Rabu, Oktober 11, 2017

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini

Alami Sengugut? Cuba 5 Tip Ini


Alami Sengugut? Cuba Tip Ini. Sakit sengugut memang sangat perit. Adakala sampai tak boleh nak bangun. Ada setengah dari kita juga mengambil pil tahan sakit untuk meredakan kesakitan.

Sebenarnya rasa sakit sengugut ni boleh dikawal jika kita tahu cara bagaimana mengalihkan minda dari terus memikirkan kesakitan tersebut.

Disini terdapat 5 Tip yang boleh dicuba saat mengalami sengugut. Mungkin dengan cara ini dapat mengurangkan kesakitan tersebut,

Mendengar Lagu - Sekiranya berasa susah untuk tidur kerana rasa sakit sengugut,cuba tenangkan diri dengan mendengar lagu. Mendengar lagu dapat membuatkan diri dan minda berasa tenang dari emosi dan perasaan marah akibat rasa sakit yang dialami.

Mandi Air Panas - Cubalah mandi dengan air panas atau suam. Ini kerana haba yang panas dapat membuatkan pengaliran darah ke arah bahagian pelvis berjalan lancar. Sekaligus ia membantu menenangkan otot kejang akibat sakit sengugut.

Tidur - Jalan mudah untuk melupakan sakit sengugut yang terjadi. Setelah bangun dari tidur, badan akan berasa segar dan bertenaga. Sekaligus kesakitan yang dialami reda dengan segera.

Minum Teh Halia Atau Kayu Manis -  Cuba ambil minuman panas yang berasaskan herba.Kerana minuman panas dapat mengurangan kekejangan. Umum mengetahui halia sangat bagus untuk menghilangkan rasa sakit manakala kayu manis berfungsi sebagai anti-radang yang dapat mengurangkan kekejangan di bahagian uterine.

Makan - Kebiasaannya apabila sengugut berlaku,kita akan cenderung untuk makan. Ia disebabkan badan kita menggunakan lebih kalori sewaktu sengugut dan adanya ketika menstruasi. Peningkatan penggunaan kalori tersebut membuatkan badan membakar lebih banyak kalori dan membuatkan berasa cepat lapar. Oleh itu, makanlah apa sahaja kerana ia dapat membuatkan rasa sengugut berkurangan. sumber - majalah EH



Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

5 ulasan:

  1. Thanks share... Dila selalu kene sengugut yg teruk...

    BalasPadam
  2. Terima kasih perkongsian ini sangat bermanfaat :)

    BalasPadam
  3. thanks zaza info ni..leh bg tau kat officemate ni dia sllu kena sengugut

    BalasPadam
  4. Boleh amalkan nanti... ena memang jadi teruk kalau benda ni mai..

    BalasPadam
  5. Dulu memang selalu kena senggugut, sampai guna iron lah kekonon tungku perut

    BalasPadam