan menakutkan tetapi Chase adalah kucing yang cukup bertuah kerana disayangi  dan dicintai oleh ramai orang.

Chase Kucing Tanpa Wajah Viral

Bagi penjagaan Chase pula, pemiliknya perlu memberikan ubat untuk matanya setiap beberapa jam agar matanya sentiasa lembab dan tidak sakit.

Pemiliknya sering berkongsi wajah-wajah Chase dan aktiviti yang Chase lakukan. Apa pula komen korang tentang Chase? Comel kan :D

Kredit Foto dan Pemilik >>> Chase No Face / Chase Heart Face


Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

9 ulasan:

  1. Seramm tngok muka kucing tu...done follow..jmput singgah www.hakimramli.com

    BalasPadam
  2. Emi pulak jenis yg takut kucing, haha. Suka tengok, tapi tak berani nak pegang.

    BalasPadam
  3. Seram pula tengok muka kucing tu. Oh my. Tapi kesian pun ada. Hmmmmm

    BalasPadam
  4. Kesian si Chase ni. Bila tengok gambarnya, nampak menakutkan. Hilang kecomelannya :) Saya ada 14 ekor kucing, nak tak? :)

    BalasPadam
  5. tula seram tengok..harap ada pakar yang boleh bantu chase

    BalasPadam