Jumaat, Jun 10, 2016

Kolam Mandi Al Wadi Maahad Tahfiz Kg Berhala Gantang Temerloh Berciri Islamik


Dikemaskini pada 01 Ogos 2016

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 8K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial. Assalamualaikum... dah lama teringin nak berenang..hari tu ke pantai tapi tak mandi manda pun..so minggu kali ni zaza balik ke kampung.. dan bersama family berayap ke tempat mandi manda di Kolam Mandi Al Wadi  Maahad Tahfiz Kampung Berhala Gantang, Temerloh Pahang.

First time juga zaza tahu tempat ni.. dan pertama kali jejak... bagi zaza sangat besttt... tempat kolam mandi manda pertama yang bercirikan Islamik

So sesiapa yang dekat atau jauh nak ke sana haaa...pakaian tu jangan yang seksi seksi.. seeloknya menutup aurat dan jangan menjolok mata. Tidak dibenarkan memakai seluar pendek sama ada lelaki ataupun perempuan.

Terdapat kolam khas bagi lelaki dan kolam khas ( tertutup ) bagi perempuan. Ada juga kolam kanak-kanak.

Tujuan dibina adalah untuk menampung perbelanjaan pelajar-pelajar tahfiz di sana. So sambil kita beriadah sambil menderma.. 

Nah zaza share beberapa gambar yang sempat diambil... 


*** url www.zazazehra.com telah bertukar kepada www.zazaiman.com

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
Kawasan kolam kanak-kanak

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
Pintu masuk Kolam Mandi Maahad Tahfiz

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
Pintu masuk Kolam Mandi Maahad Tahfiz

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
Pemandangan kawasan kolam kanak-kanak

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
Kolam kanak-kanak.. zaza mandi manda kat sini..sebab rendah...kolam perempuan tinggi sangat..tengelam.. dah la pendek mehmeh

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
Bersebelahan tempat mandi ada kolam untuk memancing... berbayar yeahhh...

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
Kaunter tiket

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
Selfie dulu sebelum berenang-renang...

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
tempat disediakan untuk letak bekalan dan beg-beg yang dibawa...boleh bawa makanan sendiri...

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
cakkk selfie lagi bersama anak buah...

Kolam Mandi Maahad Tahfiz Berciri Islamik Cecah 3K Lebih Perkongsian Di Laman Sosial
Perkongsian zaza di page mendapat lebih 3000 ++ shares ( kini dah 8000 ++ )


Bagi zaza yang pertama kali masuk sini...memang bestttt... airnya pun jernih dan bersih... ada lagi kolam lain yang zaza lupa nak snap...teruja sangat jumpa kolam mehmeh

Bayaran Masuk :

Dewasa : RM5
Kanak-Kanak : RM3
OKU : Percuma

Bersebelahan tempat mandi ada kolam untuk memancing. Pastinya kena bayar la.. ;)

Beberapa perkongsian dari orang ramai mengenai tempat ni juga... feedback mereka pun cakap tempat ni best dan murah serta berbaloi... korang boleh la baca komen-komen di Sini
dan SINI



Waktu Operasi : 

Isnin : tutup kecuali cuti sekolah / cuti umum
Selasa Hingga Jumaat : Buka Jam 3.00 Petang - 6.30 Petang
Sabtu Hingga Ahad : Buka Jam 9.00 pagi - 6.30 Petang
Cuti Umum : Buka Jam 9.00 pagi - 6.30 Petang
Cuti Sekolah : Buka Jam 10.00 Pagi - 6.30 Petang

Awal pagi datang orang belum ramai...nak tengahari sikit orang dah penuh... So jom la kita sama-sama bantu promosikan tempat ni... atleast dapat juga kumpul saham akhirat. Buat mereka yang berpendapatan rendah yang tak mampu nak bawa family ke tempat mahal boleh la datang ke situ...


Lokasi : Kolam Al Wadi ( Maahad tahfiz )
Kampung Berhala Gantang Temerloh, 28000 Temerloh Pahang

Info lanjut mungkin boleh hubungi ustaz di sana ( nombor diberi oleh seorang pengomen yang pernah ke sana )


Talian Baru Penyelia Kolam Mandi Al Wadi : Encik Arsyad - 017 913 7973

Ustaz Hirman : 019 985 7702

Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

28 ulasan:

  1. bestnya kalau dapat pi.. zaza, header blog zaza cun..

    BalasPadam
  2. akak terima kasih update pasal ni, boleh la alan p bawa anak sdara dia mandi. slu bawa dkt tmpt lagi 1 ni. wow sini lagi besar. mg patut pun ramai org share kak sbb ramai tak tahu lagi tmpt ni. terima kasih kak zaza! mmuah ~

    BalasPadam
  3. wahh..

    ada juga kolam mandi macam ini eh.

    first time dengar.

    BalasPadam
  4. Perkongsian yang sangat menarik...
    Seronok dengar ada kolam yang sebegini..

    BalasPadam
  5. Cantik betul tempatnya, suasana santai dan mengasyikkan, sedap mata memandang.

    BalasPadam
  6. Bagusnya kolam macam ni..nak berhuhu haha sukati je tanpansegan silu..nak bermandi manda tanpa diperhatikan lelkai..heheh

    BalasPadam
  7. Maaf bertanya, entry ini di up date semula ke?

    Coz tarikh comments tu berbeza dengan posting?

    Sekadar ingin tahu takde maksud lain.

    BalasPadam
  8. Wah! Menarik tempat ni.InsyaAllah Lina sekeluarga bleh pergi bercuti di sana.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum saudari zaza.. Sy penyelia kolam tahfiz nk mohon saudari zaza tukar nombor utz. Hirman kepada nombor sy sndiri.. Arsyad(017-9137973)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam...terima kasih.saya sudah menukarnya ya.

      Padam
  10. Assalamualaikum saudari zaza... Sy arsyad penyelia kolam tahfiz temerloh... Trima kasih ats perkongsian saudari ttg kolam kami.. Sy cuma nk mohon saudari tukar nmbor talifon ustz hirman kpd nombor talifon sy Arsyad(017-9137973)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ustz tmpt nie dekat n ade Rumah peginapan x,coz saye dr mekaka

      Padam
  11. Tpt ni mandi asing lelaki dan pompuan ehh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. yep...asing..ada sbuah lg kolam tertutup utk perempaun..tapi masa gi..saya ni kecik..hehe tengelam duk kolam wanita...so duk kolam yg kanak2 nya

      Padam
  12. Balasan
    1. tiada tapi boleh cari homestay yg tdekat

      Padam
  13. Tq.. moh balik temerloh rodong2 & gi

    BalasPadam
  14. Wahh..menarik..tak tau pulak dekat kg sendiri ada kolam renang mcm ni

    BalasPadam
  15. bestnya... kawasan mana ye? mohon kawan2 bg tunjuk arah.. hehhe

    BalasPadam
  16. In shaa Allah kalau ada masa....saya akan melawat kolam tersebut.....bestnya

    BalasPadam
  17. Kolam mndi sahaja ka..atau ada chalet nk tdo..org jauh kalau p nk menginap kat mana ya..pastu kolam mncing tu ikan air tawar ka

    BalasPadam
    Balasan
    1. kolam mandi..yg jauh kena cari tempat penginapan.. boleh hubungi Encik Arsyad - 017 913 7973 sbb dia pyelia tempat tu..kolam mancing tak sure.. hehehe

      Padam
  18. Wah... Kejadian... Mesti best ni... Islamik... Mesti terjaga juga kebersihan airnya... Nk pergi mmg jauh la... Tahi mana tau... Satu hari nnt...

    BalasPadam