Monday, July 10, 2017

Buah Berangan Sedap Di Temerloh

Buah Berangan Sedap Di Temerloh. Minggu lepas dah makan buah berangan. Tapi biasalah datang musim kempunan..tercari-cari. Agak susah juga nak mencari. Kebetulan balik ke kampung lalu bandar Temerloh. Memang zaza tahu kat Temerloh ada satu gerai tepi jalan yang menjual buah berangan ni.

So sempat la singgah sekejap dan beli sekilo. Gerai ni berdekatan dengan Jambatan Temerloh dan berhadapan dengan Tempat Mandi Kubang Gajah.

Baru ni masa kat KL, zaza ada beli sedikit dan beri kawan zaza rasa.. teruja dia makan sebab pertama kali rasa. Katanya sedap.

Buah berangan ni dipanggil juga sebagai Chesnut. Agak mahal sedikit harganya.

Buah Berangan Sedap Di Temerloh
Foto-steinchen

Buah Berangan Sedap Di Temerloh

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Sempat singgah membeli.. thanks pakcik..ramah je dengan pelanggan

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh

Buah berangan ni dimasak dengan pelbagai cara. Salah satu cara yang paling popular adalah memasak dalam kuali menggunakan batu arang kecil.

Rasa buah berangan ni rasanya manis dan lembut. Baunya wangi. Macam zaza..sekali makan sampai berkali-kali. 

Untuk pengetahuan korang..buah berangan ni mengandungi Vitamin C yang tinggi. tiada kolestrol dan lemak yang sedikit.


Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Batu arang kecil digunakan untuk memasak buah berangan

Masa makan buah berangan ni..terfikir juga..dari mana buah berangan ni terhasil. Yela kadang-kadang kekacang ada yang tumbuh dari tumbuhan dalam tanah. Ada yang dari pokok. Rupanya buah ni terhasil dari sebuah pokok. Kalau tengok macam bulu-bulu rambutan pun ada.

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Pokok Buah Berangan yang menghijau..
ala-ala macam rambutan je tengok.. Foto dari Padangjawaku

Pokok Dan Buah Berangan Yang Sedap Di Temerloh
Apabila buah telah matang dan masak...Foto dari Padangjawaku

Mungkin tak ramai yang tahu lagi tentang buah ni. Kalau ada pengunjung yang datang..warga asing ke..yang datang ke Temerloh boleh la cuba merasa keenakan buah berangan ni.


Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

7 comments:

  1. Fav enaa ni.. Selalu beli dalam mall.. Mahal! Tapi ena lebih tertarik kalau jual cam zaza tunjukkan diatas.. Boleh beli banyak2

    ReplyDelete
  2. Teman 1st time mKn buah berangan ni masa gi hk ritu.. Pastu tiap kali pi sana mesti nak cari buah berangan

    ReplyDelete
  3. mmg sedap buah berangan ni
    haiihhh sejuk2 lau mkn buah berangan panas2 bestnya

    ReplyDelete
  4. Wah....lama dah tak makan buah berangan. Masa kat Kg Berangan, Tumpat, Kelantan selalu beli dan makan buah ini.

    Semenjak pindah kat KL, belum makan lagi. Memang harga di KL mahal.

    ReplyDelete
  5. CN kalau singgah dekat r&r genting sepah wajib beli buah berangan ni, sedap sangat ! dulu pernah teringin nak makan terpaksa beli dekat jusco bukit tinggi, pergh ! mahal betul

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap jer..tak pernah makan lagi buah berangan ni

    ReplyDelete