Ahad, September 24, 2017

Makanan Manis Tapi Sihat?

Makanan Manis Tapi Sihat? Makanan manis sememangnya perlu dikurangkan terutamanya yang ditambah dengan gula. Namun ada juga makanan manis yang menyihatkan iaitu makanan manis secara semulajadi.

Tahukah anda makanan yang mengandungi banyak gula adalah jenis karbohidrat sederhana dimana ia sangat mudah dipecah dan dicernakan menjadi gula di dalam darah. Akibat dari itu gula yang diambil dengan banyak, paras gula akan meningkat naik dalam tubuh sekaligus menjadikan seseorang itu mengantuk, lemak berlebihan dan juga susah untuk bernafas.

Bagaimanapun makanan manis secara semulajadi pula karbohidrat kompleksnya menjadi lambat dicerna menjadi gula di dalam darah. Oleh itu gula dalam darah akan tetap stabil.

Bagi memastikan tubuh sentiasa sihat walaupun ketika itu anda mengambil makanan dan minuman manis, ada beberapa tip yang boleh dilakukan iaitu dengan memilih makanan yang mempunyai rasa manis semulajadi. Contohnya adalah buah-buahan segar. Bagi mencuba sedikit kelainan, cuba jadikan ia jus tanpa gula atau tambahkan sedikit susu krim atau ais batu.

Selain itu, anda boleh juga menggunakan madu sebagai penganti. Buah-buah kering tanpa diawet dengan gula juga amat sesuai seperti pemgambilan buah ceri, buah apricot dan kismis. Buah-buah seperti ini mempunyai rasa manis semulajadi dan sesuai dijadikan snek yang sihat.

Makanan Manis Tapi Sihat?

Buah Beri

Buah beri mempunyai banyak jenis seperti beri biru, beri hitam dan strawberi. Buah ini rasanya manis dan mengandungi jumlah gula semulajadi. Beri juga mempunyai kandungan rendah lemak. Strawberi pula adalah sumber yang sangat baik untuk kesihatan.

Makanan Manis Tapi Sihat?

Buah Sitrus

Buah-buahan sitrus adalah seperti oren, tangerin dan pummelos. Buah-buahan ini adalah gula semula jadi yang tinggi walaupun limau gedang mengandungi sedikit. Buah-buahan sitrus mengandungi 40-53 kalori dan kurang daripada 1 gram lemak per 3 auns.

Makanan Manis Tapi Sihat?

Madu

Madu amat meluas penggunaannya dan sihat kerana struktur komponen-komponennya walaupun madu mengandungi glukosa dan fruktosa. Madu kurang berkemampuan untuk menukar kepada lemak. Madu juga sebagai antioksidan yang dapat melindungi daripada penyakit. Contohnya madu tualang yang mempunyai manfaat untuk perlindungan payudara dan kanser serviks. Sumber >>> dara karangkraf


Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

4 ulasan:

  1. Yq info ni..mmg suka mkn benda manis tp pastikan byk minum air masak

    BalasPadam
  2. Manisan dari buah-buahan in sha Allah ok..tq sharing ya.

    BalasPadam
  3. tadi dah 2gelas tehtarik k.el minum
    terus insaf haha

    BalasPadam
  4. Suka makan buah-buahan yang manis.. Aumnomnom

    BalasPadam