Khamis, Oktober 26, 2017

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf. Abdul Rahman Bin Auf merupakan sahabat Nabi yang dijanjikan syurga. Abdul Rahman Bin Auf juga merupakan seorang usahawan yang wajar dicontohi kerana kejayaannya dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan berlandaskan Islam


Beliau merupakan seorang hartawan, seorang dermawan dan juga pejuang. Beliau banyak mengorbankan hidupnya mencari kekayaan dan memanfaatkannya ke jalan Tuhan.

Abdul Rahman Bin Auf pernah ditanya, apakah  strategi perniagaan yang dilakukan sehingga menjadi usahawan terkemuka?

Lalu dijawabnya :
Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit
Aku tidak pernah melambatkan perjualan barangan dari yang meminta
Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran 

Abdul Rahman Bin Auf pernah dianggap hartawan terkaya di Mekah dan Madinah. Beliau seorang yang warak. Abdul Rahman Bin Auf terkenal dengan sifat yang zuhud. Beliau tidak menjadikan harta yang banyak dengan hidup bermewah-mewah dan bersenang lenang. Beliau memilih hidup dalam  kesederhanaan.

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf

Beliau lebih banyak memikirkan mengenai amalan dan kebajikan daripada hartanya.

Abdul Rahman Bin Auf dilahirkan sepuluh tahun setelah tahun Gajah iaitu tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sebelum memeluk Islam namanya adalah Abdul Kaabah. Namun, sebaik mengucap dua kalimah Syahadah, Rasulullah SAW memberikan nama Abdul Rahman.

Beliau pernah mengikut berjuang menegakkan Islam antaranya dalam peperangan Badar dan Perang Uhud. - Kaya Wang Kaya Iman, Meraih Kekayaan Dunia Tanpa Melupakan Akhirat : SAAT SULAIMAN



Im zaza iman.27 y/o. Cat Lover and I like Fashion. This blog is a place where i want to share all the things i love to you...For any review please contact me at yahoo zazaiman17@yahoo.com

Related Posts

13 ulasan:

  1. Peniaga yg patut kita contohi.. Walaupun hartawan tetapi pemurah...

    BalasPadam
  2. sedih sgt cerita pasal die kt byk blogger..

    BalasPadam
  3. anda memang comel sebab tulis artikel ini

    BalasPadam
  4. Nak berniaga la besar nanti. Insyaallah. :)

    BalasPadam
  5. Sebagai Muslim kita patut mencontohi teladan cara perniagaan yang disyorkan oleh Abdul Rahman Bin Auf ini. Malangnya, ramai dikalangan peniaga Muslim gagal mencontohinya lantaran ketamakan mengejar untung dengan cepat.

    BalasPadam
  6. salam zaza....boleh dijadikan rujukan....TQ zaza

    BalasPadam
  7. kita pun boleh barjaya kalau ikut cara diakan...

    BalasPadam
  8. Memang betul pun artikel ni.
    Saya pun ada buat sedikit artikel tentang Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf ni.
    Serba sedikit tentang perniagaannya. Kagum sangat. Semua patut contohi dia :)

    BalasPadam
  9. Satu contoh yg baik utk berniaga..

    BalasPadam
  10. Beliau mmg seorg peniaga yg bijak. Wajar dicontohi

    BalasPadam