Tuesday, April 04, 2017

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2. Seperti tahun lalu, IJM Land Half Marathon 2017 sekali lagi akan diadakan pada 13 Ogos 2017 di Dataran Centrio, Seremban 2. Pada tahun ini, IJM Land Half Marathon mensasarkan sebanyak 7000 penyertaan yang akan terlibat di seluruh negara.

Sidang Media majlis pelancarakan IJM Land Half Run Marathon 2017 ini telah dumulakan oleh Pengurus Besar IJM Land Berhad ( central region ) iaitu Dato' Hoo Kim See dan Pengarah Jualan dan Pemasaran Yakult ( Malaysia ) Sdn Bhd iaitu Mr Minoru Osada. Untuk pengetahuan semua, Yakult merupakan Platinum Sponsor bagi IJM Land Half Marathon 2017.

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2

Ujar Dato' Hoo semasa di dalam majlis pelancaran itu, acara marathon kini mendapat sokongan dari ramai orang sekaligus ia menjadi platform ;fundraising; amal bagi tahun ke 3 secara berturut-turut yang disalurkan kepada 2 pertubuhan kebajikan iaitu Malaysia Lysosomal Disease Association ( MLDA ) dan Pertubuhan Hospice Negeri Sembilan ( Hospice )

Menggunakan tagline "Run Together, Bond Stronger", IJM Land Half Run Marathon 2017 telah menyediakan beberapa kategori larian iaitu Larian 21KM ( Half Marathon ), 10KM untuk lelaki dan wanita yang berusia 18 tahun ke atas dan 10KM bagi lelaki dan perempuan berumur 12 tahun ke bawah

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2

Dalam acara ini, Anugerah "Grand IJM Land Half Marathon Trophy" akan diberikan kepada pelari terpantas manakala anugerah "Challange Trophy" akan diberikan kepada pelari antara terpantas dalam kategori masing-masing. Peserta juga akan menerima goodie bag dan barangan dari Yakult dan beberapa penaja lain jika berjaya menamatkan larian. Turut menerima Custome made Finisher Medal dan sijil penghargaan. Bukan itu sahaja, Acara ini juga turut menyediakan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM10,000. Tshirt Custome-Made Ultron Micro-dry Finisher Tee akan diberikan kepada pelari  21KM yang menamatkan larian.

IJM Land Half Run Marathon 2017 juga akan dimeriahkan lagi dengan acara seperti bergambar di photo booth, bergambar bersama selebriti Malaysia dan duta Yakult. Turut terlibat seperti badut, popcorn, aiskrim, belon percuma dan cotton candy.

IJM Land Half Marathon 2017 Bakal Kembali Mengegarkan Seremban 2

Bagi orang ramai yang hadir, boleh juga melakukan pemeriksaan percuma seperti Glusoce Test, Tekanan Darah, rawatan Physio dan Cholesterol Test oleh Columbia Asia Hospital Seremban bersama Befrienders Seremban.

IJM Land Half Run Marathon 2017  turut disokong oleh TDK, BMW Millennim Welt Seremban, 100 Plus, Ice Mountain, Ultron, Sin Chew Daily, The China Press, Colombia Asia Hospital Seremban, Alpro Pharmacy, EC Pixels, McDonald's, Spoon Health, 2XU,Biotech USA, Rock Tape, Nestle Milo, Nestle Fitnesse dan Maydin Seremban 2.

Jadi buat semua, mari kita sertai acara ini. Mereka yang berminat sertai boleh segera membuat pendaftaran di www.ijmlandrun.com. Pendaftaran tamat pada 31 Mei 2017. Sumber - Khirkhalid.com




I'm zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a placa where i want to share all the things i love to you... For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

6 comments:

  1. Best nih! kalau dapat turut serta

    ReplyDelete
  2. aah best lau dpt join sekali

    ReplyDelete
  3. Zaza xnak join ke? Oh, dah pindah lokasi dan nak kahwin waktu tue... lupa

    ReplyDelete
  4. best kalau dapat join sekali tapi tak larat nak lari dah sebab cepat pancit... hahaha

    ReplyDelete