Ahad, April 24, 2016

Sepetang Bersama Blogger 2016

Sepetang Bersama Blogger 2016 Part I. Tahun ni bila Denaihati.com anjurkan sekali lagi program Sepetang Bersama Blogger ( SBB2016 ) memang dah niat dari awal macam mana sekalipun zaza nak pergi jugak. Alhamdulillah pada 16 April 2016, dapat juga zaza jejakkan kaki ke KL untuk sertai program yang dianjurkan. SBB2016 kali ni diadakan kan Hotel Grand Campbell. Agak lama dah tak datang KL. Dulu-dulu rajin berjalan KL sebab pernah study di sana. Sekarang ni bila jejak KL,memang memang tak tahu langsung jalan.

Zaza ke majlis SBB2016 bersama seorang lagi rakan blogger iaitu Akmal Hakim. Thanks Akim sebab join dan temankan juga zaza ke sana. Ini adalah pertama kali zaza sertai. Pengalaman zaza..yaaaahhh..sangat terjuga dan ia menyeronokkan. Yang best dapat dengar kisah-kisah kejayaan dari orang yang dah berjaya seperti blogger Hasrul Hassan, En. Aqif Azizan, Abang Ensem, Tuan Ismail Che Ani, En. Hanafiah Daud juga dari artis, Adi Putra.

Seingat zaza apa yang dikongsikan salah satu tentang, 

*Branding dan networking
*Penggunaan laman sosial dalam perniagaan dan teknik penulisan berkesan.

Majlis diacarakan oleh Hilal Azmi..Zaza pun tak berapa nak kenal tapi biasa dengar namanya di laman sosial. Maaf okey..jangan marah-marah..;p


Sepetang Bersama Blogger 2016 Part I
Bersama Shamiera Osment, Izarra Qistina, Tuan Denaihati..

Sepetang Bersama Blogger 2016 Part I

Sepetang Bersama Blogger 2016 Part I
Di saat majlis berlangsung..

Selain sesi perkongsian dari kisah kejayaan mereka yang dah berjaya, terdapat juga sesi cabutan bertuah. Siapa yang hadir ke SBB2016 memang tak rugi sebab mereka juga berpeluang menang hadiah. Banyak hadiah yang ditawarkan.. seperti TV, Percutian bersama AmnaHome ke luar negara, Percutian Umrah, cenderahati dan lain-lain. Tahniah buat mereka semua yang berjaya membawa balik hadiah..

SBB2016 ni juga ada penampilan dari Upin & Ipin. Tapi maaf tak sempat zaza nak snap gambar bersama.. maklumlah tengah rehat dan ke surau.

Sepetang Bersama Blogger 2016 Part I
Ucapan dari dua selebriti Memey Suhaiza dan Norman Hakim

Sepetang Bersama Blogger 2016 Part I
Perkongsian menarik dari Blogger Hasrul Hassan

Sepetang Bersama Blogger 2016 Part I
Rakan dekat whatsapp..kak Nisa Ahmad dan Tasha Aqisha


Sepetang Bersama Blogger 2016 Part I
Bersama rakan blogger Nami Namia, Ina Ainaa, Izaarra Qistina dan seorang lagi zaza lupa nama..maaf sangat-sangat :(


Sepetang Bersama Blogger 2016 Part I
Bersama Akmal Hakim dan Adi Putra


Antara penaja-penaja yang terlibat dalam program SBB2016 ni adalah seperti,

  1. Multimedia Development Corporation (MDEC) - Penaja Utama
  2. Amna Home
  3. Richworks Academy
  4. Jopana
  5. Oceanlife Marketing (Ephyra)
  6. Zeeta Magis Aura Mawar
  7. Simply Umrah
  8. Aleeya’s Kitchen
  9. Les Copaque Production (Upin & Ipin)
  10. Asia Herbal Biotech Sdn Bhd
  11. Yeos Malaysia
  12. eQurban
  13. Jemaah Bisnis Denaihati
  14. Hadid Travel & Tours (Adi Putra)
  15. Firdaus Azizi Training & Consultancy
  16. AE Consultancy Services
  17. PenMerah Network
  18. Sohaini Cookies
  19. Jus Bob Nanas
  20. CVS Production
  21. Kotak Lensa
  22. Jam Tawaf Denaihati















Pengalaman lain yang menyeronokkan pastilah dapat bertemu dengan rakan-rakan blogger lain.. Dah 5 tahun zaza dengan dunia blog.. dalam program ni la pertama kali zaza dapat jumpa dengan rakan yang selalu berhubung di laman sosial je. Semuanya cukup ramah, banyak bertegur sapa.. thanks sangat-sangat buat korang semua yang sporting.

muahh...



Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

5 ulasan:

  1. Tak ada gambar kita pun hehehehe gambar Adi Putra jer jelous wakakakak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahah...:p tunggu part II dan III

      Padam
  2. Tak sempat nak selfie dengan zaza
    Btw, salam kenal
    Dah jumpe in real life dah pun
    Jumpe lagi nanti

    BalasPadam
  3. ha ah.. xpelah...dh jumpa masa sbb16 pun dah ok :D

    BalasPadam
  4. salam..hai zaza...yaya ada up simple writting pasal dalam mingguan wanita..boleh check sini..

    http://www.yayacendana.com/2016/04/mingguan-wanita-edisi-29-april-2016.html

    thanks dear .. yaya done follow sini :)

    BalasPadam