Khamis, September 21, 2017

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang. Kulit wajah yang tidak dijaga bukan sahaja boleh mendatangkan masalah jerawat dan jeragat tetapi juga boleh menghilangkan seri wajah.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan seri wajah kian pudar dan hilang. Jom kita tengok puncanya.. mungkin kita juga ada melakukan nya.

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

1. Kurang minum air

Apabila badan kurang air, secara tak langsung ia akan membuatkan kulit menjadi kusam serta tidak bermaya. Oleh itu, keadaan ini membuatkan cepatnya berlaku proses penuaan. Jadi disarankan untuk minum banyak air.

2. Kurang membuat senaman

Senaman merupakan cara yang baik untuk sihat dan cantik. Akibat kerja dan tiada masa bersenam akan memberikan kesan kepada peredaran darah dan oksigen kepada sel kulit . Keadaan ini membuatkan kulit menjadi tidak bermaya. Oleh itu latihlah diri agar sentiasa melalukan senaman kerana peluh yang keluar dapat menggalakkan pembuangan toksik.

3. Gaya hidup yang tidak sihat

Kurang tidur, masalah tekanan dan merokok juga boleh menyebabkan  seri wajah hilang. Mungkin ada yang beranggapan ia adalah perkara biasa namun gaya hidup sebegini boleh memberi kesan kepada penampilan mereka.

4. Kulit terdedah kepada sinaran cahaya matahari berbahaya

Walaupun kita memerlukan cahaya namun jika terlalu terdedah boleh merosakkan kulit seperti sinaran UV yang boleh menyebabkan sel kulit rosak dan jeragat.

5. Kurang makan buah dan sayur

Pengambilan buah dan sayur amat penting untuk kecantikan. Apabila kurang atau jarang mengambil buah dan sayur-sayuran ia boleh menjadikan kulit kelihatan kusam kerana kekurangan vitamin B2, C dan E serta potassium.

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

6. Pengambilan gula yang banyak

Makan makanan yang mengandungi gula berlebihan juga adalah punca kpada kerosakan kolagen kulit dan ia membuatkan kulit menjadi kendur.

7. Makeup yang terlalu tebal

Makeup yang terlalu tebal akan membuatkan kulit tidak dapat bernafas. Hal ini boleh menyebabkan liang pori tersumbat sekaligus menggalakkan pertumbuhan jerawat dan proses penuaan yang cepat.

8 Punca Seri Wajah Kian Hilang

8. Mengambil garam terlampau banyak

Pengambilan garam yang berlebihan dan terlalu banyak membuatkan garam menyerap keluar lembapan pada kulit dan ia menjadikan kulit menjadi kusam dan kering. Sumber >>> Jelita.com



Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

0 comments: