Rabu, Oktober 11, 2017

Jom Latih Otak Supaya Kreatif Dan Lebih Sihat

Jom Latih Otak Supaya Kreatif Dan Lebih Sihat. Bagi pelajar mempunyai otak dan minda cergas adalah perlu bertujuan untuk menjana kekuatan emosi dan fizikal mereka dalam pembelajaran. Begitu juga buat mereka yang bekerja memerlukan otak yang sihat dan kreatif.

Otak kreatif dan sihat amat baik agar kita lebih fokus dan kemampuan untuk mengingati pelbagai perkara.

Selain itu, otak perlu dijaga agar dapat berfungsi dengan sebaiknya. Jadi jom kita latih otak supaya kreatif dan lebih sihat. Bagaimana?


1. Pola Hidup Sihat & Makanan Sihat

Dalam kehidupan kita digalakkan menjalani kehidupan yang sihat dan pengambilan makanan yang sihat lagi berkhasiat. Makanan seperti buah-buahan dan sayuran dapat membantu otak bekerja secara optimal dan lebih cepat. Tidur juga perlu secukupnya agar tubuh segar setiap hari agar gerak otak kerja menjadi lebih baik. Makanan seperti ikan juga amat baik untuk otak keranan ia mengandungi Omega 3.

2. Melatih Otak

Tahukah anda dengan membaca dapat melatih fikiran. Membaca akan membuatkan otot-otot otak membentuk dengan sempurna.Selain itu bermain games di komputer atau smartphone juga dapat membantu.

3. Bersenam secara teratur

Bersenam selain untuk melatih tubuh, bersenam juga bagus untuk kesihatan otak. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 20 minit akan membantu meningkatkan pemprosesan informasi dan fungsi memori serta saraf otak. Jadi apabila anda ingin melakukan sesuatu dengan cepat, tahap kebimbangan juga meningkat dan tubuh akan bertindak cepat. Sekaligus membuatkan anda berfikir dengan pantas

Jom Latih Otak Supaya Kreatif Dan Lebih Sihat

4. Dapatkan Istirahat & Tidur Yang Mencukupi

Tidur yang cukup dapat mengaktifkan semula sel-sel otak sehingga otak dapat menyerap dan mempelajari sesuatu lebih dalam dan lebih banyak. Oleh yang demikian, peningkatakan kemampuan seperti ini dapat mempengaruhi tingakt kecerdasan seseorang

5. Kurangkan Bergantung Pada Gadget

Gadget merupakan barang penting masa kini. Ramai menggunakan gadget selain berhubung adalah untuk membaca email dan chat sampailah mengingati sesuatu yang penting. Oleh itu seeloknya adalah cuba kurangkannya dan cuba ingat sesuatu perkara dengan menggunakan otak sendiri. Apabila mengingati sesuatu perkara bergantung pada gadhet akan membuatkan otak menjadi malas berfikir. Sumber >>> wom.my



Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, sekarang duk amal yang baca buku dengan main games tu. Tapi main games tu, kalau lama sangat jadi stress jugak haaha

    BalasPadam