Wednesday, November 23, 2016

Kuala Lumpur Upside Down House

Kuala Lumpur Upside Down House. Selepas penat naik turun tangga melawat Hutan Simpan Taman Eco Rimba [klik] zaza terus melihat satu lagi tempat iaitu Kuala Lumpur Upside Down House ( Rumah Terbalik Kuala Lumpur )

Kuala Lumpur Upside Down House ni baru dibuka..Ini adalah rumah terbalik pertama yang ada di Kuala Lumpur dan ia dikatakan tertinggi di Malaysia kerana ada 2 tingkat.

Mudah je nak kesini kerana  Kuala Lumpur Upside Down House terletak berhampiran Menara Kuala Lumpur - KL TOWER.

Masa ke sini zaza hanya sempat mengambil gambar di luar kawasan je.. tak sempat nak masuk kerana perlu segera ke tempat lain.

Beberapa koleksi gambar sempat diambil semasa zaza berada di sana.

Kuala Lumpur Upside Down House
Bergambar dekat signboard luar Kuala Lumpur Upside Down House

Kuala Lumpur Upside Down House
Dihadapan sebuah rumah yang terbalik.. cantik sangat dengan sentuhan warna yang menceriakan

Kuala Lumpur Upside Down House
Cantik sangat kawasan rumah ni.. 

Kuala Lumpur Upside Down House
Kereta Morris 1974

Sebaik tiba disini dan untuk masuk, korang perlu melalui bawah pintu gerbang kereta Morris 1974 yang diletakkan terbalik.

Mengikut sumber dari facebook Kuala Lumpur Upside Down House, kereta Morris 1974 ini adalah original ( classic) dan bukannya plastik. Bagaimanapun semua peralatan kereta tersebut telah ditanggalkan.

Kuala Lumpur Upside Down House

Kuala Lumpur Upside Down House

Kuala Lumpur Upside Down House
Rasa macam model pulak.. ;p

Apa yang boleh korang buat dekat sini adalah mengambil gambar, mengambil video dan juga rumah ini betul-betul terbalik bukan shoplot.

Memandangkan zaza tak masuk ke dalam, so tak dapatlah zaza nak kongsikan gambar bahagian dalamnya. Pun begitu korang boleh je tengok banyak lagi gambar di facebook rasmi Kuala Lumpur Upside Down House

Bagi yang nak datang..boleh la ke sini bersama keluarga ataupun rakan-rakan.

Waktu operasi adalah dari 9.00 pagi sehingga 7.00 malam

HARGA TIKET MASUK

Dewasa : RM15.00 sahaja ( MYKAD )
Kanak-kanak : RM10.00 sahaja ( MYKAD )

Dibuka setiap hari dari ISNIN sehingga AHAD



Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

7 comments:

  1. aah lah macam model hijabista gitu perghhhh
    kat penang pun ada gak upside down..tah nak pergi lagi
    jom zaza banjer k.el hahaha

    ReplyDelete
  2. Amboih2.. Teman pun tak pernah sampai situ lagi tauuu

    ReplyDelete
  3. Menarik ni...tq info sis..tak sabar nk bawak anakx

    ReplyDelete
  4. Baru taw ada kat KL....hehe.
    Singgah bw dari Senarai Rakan Bloggers FB Mialiana.com. (^^,)

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed
    ***Bloglist Nov~Dis 2016 by Yana Pink Blossom***

    ReplyDelete
  5. hebat, kat kl pun dah ada...sebelum ni pernah pergi yang dekat port dickson je

    ReplyDelete
  6. wah macam best je :) harga tiket pun boleh tahan murah ^^
    https://mellyacrayola.blogspot.my/

    ReplyDelete