Selasa, Disember 08, 2015

Spek Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Muka

Spek Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Muka. Baru ni zaza bercadang nak tukar spek mata baru. Spek mata yang zaza pakai jenis plastik ni dah bengkok bingkainya..maklumlah jenis plastik memang jadi mengembang. Nak repair, kedai spek mata area sini tak ada alat pulak.. Bila bingkainya dah bengkok..zaza pakai spek, spek akan jatuh ke hidung..jadi tak berapa selesa...

Memandangkan kat area sini ada satu je kedai spek mata..so tak banyak pilihan... banyak yang zaza test semuanya besar gedabak. Sangat tak sesuai dengan muka. ramai cakap sebab muka zaza kecil.. haii susahnya nak cari spek yang sesuai...namoaknya buat masa ni tak dapat la nak bergaya dengan spek baru... zaza berniat nak cari spek yang ala-ala budak sekarang pakai..jenis petak besar-besar sikit tu...

Spek Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Muka
Spek mata sekarang... agak-agak korang muka zaza ni bentuk yang mana satu???


Memilih spek dan bingkai cermin mata yang sesuai dan betul memang penting.. Bagi yang rabun, spek mata memang satu keperluan. Pernah banyak kali tahu zaza tak pakai spek hampir nak kena langgar dengan kereta..mujurlah pemandu sempat brek..tak pasal zaza kena marah kat tengah-tengah jalan...mehmeh...

So buat korang juga yang tengah mencari spek mata tapi tak pasti bentuk macam mana... meh tengok bentuk muka dan bingkai yang sesuai dengan korang...

Bentuk Muka Bulat

Spek Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Muka



Bagi korang yang bermuka bulat, seeloknya pilih bingkai yang bersegi. Bingkai bersegi akan membuatkan wajah korang kelihatan runcing atau tirus. Elakkan memakai bingkai yang bulat atau bujur.


Bentuk Muka Segi Empat

Spek Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Muka
Bagi yang mempunyai wajah bersegi pula, korang sesuai spek mata yang berbingkai bulat atau bujur.


Bentuk Muka Seperti Hati

Spek Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Muka


Mereka yang mempunyai wajah berbentuk hati biasanya mempunyai dahi yang luas dan dagu yang runcing. Jadi bingkai spek mata yang sesuai adalah yang jenis ringkas dan tidak serabut. Yang terbaik adalah mengenakan spek mata tanpa bingkai atau berbentuk rama-rama seperti "cat eye"


Bentuk Muka Bujur Sirih

Spek Mata Yang Sesuai Ikut Bentuk Muka
Korang yang memiliki bentuk wajah bujur sirih ni sangat la bertuah sebab semua bentuk bingkai sangat sesuai kerana wajah korang yang rapi dan seimbang. Untuk kelihatan lebih sempurna, pilih bingkai yang sama lebar dengan bentuk muka. Elakkan pakai bingkai yang besar.

Kredit Foto - http://blog.lesfemmes.co.id/
Sumber- suria fm


Tapi zaza sampai ke hari ni tak jumpa lagi bingkai yang sesuai...dilema sungguh nak cari...



Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

4 ulasan:

  1. Ena punya bingkai macam yang last sekali tu..

    BalasPadam
  2. Saya pun tak pandai pilih bingkai dan warna yang sesuai..

    BalasPadam
  3. kena pandai pilih barulah nampak cun

    BalasPadam