Saturday, July 23, 2016

Teddy Bear Farm Korea

Teddy Bear Farm Korea. Korea antara negara yang nak sangat zaza kunjungi. Memandangkan kakak zaza yang terlebih kuah dari sudu sebab dia yang dah pergi dulu..so zaza nak share la salah satu tempat yang dia kunjungi semasa di Korea.. iaitu Teddy Bear Farm.

Rasanya mereka yang mengunjungi Korea pasti akan datang ke Teddy Bear Farm ni. Ia terletak di MT Seorak.

Teddy Bear Farm adalah satu tempat dimana terdapat koleksi patung-patung besar beruang. Dengan pelbagai saiz dari kecil hingga ke saiz besar,kostum yang pelbagai dengan tema dan aksi. Kanak-kanak dan perempuan dewasa yang datang pasti teruja melihat kawasan dan patung-patung bear ini.

Yang menariknya hasil-hasil patung beruang ini dihasilkan dari pemilik Teddy Bear Farm sendiri. Wow..cukup unik dan cantik. Ada juga tempat menjual ole-ole. Pun begitu harganya agak mahal memandangkan ia merupakan hasil kerja tangan yang cukup berseni dan kreatif.

Kawasan Teddy Bear Farm ni ada dua bahagian.Iaitu bahagian indoor dan outdoor. Dan masa yang diambil untuk melawat kawasan ni dalam sejam je.

Beberapa koleksi gambar yang sempat dirakam semasa mengunjungi Teddy Bear Farm

Teddy Bear Farm Korea
Selamat datang ke Teddy Bear Farm

Teddy Bear Farm Korea
Salah satu pemandangan yang cantik di Teddy Bear Farm

Teddy Bear Farm Korea

Teddy Bear Farm Korea
Bersama beruang kuning yang comel

Teddy Bear Farm Korea
Melayan bear membaca...

Teddy Bear Farm Korea
Bahagian indoor Teddy Bear Farm

Teddy Bear Farm Korea

Teddy Bear Farm Korea
Sejarah penubuhan Teddy Bear 

Teddy Bear Farm Korea

Teddy Bear Farm Korea

Teddy Bear Farm Korea

Ok nantikan pula gambar menarik di tempat lain di Korea...



I'm zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a placa where i want to share all the things i love to you... For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

3 comments:

  1. Seronoknyaa boleh jalan2 korea. :)

    ReplyDelete
  2. Wah bestnyer pergi Korea, hari tu pusing-pusing satu Indochina pun belum puas lagi. Maybe next nak pergi Korea lah. Banyak persediaan yang perlu dilakukan sebelum travel antara membawa adapter untuk pelbagai gadget. Sekarang ini saya gunakan produk INNERGIE Life Hub Plus. Dengan produk ini saya tidak perlua membawa adapter lagi sebalik INNERGIE sudah cukup untuk saya charge 3 device/gadget dalam masa serentak. Senanglah untuk saya ni atau anda yang suka travel.

    ReplyDelete
  3. Wahhh bertuahnya, kalau tak silap, lokasi pernah ada dalam salah satu episod Running Man :)

    ReplyDelete